Isnin, 17 Januari 2011

Tazkirah #33 Cari Apa yang Aula Dicari

Suatu hari Muawiyah meminta nasihat daripada Saidatina 'Aisyah R.A.. Dan inilah yang diterimanya (mafhumnya) :

Carilah redha ALLAH S.W.T.walau manusia murka kamu, maka ALLAH S.W.T. bersama kamu. Janganlah mencari redha manusia sehingga mendapat murka ALLAH S.W.T., maka ALLAH S.W.T. tidak bersama kamu.

Rasanya sudah jelas mafhum nasihat tersebut. Apa? Nak contoh lagi? INSYAALLAH saya cuba.

Contoh mencari redha ALLAH S.W.T. : Kita mengajak jiran2 kita ke masjid / surau untuk berjemaah. Yang boleh terima, depa p berjemaah dengan rela hati. Tetapi bagaimana pula halnya dengan jiran2 yang tak boleh terima? Tak mustahil ada kan? Mereka mungkin akan mengata belakang. Namun, kita terus2an mengajak. Biarkan ada hat marah sebab hat kita ajak itu benda baik. ALLAH MAHA MENILAI apa yang kita buat. Ini yang kita hendak.

Contoh mencari redha manusia : Kita pi berjemaah di masjid / surau. Tapi bila ada hat suh kita ajak jiran2 sebelah, kita kata tak payah la, dia letih tu, tak payah la, kang depa ada kerja mana kita tau. Inilah yang dikatakan mencari redha manusia sehingga tak tertunai apa yang ALLAH S.W.T. tuntut. Contoh lagi? Baik, kita nampak anak jiran sebelah bawa perempuan mana entah balik rumah. Kita tengokkan aja. Sebab apa tak tegur? Tak baik jaga tepi kain orang. Tak payah la kacau dia, dia ada hal la tu. Kata2 ini menunjukkan kita lebih mengutamakan redha manusia. Na'uzubillahi min zalik. Nah, kesan yang kita terima la ni! Baby merata2. Sumbang yang macam2 jenis sumbang. Orang bawah tak mau tegur orang atas, orang atas wat salah. Negara kucar-kacir. Semua ini hasil daripada kita yang lebih mencari redha manusia dari redha DIA! Pastu jangan dok tunding jari kat sapa2, sebab salah kita.

Sekian untuk kali ini, fikir2kanlah, selamat beramal :)

PENCARIAN 100 BLOGGER MALAYSIA TEGAR


Suatu ketika. Sunyi sepi. Ada seorang insan sedang memerhati sesuatu yang bercahaya. Cahaya dari balik tabir lapisan plastik campuran yang jernih. Ish! Malas ar suspen2, terus terang, tengah saya ngadap laptop dengan hobi baru iaitu follow sedaya mungkin (kira BW gak kan), terperasan satu blog ni. Blog Cikgu Mohamad. Belum baca lagi, tengok pic dalam laman dia, terasa satu semangat baru dalam diri. Semacam saya baru tersedar dari lena yang panjang. Semangat untuk menjadi GURU semakin meluap2. Kemudian baru saya baca dan terlihat perwatakan seorang GURU yang ampuh dengan pelbagai persekitaran. Hantarlah dia ke ceruk mana pun, dia betah dengan keadaan! Semangat ini yang setiap insan guru perlu ada. Terima Kasih Cikgu Mohamad. Izinkan saya garap sekelumit kekuatan cikgu ke dalam jiwa saya bakal guru tahun depan, INSYAALLAH :-)

Ahad, 16 Januari 2011

Tazkirah #32 Pesen Insan

Tanqasimun Nas Ila salasah Aqsam. Amboi, cakap Arab pulak. Tapi ni bukan hadis, ni pandangan berdasarkan ilmu kaunseling yang disampaikan oleh seorang pensyarah UNIMAP, Haji Huzaili Bin Haji Hussin. Maksudnya, INSAN TERBAHAGI KEPADA TIGA PESEN;

1. Sialan.
-Golongan ini cakapnya lain, tingkahnya pula lain. Pendek kata, cakap tak serupa bikin.
- Ce angkat tangan sapa suka dan bersalah silah atau ada pada dia sifat ni. Kompom tak dak sapa nak angkat tangan, tapi jangan heran, ada hat tak angkat tangan tu bersifat macam ni. Ya la, dia kata dia bukan dari geng ni, tapi sebenarnya ya, itulah insan SIALAN.

