Rabu, 3 November 2010

Tazkirah #19 Apa nak jadi dunia la ni?

Maaf, entri kali ini, saya hanya dapat terterakan link ke laman orang lain kerana empunya blog meminta ia disebarkan sedangkan saya tidak layak mengubah apa-apa darinya kerana pada saya ini hak empunya blog, namun ia mesti disebarkan.

http://shisoukaemn.blogspot.com/2010/11/wajib-baca-wajib-boikot.html

Isnin, 25 Oktober 2010

Isnin, 11 Oktober 2010

Saja1

"Kebangsatan apa yang sedang membangsat sekarang. Perlukah kebangsatan itu wujud lagi? Apa mungkin mesti yang membangsatkan itu dikenang lagi? Sungguh bangsatkan yang hanya tersalah langkah dengan terseradung jatuh terjelepok ke kancah bangsat itu terus-terusan dibangsat-bangsatkan? Apa bangsat sangatkah yang terbangsat seketika atau lebih bangsat yang kesekian kalinya menyalahkan si terbangsat itu? Sedang si terbangsat itu tersalah langkah cuma? Lantas si terbangsat itu jatuh luluh segala yang dibangsatkannya dengan nur hidayat yang tak terzahir di depan tubir mata orang yang terus menghadiahkan segunung bala kebangsatan yang dilakukan si terbangsat itu? Walikah mereka sehingga tidak putus-putus menzikir kebangsatan yang tidak disengajakan si terbangsat? Hebat sungguh yang terus menzikirkan saratan hadiah makian buat si terbangsat nan seorang raja yang punya kuasa menghukum membabi buta. Sedang si terbangsat telah berupaya memperoleh hidayat lantas memohon ribuan kemaafan kepada mangsa yang terpalit sisa keterbangsatan yang dilakukannya, tanpa sengaja. Kemudian si terbangsat itu tidak jemu-jemu memohon jutaan keampunan dari Sang Raja yang mengizinkan si terbangsat ini terus bernyawa. Besar yang Sang Raja atau yang masih menitikan kalam makian buat si terbangsat itu? Padaku, Sang Raja lah yang Maha Besar. Kerana yang terus-terusan menghadiahkan sekalung bahkan segunung makian buat si terbangsat kerana mereka juga diizinkan terus-terusan bernafas."gumam Cikgu Khali. Cikgu Khali bukan lagi di sekolah yang dulu, yang semuanya rasa ingin bersahabat. Cikgu Khali bukan lagi di dunia dulu!!! Dunia Cikgu Khali kini penuh dengan insan yang sentiasa bukan mahu bersahabat kerana dia bukan dari golongan sahabat, namun yang lain itu golongan sahabat. Dan kerana dia bukan dari kalangan sahabat, maka mudahnya mereka terus-terusan menganggapnya si bangsat.Si Bangsat yang tidak sengaja membangsat.

Khamis, 9 September 2010

Sabtu, 21 Ogos 2010

Tazkirah #17 Sampaikan Salam SKBMali

"Bangun!" Nyaring suara Toyar, ketua kelas Tahun 5 berdarah siam totok tu, bingit telinga.Getus monolog Sabur.
Semua murid kelas tersebut bangun serentak. Sekarang masa keempat. Mengikut jadual, sekarang waktu mata pelajaran yang paling sabur suka tak lain tak bukan Sains. Cikgunya yang setaraf ustaz, Cikgu Khali.
"Selamat Pagi Cikgu!" seraya suara Toyar, yang lain menurut secara bersama.
Sepi. Sunyi. Perlahan langkah Cikgu Khali sambil wajah berkiblatkan lantai. Semua murid tertanya-tanya, sayu sungguh rona muka cikgu kesayangan mereka. Cikgu Khali mengangkat wajahnya, dilihat satu persatu pasang mata yang dahagakan ilmunya. Genap dua bulan dia di sekolah ini. Tepat 10 Ramadhan tahun ini. Perlahan-lahan kolam matanya bertakung. Semua murid kehairanan, tidak ada satu suara yang terkeluar, terkedu menatap insan kesayangan mereka walaupun mereka tahu, dia cuma guru praktikum yang hanya punya masa yang sebentar, entah bila akan pergi menyambung tadahan ilmunya di maktab.
Air mata itu makin dalam takungannya, menunggu masa bilakan tumpah.
"Pagi," tersekat-sekat tutur kata cikgu. "Anak-anakku, apa benar kamu sayang cikgu kerana Allah dan ilmunya?" tanya Cikgu Khali, tampak semakin sayu.
"Cikgu, cikgu percayakan kami kan? Kami sangat sayang Allah dan penyampai setitis ilmunya iaitu cikgu." seorang membuka mulut, Najihah namanya.
"Kamu tahukan adab bersahabat?" tanya Cikgu Khali lagi. Makin sayu. Takungan air jernih makin bertambah, menendang-nendang benteng kelopak mata.
"Ya cikgu!" serentak seiya sekata mengaku. Dua tiga orang sudah nampak goyah.
"Apakah adab semasa berpisah dengan sahabat?"Tap. Tap. Dua titis air jernih bocor dari takungan.
Semua murid menjawab,"Cikgu, cikgu nak pergi ka? Dah habis tempoh di sini ka?"
"Cikgu kenapa tanya lagu ni?"
"Cikgu kenapa ni"
Riuh satu kelas tertanya-tanya. Belum ada seorang yang duduk. Hilang rasa lenguh timbul tanda tanya.
"Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah kerananya. Benar cikgu akan pergi. Cikgu kena pergi, sudah cukup haul" bercucuran air mata. Tak tertanggung rasa sedih insan yang dulu hebat di mata murid, cair jua dek kerana perpisahan.
"Cikgu..." Kelas bergema tangisan. Semua murid menerpa guru mereka yang amat mereka sayangi, merangkul tubuh guru mereka sekejap mungkin, kerana dia bakal pergi.Luluh jiwa Cikgu Khali. Sebak menuturkan kata pergi. "Nak, sabarlah. Ada rezeki kita jumpa lagi. Apapun, cuma satu ingin cikgu pinta dari kamu semua, redakan cikgu pergi."
Perlahan dan tersekat sekat suara Cikgu Khali menyanyikan sesuatu.

