Atas permintaan ramai tentang NAK BUAT PERKATAAN TERTENTU DUK IKUT DAN MENGORBIT CURSOR, nah, saya dah bubuhkan tutorialnya.
1. Copy dan paste html script di bawah ke dalam html script baru di
laman anda.
Download HTML Script ni dulu!
2. Kemudian, CTRL+F untuk cari ayat ni "Buh Perkataan yang hangpa nak dia ikut dan pusing2 kursor hangpa di sini" dan tukarkan dengan perkataan yang anda kehendaki. And, save ye, baru preview. Selamat mencuba :-)
Isnin, 27 Disember 2010
Ahad, 26 Disember 2010
500 BLOGGER !

Serba sedikit tentang saya:-
Nama Muhammad Zakwan bin Halim. Asal Parit Buntar, Perak. Masih belajar dan kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang dulunya lebih dikenali dengan panggilan Maktab Perguruan Perlis. Ada setahun lagi. Kos Pengajian Agama. Berbekalkan prinsip, Cecomelkan Akidahmu.
Tujuan jadi blogger ni ialah tak lain tak bukan nak luahkan segala apa yang terpendam dalam bentuk tulisan, tak kira la tentang apa, apa pun semua yang saya luahkan, saya cuba sedaya mungkin landaskan dengan ilmu yang benar dan pemerhatian saya dan kita semua selaku orang di bawah. Semoga suara semut kecil ini bakal menyumbang sekelumit keberkatan kepada Maharani Semut yang memimpin :-)
Rehat Minda #1
Jumaat, 24 Disember 2010
Tazkirah #21 Kacak Luar Kacak Dalam

Assalamualaikum. Ni nak kongsi pasal mengemaskn diri. He3, kongsi hat tok khatib ucap masa khutbah tadi. Mafhum dari sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W., pada satu hari, mai sorang sahabat Baginda S.A.W. ke masjid. Keadaannya seperti tidk terurus (kurang kemas), maka Nabi Muhammad S.A.W. suruh dia pulang ke rumah dan mengemaskan dirinya. Maka pulanglah dia, membersih, bersiap-siap dengan menggemaskan dirinya dan rambutnya disisir rapi. Kemudian, sahabat Nabi Muhammad S.A.W. kembali ke masjid, maka ucaplah Nabi Muhammad S.A.W. berdasarkan mafhum hadith ini (maaf, saya tak hafal dan tak dan salin matannya), tidakkah bagus dengan penampilan ini dari datang dengan keadaan yang tidak terurus, rambut mengerbang seperti syaitan?.
Ha, jadi berdasarkan mafhum hadith ini, ternyata, mengemaskan diri itu amat dititik beratkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sekali gus dituntut Agama Islam ke atas umatnya. Bukan mengemaskan diri dalam urusan solat sahaja, bahkan dalam segala hal, hinggakan tatacara tidur, membuang najis dan lain-lain lagi, segalanya perlu dalam keadaan kemas (hat ni, ada masa kita panjangkan di waktu yang lain :-) ). Tetapi ingat, biarlah kita bersiap, mengemas diri atau apa sahaja dengan niat kerana ALLAH S.W.T., barulah segala yang dlakukan menjadi Ibada;h kepada-NYA. Maka, tak pasai2 dapat pahala percuma. Ingat, niat kerana ALLAH S.W.T., bukan yang lain. Selamat Beramal :-).
p/s: Lagu Senyum Malique ft Najwa :
Kacak luar Kacak dalam Kacak dengar sini
Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali Kalau kita senyum Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit
:-)
Isnin, 20 Disember 2010
Tazkirah #20 Ku Punya Jiran Suu'
Assalamu'alaikum. Lama tak menaip. Nak kata kering idea, tak jugak, cuma keadaan tak mengizinkan.Kali ni nak sentuh pasal jiran. Jiran ni orang yang paling hampir dengan kita, tak kira la tang mana pun kita. Sehinggakan Rasulullah S.A.W. sendiri dalam mafhum hadith Baginda S.A.W. menyatakan betapa acapkalinya Jibril A.S. mewasiatkan kepada Baginda S.A.W. tentang jiran tetangga sehinggakan Baginda S.A.W. merasakan jiran itu mewarisinya iaitu pusaka (sumber). Nak habaq kata jiran ni dekat dan penting bagi kita. Tapi lagu mana pulak dengan jiran suu' iaitu jiran yang jahat? Dalam bahasa yang lembut, jiran yang kurang menyenangkan?

