Selasa, 18 Mei 2010

Kerikil berkilau, Permata Kusam.




Tidak banyak yang ingin ku tulis untuk ini. Sekadar ingin timbulkan tanda tanya buat semua di mana kita Yang kononnya berpegang dengan cahaya sedangkan amalan kita hanya sia-sia. Sedangkan di pihak yang lain yang kita anggap kelam dan gelap dari cahaya kebenaran, namun terdapat palitan warna putih tanda terlihat padanya yang benar.
Kisahnya begini, rakan saya yang bukan seagama saya bertanyakan tentang solat. Apa benar yang bernama muslim itu tidak dapat tidak wajib laksanakan kerja 'bangun duduk, tonggang tonggek' 5 kali sehari semalam? Saya jawab benar. Lantas ditingkah pula oleh rakan saya ini, mengapa terlihat padanya ada segelintir yang seagama dengan saya seolah-olah pagan. Tidak terlihat sekali pun berteleku di atas mengkuang atau tikar sejadah untuk laksana kerja 'bangun duduk, tonggang tonggek' macam yang telah Tuhan Allah wartakan kewajipannya pada Nabi Muhammad S.A.W. ? Saya jawab mudah,apa jua agama, pasti ada yang sebenar-benar insan dan yang peri syaitan. Rakan saya akur dengan itu. Saya menjawab lagi bahawa begitu jualah halnya dengan perkara ini. Ia hanya terlihat pada kulit, namun isinya belum ternampak adanya.
Ayuhlah kita sedar, apa perlu kita tunggu sergahan mereka yang bukan ahlinya? Apa benar sudah terhijab hati pada Dia, Sang Segala, Yang dengan Izin-Nya, masih bertakhta ketegaran dosa dalam diri kita? Atau benar kita sudah jelas terasimilasi dalam jaluran salasilah si kuffar durjana? Fikirkanlah.


Ahad, 16 Mei 2010

S.H.G.


ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN. SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR, NABI MUHAMMAD S.A.W., GURU BESAR BAGI SEMUA GURU KALANGAN MAKHLUK DI DUNIA INI. SELAMAT HARI GURU JUGA BUAT MAKAYAHKU, GURU YANG MELAHIRKAN DAN MENDIDIK SEHINGGA INSAN KERDIL EMPUNYA LAMAN INI SEPERTI YANG SEKARANG INI. JUGA BUAT SEMUA GURUKU. DOAKAN AKU MENURUTI JEJAK LANGKAH KALIAN. TERIMA KASIH GURU!
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template