2. Siaran.
- Golongan ini cakap, tapi tak buat.
- Pun ramai pesen ni. Analoginya, cam hat duk round tempat tinggal kita, naik van ka lori ka, bercakap ngn healer kenderaan dia, 'Tilam, tilam! Tilam lama tukar baru!'. Ha, hat bercakap tu, dia cakap saja, tapi dia tak tukar pun tilam lama kat rumah dia. Melalui analogi inilah menunjukkan sifat orang pesen SIARAN.

3. Sinaran
- Ha, hat golongan ni yang kita mau. MESTIMAU! HARI2MAU!
- Golongan ni dia cakap serupa bikin. Senang cerita, orang SINARAN ni berpegang dan bertanggungjawab dengan apa yang dikatanya :-)

Renung2kan dan selamat beramal.

Tazkirah #31 Sapa Tinggai al-Quran?! Habaq Mai!

Supardo : (tutup al-Quran, dah habis baca daa). (Pasang tivi. Tengok cerita merapu kedana)
Supardi : (mai). Hai, ralit nampak tengok popuan telanjang tu. Baru ja lepas ngaji dah tengok crita lagu ni?
Supardo : Kurang2 aku baca, tak tinggai al-Quran.
Supardi : Tak tinggai pa kejadahnya. Tu tinggai la tu. Hari tu aku pi Kuliah Tafsir Ustaz Firman. Dia kata lagu ni :

Berkata Ibnu Taimiyyah, ada 3 golongan hat tinggai al-Quran:

1. Sesiapa yang tak baca al-Quran, maka dia telah meninggalkan al-Quran.
2. Sesiapa yang baca al-Quran tetapi dia tidak mentadabburnya, maka dia telah meninggalkan al-Quran.
3. Sesiapa yang membaca dan mentadabbur al-Quran tetapi tidak mengamalkan kandungan al-Quran, maka dia telah meninggalkan al-Quran.

Sabtu, 15 Januari 2011

Tazkirah #30 Kepala Hutax

Minda atau dengan panggilan lazimnya oleh mamat tepi jalan kepala hutax, terbahagi kepada tiga pesen.

1. Minda Kecil : Ini merujuk kepada individu yang dalam kepalanya hanya memikirkan dan membicarakan tentang manusia lain. Hai sopan sangat. Kalau tak sopannya kita panggil mengumpat. Orang2 lagu hanya pandai mencemuh peribadi orang lain tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima atau timbul Tak semestinya orang yang berminda jenis ini di kalangan bawahan, bahkan, kalau kita semua perasan, dalam berita2 ka konferens2 ka ceramah2 ka yang melibatkan individu terkenal (ada yang tahap ikon) pun kekadang berminda kecil ini.

2. Minda Sederhana : Ha, minda pesen ni dah meningkat sedikit kebaikannya. Individu berminda ini sudah kurang mengumpatnya dan mula beralih arah kepada isu2 semasa dan peristiwa2 yang berlaku. Ia turut berlaku di warung2 kopi. Sebagai contoh, kes katak melompat sebelum ini, bagi yang berminda sederhana ini (intermediate-betul ka tak saya eja ni), kita mungkin ada terdengar masa pi warung nak makan, ada individu yang membicarakan hal ini. Ha, itulah individu berminda sederhana. Kira xmengata hal2 yang xrelevan dan kurang kesahan la. Bagus sikit puak ni dari yang berminda rendah.

3. Minda Besar : Dan akhir sekali, individu berminda pesen ini adalah yang baik. Mereka sudah mula memikirkan dan membicarakan tentang idea2, cetusan idea baru, perbincangan berkenaan ideologi, borak2 berkaitan ilmu, pendek kata hat melibatkan pemikiran ke arah yang kritikal. Ketepikan dunia khayalan, persetankan hentaman2 peribadi, hiraukan keji mengkeji, baru boleh dikategorikan dalam puak berminda besar ini.

Baiklah, itu sahaja, renung2kan dan selamat beramal (kata2 Dr. Fadhilah Kamsah :-D)

p/s : Nota ini saya peroleh semasa mengikuti ceramah Haji Huzaili Bin Haji Hussin, Pensyarah UNIMAP pagi tadi di MRSM Berseri dalam program 'Seteguh Tekad Membina Qudwah Hasanah Insan Guru. Program Ilmiah ini adalah gandingan beliau dan Prof. Dato' Dr. Sidek Baba. Best woo, rugi sapa tak pi.

Jumaat, 14 Januari 2011

Tazkirah #29 Kanggaru?