"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa.
Berdoalah kita agar aman dan bahgia.
Semoga berjumpa kita di lain masa"

Tangisan kian galak meruntun jiwa seorang pendidik kesayangan yang bakal pergi entah bilakan kembali.



SALAM SAYANG BUAT ANAK DIDIKKU DI SKBM. MOGA KITA BERJUMPA LAGI.

DARI GURUMU;
USTAZ ZAKWAN / CIKGU KHALI (samaran :-D )

Ahad, 15 Ogos 2010

Tazkirah #16 Sedangku harungi Ramadhan...

"Ramadhan mai lagi. Bulan kerahmatan. Alhamdulillah, Allah izin lagi aku masuk dalam bulan pesta ibadah ni."jauh Cikgu Khali bermonolog, berbicara dengan terhampirnya, si hati.
Namun, semua itu tercalar tatkala dia terbaca akhbar di medan maya. JERIT 'MAUT' BANGUN SAHUR! "GILA!!!" keras bentak hati Cikgu Khali, marah. "Persis BINATANG! Binatang pun sayangkan pasangannya.
Marah benar dia dengan berita dalam akhbar KOSMO! berkenaan tajuk itu. Huraiannya, 'si laki mengamk menetak bini dek kerana marah kejutkan bini yang enak tidur, kejut tak bangun-bangun'. Fikirkanlah, sebelum tidur, apa yang telah si isteri lakukan padanya. Si isteri siapkan pakaiannya ke tempat kerja, mengemas rumah, menjaga anak.
Bila petang tiba, rutin seterusnya memaksa si isteri memerah lagi keringatnya menyediakan juadah berbuka puasa. Setelah berbuka, si isteri belum boleh rehat, kena usaikan sisa makan suam dan anak-anak. Baran sang bangsat apa yang merasuk si bajingan itu menetak si isteri yang keletihan tidur setelah sehari suntuk terpungguk di rumah usaikan itu ini yang sepatutnya itu ini menjadi beban si suami. Sudah letih dibunuh pula?!
Cikgu Khali mengucap panjang. Sedang si isteri telah curahkan segala yang termampu demi keselesaan si suami, namun segalanya berantakan tidak langsung dihargai. Semua lelahnya selama berhasil semasa berkongsi hidup dengan si bajingan itu terbit 3 4 orang, rupa-rupanya si bangsat suami itu menilai dengan golok berkarat. Sedang syaitan lagi dibelenggu, masih ada yang punya nafsu sang jalang?!
Astagfirullah ...

Sabtu, 31 Julai 2010

Tazkirah #15 Wahai Diriku



Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali – sekala. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga, namun apa yang boleh buat engkau lebih suka ke neraka. Hati yang keras dan terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahir berubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.

Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatuur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan. Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda – berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.

Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk dan berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan.inilah hati yang kita heret ke hulu dan ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh dan mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu dan memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan dan doa didengar dan diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu. Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk dan hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura – pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia dan menipu Tuhan. Ceh! Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura – pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton – penonton pun terpukau, hairan dan takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap dan ketika itu hakikay dirimu akan terserlah. Engkau akan jadi seperti anjing kurap yang dihina, dihalau, dicaci dan dimaki. Terimalah habuan sumpah - seranah manusia yang kau tipu dulu.