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).(Sumber).
Nah, sengsaralah hidup. Macam yang telah dan sedang kita alami (barangkali). Ada yang mempergunakan kita, menceritakan baik buruk kita dan pelbagai lagi. Apa langkah kita untuk kita ambil semasa meredah lautan kehidupan yang adakalanya dihentam badai yang bernama jiran suu' ini? Yang penting kita mesti ingat, dalam membetulkan yang telah patah, perlulah dengan hati2, agar yang pincang benar2 memahami. Sergahan dan makian takkan beerti, melainkan cara yang berhikmah membela diri. Jadi, sebelum kitamembetulkan ke'mangkuk'kan jiran kita ini, mari kita lihat hak jiran yang mesti kita tunaikan. Iya lah, nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu kan Nah, hak jiran pada kita :
1. Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
2. Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat
3. Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka
4. Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan
5. Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
Jadi, kita perlakukan segala yang selayaknya seorang jiran yang hasan kepada jiran2 mangkuk ini (jika ada), semoga al-mangkuk2 ini nampak adab2 jiran yang sepatutnya. Huh! (panas ni :-) )
p/s : Doa jangan dilupa na. Moga memperolehi jiran yang baik kerana jiran yang baik juga adalah Kurniaan ALLAH S.W.T. Dan ingat, kalau dapat jiran yang buruk, ada hikmahnya, berkemungkinan ALLAH S.W.T. mahu melatih kita sabar dan sebagainya. Apa pun segala yang terjadi ada hikmahnya. Selamat beramal. Ni tengah bergusti dengan jiran ni :-D

Selasa, 7 Disember 2010
Rabu, 3 November 2010
Tazkirah #19 Apa nak jadi dunia la ni?
Maaf, entri kali ini, saya hanya dapat terterakan link ke laman orang lain kerana empunya blog meminta ia disebarkan sedangkan saya tidak layak mengubah apa-apa darinya kerana pada saya ini hak empunya blog, namun ia mesti disebarkan.
http://shisoukaemn.blogspot.com/2010/11/wajib-baca-wajib-boikot.html
http://shisoukaemn.blogspot.com/2010/11/wajib-baca-wajib-boikot.html
Isnin, 25 Oktober 2010
Isnin, 11 Oktober 2010
Saja1
"Kebangsatan apa yang sedang membangsat sekarang. Perlukah kebangsatan itu wujud lagi? Apa mungkin mesti yang membangsatkan itu dikenang lagi? Sungguh bangsatkan yang hanya tersalah langkah dengan terseradung jatuh terjelepok ke kancah bangsat itu terus-terusan dibangsat-bangsatkan? Apa bangsat sangatkah yang terbangsat seketika atau lebih bangsat yang kesekian kalinya menyalahkan si terbangsat itu? Sedang si terbangsat itu tersalah langkah cuma? Lantas si terbangsat itu jatuh luluh segala yang dibangsatkannya dengan nur hidayat yang tak terzahir di depan tubir mata orang yang terus menghadiahkan segunung bala kebangsatan yang dilakukan si terbangsat itu? Walikah mereka sehingga tidak putus-putus menzikir kebangsatan yang tidak disengajakan si terbangsat? Hebat sungguh yang terus menzikirkan saratan hadiah makian buat si terbangsat nan seorang raja yang punya kuasa menghukum membabi buta. Sedang si terbangsat telah berupaya memperoleh hidayat lantas memohon ribuan kemaafan kepada mangsa yang terpalit sisa keterbangsatan yang dilakukannya, tanpa sengaja. Kemudian si terbangsat itu tidak jemu-jemu memohon jutaan keampunan dari Sang Raja yang mengizinkan si terbangsat ini terus bernyawa. Besar yang Sang Raja atau yang masih menitikan kalam makian buat si terbangsat itu? Padaku, Sang Raja lah yang Maha Besar. Kerana yang terus-terusan menghadiahkan sekalung bahkan segunung makian buat si terbangsat kerana mereka juga diizinkan terus-terusan bernafas."gumam Cikgu Khali. Cikgu Khali bukan lagi di sekolah yang dulu, yang semuanya rasa ingin bersahabat. Cikgu Khali bukan lagi di dunia dulu!!! Dunia Cikgu Khali kini penuh dengan insan yang sentiasa bukan mahu bersahabat kerana dia bukan dari golongan sahabat, namun yang lain itu golongan sahabat. Dan kerana dia bukan dari kalangan sahabat, maka mudahnya mereka terus-terusan menganggapnya si bangsat.Si Bangsat yang tidak sengaja membangsat.
Khamis, 9 September 2010
Langgan:
Catatan (Atom)