Sebenarnya bukan kisah kanggaro, tapi kongruen. Istilah kaunseling yang merujuk kepada kesefahaman atau persamaan (salah tolong tegur). Akan berlaku dua situasi antara kita dengan persekitaran kita yang akan membuatkan kita dapat sesuaikan diri atau tidak iaitu KONGRUEN dan TIDAK KONGRUEN. Bila ia jadi kongruen? Ia terjadi bila kita dapat menerima pengalaman dan persekitaran kita biarpun sedikit. Ini akan membuatkan kita selesa dengan suasana persekitaran yang sedang kita duduki. Tetapi sekiranya kita tidak dapat menerima, ia akan membuatkan kita gelisah dan langsung memberontak dalam keadaan tersebut. Peningkan? Baik, sebagai contoh budak sekolah yang bermasalah. Dia tidak dapat menerima peraturan yang padanya mengongkong. Maka dia akan memberontak. Lantas ini mewujudkan ketidak kongruenan (Aku pun macam dah nak pening. Hahahahahhaha). Jadi, apa tindakan kita untuk menjadikannya kongruen? Kita dekati budak sekolah bermasalah itu, dan kita tembu bual. Dapatkan data tentang kenapa dia jadi macam tu. Apa dia rasa. Apa background dia. Perlahan2 melalui dapatan yang kita terima (Kita = guru terutamanya), kita serapkan tingkah laku yang sebenarnya yang sepatutnya dia lakukan. Bimbing dia secara asertif, bukan agresif. Asertif bermaksud peneguran untuk menolak tingkah laku yang tidak diingini dalam masa yang sama kita menjaga sensitivitinya (ini terutama sesuai untuk budak sekolah bermasalah tahap hardcore). Sebab pada saya, batu yang keras perlahan2 berlekuk dek kerana air yang dititiskan saban waktu, biarpun sifat titisan air itu lemah, tetapi istiqamah titisan air itu ada kekuatan tersendiri.

Baik, itu contoh pelajar bermasalah. bagaimana pula jika dengan diri sendiri? Bagaimana ingin menwujudkan diri yang konruen dengan persekitaran? Senang sahaj, selagi ia tidak lari dengan landasan Agama Islam, kita cuba terima seadanya persekitaran kita. Dan nasihat bagi yang menyandar gelaran 'persekitaran' itu juga kena belajar menerima kita. Kita harus bersabar. Ini saya ucapkan berlandaskan prinsip, kalau kita mahu dihormati, semestinya kita belajar menghormati yang lain, baru orang boleh terima kita. Sekian sahaj, selamat beramal :-)

Khamis, 13 Januari 2011

Tazkirah #28 Pikiaq



Ni nak konsi pasai undifferentiation (salah tlg tegur). Saya dapat masa kelas dengan pensyarah saya, En. Zulkifli. Terima kasih Encik :). Ha, apa maksud istilah omputih tu? Maksudnya Ketidak persefahaman yang lahir dari ketidakstabilan semasa memutuskan sesuatu. Kadang2 kita ada masalah. Tapi cara kita kendalikan masalah tu gena? (Ni loghat Perlis). Adakah kita buat keputusan yang tepat dengan ambik kira pertimbangan rasional antara akal dan emosi? Ikut orang kaunseling (pensyarah saya ni), mesti stabil perseimbangan ni kalau nak putuskan sesuatu yang rasional. Tapi banyaknya hat dok jadi la ni, hat dok jadi kes cerai berai la ni, hat dok bertumbuk n ber apa lagi, suma pasaia pikiaq turutkan emosi. Ish, aku bengang betui ngn ah kok pinggan ni! Ish, aku panas la ngn puak ni! Ish aku pantang betui! Wei bini (bukan dialog sapa2, reka saja), kopi hitam melekat, gula tak da, xda makna. Putus selera aku. Aku ni marah ni! Ha, tu suma dialog2 yang bakal kedengaran, hasil ketakseimbangan pikiaq, kita jadi murung tak pun melenting tak tentu kalu. Lupakah kita hat ALLAH S.W.T. duk sebut dalam al-Quran pasai 'Afala Tatazakkarun', Afala Ta'qilun','Afala Tatafakkarun' yang maksudnya 'Adakah kamu xmengingati?','Adakah kamu mengerti?', 'Adakah kamu tidak berfikir?'. Tapi ramai kita tak pikiaq waras. Kalau dah geram tu, tutuh macam2, hamun macam2. Kalau dalam pentadbiran, sebab bukan gu, pendapat kawan tu tak diterima. Kita lebih turut nafsu. Nah, banyak kesan negatif yang kita terima. Hasil kerja tak produktif, laki bini kerja gaduh, budak2 pancit tayar cikgu, guru besaq luku nazir (xda sjrh lg), pemimpin naya orang bawah, kawan jentik kawan dan macam2 lagi keserabutan dunia hat dok jadi la, kerana kita berfikir tanpa keseimbangan antara kedua-dua aspek dalam gambaq tu. Ha, fikir2kanlah, selamat beramal. Tak mau tulis cara atasi, pikiaq sendiri. Blog hat rumit leh buat, hat nak pikiaq muamalat simple pun terbalik kuang.