Allah bersumpah demi kebesaran dan keagunngan kerajaanNya, tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab dan Mahkamah Akhirat. Pesalah – pesalah itu akan dibawa dengan tangan yang bergari, dihalau bagai binatang ternak ke kandang perbicaraan. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi – saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbelalak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang dan jelas. Manusia ramai turt melihat aib – aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,pucat,lumpuh serta merta dan mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan.

Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga namun apa boleh buat engkau lebih suka ke Neraka. DibantuNya engkau, diingatkanNya engkau dibimbingNya, diasuhNya, dididikNya dan kadang – kadang diugutNya bagi seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu?

Allah tersangat kasih dan cinta dengan makhluk yang bernama manusia. Namun sekali lagi apa boleh buat, engkau di duani telah lupa daratan. Kau tolak mentah – mentah dan bulat – bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu dan ternyata kau gagal dan kecewa. Tewas dan kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan – anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba – tiba,tidak kira waktu, tempat dan usia. Kau menzalimidirimu. Ah ……..malangnya engkau.

Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka dan diingatkan akan azab dan deritanya di sana. Seksa dan sakitnya timpa menimpa dan kekal selamanya. Masihkah kau ingat dan tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut.

Timah cair yang menghanguskan tengku dan segala – galanya, masihkah belum kau takut? Nah! Tidak ada lagi yang mungkin dapat menyedarkanmu dari lamunan nafsu yang melulu. Bila lagikah hatimu akan tersentak dan segera tersedar? Bila lagi? Cuba kamu katakan.
Kalau benar – benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabr, buatlah dosa dan maksiat setanding Firaun, Namrud, abu lahab dan mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jangan jadi seperti sekarng, baik mahu juga,sedangkan kejahatn pun mahu dicuba. Jangan jadi seperti ini sikap dan pendirianmu biarlah jelas. Berterus – ternglah dalam hidup. Jangan sembunyi – sembunyi, jangan berlakon, hentikan sandiwaramu. Mulai sekarang, tunjukkan hakikat dirimu yang sebenar. Kamu dicabar jika ingin buat jahat, buat jahat betul – betul. Jalan terbuka luas. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty – fifty’ ( 50 – 50 ) dalam hidup. Yang hak jelas, yang batil juga jelas. Masing – masing ada kumpulan dan pengaruh tersendiri. Tentukan kedudukan dirimu dari sekarang. Jika ingin bernaung di bawah bendera yang hak, peganglah kuat – kuat dan kibarkan bendera itu ke seluruh dunia.

Sudah sampai masanya engakau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka sila, tiada halangan apa – apa, ikutlah nafsu buasmu. Langgar sahaja, apa peduli, peluang hanya sekali. Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah dan air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga.

Jumaat, 9 Julai 2010

Tazkirah #14 Surat Setan Untuk Kita!



Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulakan aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah diperbodohkan, aku mentertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Jumaat, 25 Jun 2010

Tazkirah #13 Beware Of Poison



4 Jenis Racun HATI

•Berlebih-lebihan dalam berbicara •Berlebih-lebihan dalam memandang •Berlebih-lebihan dalam makan •Berlebih-lebihan dalam pergaulan


Berlebihan dalam berbicara
•Menjadikan hati keras
Sabda Rasulullah S.A.W
‘Dan orang yang jauh dari Allah adalah yang berhati keras’
•Umar Al-Khattab r.a.
Dan banyak berbicara akan menyebabkan banyak kesalahan dan ssterusnya menyababkan banyak dosa dilakukan.

Berlebihan dalam memandang ; Anak panah iblis, Menyalakan api syahwat & Menimbulkan angan-angan
Berlebihan dalam Makan, membuatkan :
Hati menjadi keras
Melemahkan daya pemahaman
Menaikkan nafsu berahi
Menaikkan nafsu amarah.
3 Bahagian Perut (Riwayat Ahmad & Tarmidzi)
1/3 untuk makanan
1/3 untuk minum
1/3 untuk nafas

Riwayat Ibrahim Bin Adham

“Barangsiapa yang mampu mengendalikan perutnya maka ia mampu pula memelihara agamanya, dan barangsiapa yang dapat menguasai rasa laparnya, maka ia dapat menguasai akhlak yang baik, sebab maksiat kepa Allah itu jauh dari orang yang lapar, dekat pada orang yang kenyang”.


Berlebihan dalam bergaul
Boleh menimbulkan benih-benih permusuhan dan kebencian yang terpendam.

Rabu, 23 Jun 2010

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Karya : A. Samad Said
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template