p/s : Gambaq beruk tu sekadar hiasan. Saya sekadar bubuh. Jangan kata saya benarkan teori darwin na. N pasai bentuk penimbang tu, jangan kata saya parti mana2, keghih ka, kati ka bukan. Cap Ayam pun bukan. Saya Parti Kokyop. Ha3x. Dah2, merapu dah ni.

Rabu, 12 Januari 2011

Tazkirah #27 Mai Ticher is Mursyid

Musyid = Orang yang menunjuk atau membimbing.
Guru yang mursyid = Guru yang membimbing kita di landasan yang benar.

Ce cek balik cikgu2 kita, hat mana layak digelar Guru yang mursyid berdasarkan ciri-ciri yang di bawah (saya dapat masa dengar kuliah Ustaz Kazim Mohd Elias) :

1. Bila kita berdamping dengannya akan mengubah kita yang dulunya kedekut menjadi pemurah.

2. Bila kita berdamping dengannya akan mengubah kita yang dulu cakap cam 'tuuuut' menjadi yang baik tutur katanya.

3. Bila kita berdamping dengannya akan mengubah kita yang dulunya perangai 'kureeeeng' menjadi lebih baik akhlaknya, lagi sopan.

Lengkap ciri ni, barulah leh kita iktiraf cikgu kita tu seorang yang mursyid, yang memang membimbing kita menghampirinya. Tak kira la cikgu tu ajaq apa pun. Tak semestinya cikgu tu ajaq BI, ajaq Sains atau ajaq apa2 sahaja selain subjek Agama itu tak mursyid. Kalau cikgu2 tu ada ja ciri2 kat atas ni, kira musyid la tu. Ok, sekian sahaja kali ini, selamat beramal :-)


p/s : Saya pun bakal Guru, Guru Pendidikan Islam. Doakan saya dapat menjadi Guru yang Mursyid na. Dan doakan guru-guru yang lain di mana sahaja sebab nak ajaq anak2 kita gak :-)

Selasa, 11 Januari 2011

Tazkirah #26 Falsafah Isra' & Mi'raj

Belum sampai musim untuk diperhangatkan cerita ni, tapi saya nak kongsi jugak sebab kang lupa plak. Hehehehehehe. Sebelum tu, saya nak kenang kembali secara ringkas pasal peristiwa Isra' & Mi'raj.

Rasulullah S.A.W. telah diisra' dan dimi'rajkan pada satu malam, di waktu orang lain sedang lena diulit mimpi. Dengan berkenderaankan Buraq, segalanya berlangsung dengan Keizinan Allah S.W.T. hanya dalam satu malam sahaja!

Baik, berdasarkan secebis cerita dari Sirah Rasulullah S.A.W. ini, saya nak sentuh buat ingatan yang terbaca hal ini, sedikit falsafah tersirat disebaliknya.

1. Mengapa masa yang diaturkan Allah S.W.T. untuk diisra' dan mi'rajkan Rasulullah S.A.W. adalah di waktu malam?
Perjalanan Rasulullah S.A.W. itu sebagai suatu ibadah. Maka, diperjalankan Baginda S.A.W. di waktu malam itu menunjukkan bahawa waktu yang paling sesuai utnuk kita mendampingkan diri hanya kepada-Nya lalu merasa dekat dan mudah untuk dimohon segaja yang terhajat adalah waktu malam. Di waktu ini, kita tidak akan terganggu dengan orang lain yang sedang lena dibuai 1001 mimpi.

2. Keikhlasan Rasulullah S.A.W. semasa Isra' dan Mi'raj.
Untuk bertemu Allah S.W.T. iaitu dalam hal kita hendak menuju kepada Allah S.W.T., kita mestilah hadir dengan hati yang ikhlas. Bagaimana kita hendak berjumpa raja sedang hal keadaan kita yang sarat dengan segala kekusutan dalam dada terhadap raja tersebut? Mengahadp raja dengan hati yang tidak meredhainya sedang kita mahukan sesuatu darinya? Tentu sukar bukan? Bahkan pasti terhidu dek raja tersebut. Tambah-tambah lagi Raja yang ingin kita bertemu ini adalah Raja kepada segala raja di alam ini, Yang Maha Mendengar dan Maha melihat segala yang tersurat dan tersirat.

3. Kenderaan al-Buraq.
Kenderaan al-Buraq ini merujuk kepada amalan. Kenderaan ini mempunyai kelajuan yang sangat pantas sehinggakan hal peristiwa Isra' dan Mi'raj ini selesai berlangsung hanya dalam satu malam! Apakah simbol yang Allah ingin nyatakan melalui kenderaan al-Buraq dalam peristiwa ini? Buraq ini adalah lambang kepada amalan kita. Untuk cepat sampai kepada Allah S.W.T., untuk hampir kita lantas mudah untuk tercapai segala hajat kita semasa sesi pengaduan kita kepada Allah S.W.T. bergantung kepada amal kita. Ya Allah Maha Mendengar segala apa yang kita hajatkan, namun, untuk tertunainya permohonan kita tersebut, amalan kita mestilah baik. Analaogi yang ingin saya bawakan lagi, kita ingin memohon kerja sedang maklumat pencapaian dalam resume kita kurang memenuhi kehendak yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon, dan seorang lagi yang turut memohon kerja tersebut hadir bersama resume yang pencapaiannya adalah lebih baik dan bersesuaian dengan kerja yang dipohon. Maka, permohonan orang tersebut lebih diutamakan majikan kerja tersebut dan sekiranya terdapat lagi kekosongan, dan tiada pilihan yang lain, barulah nama kita akan terpilih. Ya, Allah S.W.T. Maha Memberi. Namun, mari kita fikirkan, kita selalu membuat apa yang dilarang oleh ibubapa kita. Suatu hari kita meminta sesuatu daripada ibubapa kita. Maka lambat-lambat apa yang kita minta itu ditunaikan oleh ibubapa kita dek kerana rekod kita yang buruk sebelumnya.

4. Isra' & Mi'rajnya Rasulullah S.A.W. adalah bersama-sama Malaikat Jibril A.S.
Apakah kedudukan Malaikat Jibril A.S. dalam peristiwa ini? Jawapannya Malaikat Jibril A.S. berserta dalam peristiwa ini sebagai Guru Pembimbing kepada Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan, dalam kita mencari risalah kebenaran, dalam kita menghampiri Allah S.W.T., kita mestilah berdamping dengan insan-insan yang 'alim yang fikrahnya tidak lari dari landasan syariat Islam yang BENAR, yang keperibadiannya baik dan terpimpin dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Baik, sekadar itu sahaja kali ini. Untuk makluman, banyak lagi yang tersirat yang saya tak rungkaikan dalam peritiwa ini. Apapun, setakat ini, selamat beramal :-)

Isnin, 10 Januari 2011

Tazkirah #25 Titik Hitam



Hehehehehehe. Suma mesti pelik, kenapa dengan gambar ni. Tak pa, tengok dulu. Perhatikan baik2. Dalam masa 10minit (lama tu), fikirkan baik2 apa yang nampak. Yes!!! Satu titik hitam. Konfem, hat tu yang kita nampak dulu sebelum kita perasan, ada warna putih di sekelilingnya. Ni kiasan pada diri kita. Dalam berkawan atau berhadapan dengan orang lain, kita mudah untuk nampak kejahatan/keburukan yang dilakukannya, samada dia sengaja atau tidak. Bila nampak sahaja, itu yang kita highlight kan. Sedangkan segaja kebaikan yang dia pernah buat samada untuk kita atau orang lain, kita langsung lupakan. Betul tak? Jangan tipu diri sendiri. Tak kata kat orang lain, saya sendiri. Jadi, nasihatnya, kita sama2lah perbaiki diri kita, jangan cepat melatah melihat keburukan orang, lantas terus menatang keburukannya tanpa usul periksa. Kalau betulpun dia buat salah, hak kita pada dia adalah untuk menegur, bukan untuk dijaja. Barulah hidup boleh aman dan mensifarkan keburukan diri.

Sekadar untuk renungan bersama. Selamat beramal :-)
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template