Jumaat, 15 April 2011

Tazkirah #52 Mentol. Bulb. Lampu. Lamp.




Mentol. La ni banyak pesyen dah mentol, ada yang panggil lampu kalimantan, lampu pendaflour (betui ka eja ni) dan macam2 nama lagi.


Baik, kita tau lampu2 atau mentol tu dapat memberi cahaya (dengan tekan suis). Cuba kita buat ujikaji sikit macam yang berikut :


1. Cuba kita terus bagi voltan yang tinggi pada lampu tu semasa nak 'on'kannya. Memang terang cahayanya, tetapi ia hanya bertahan seketika lalu pommmmm, terbakar suda.


2. Ujikaji yang kedua pulak kita bagi 'on' lampu tu dengan kadar voltan yang rendah dan semakin meningkat (sambungkan sumber kuasa dengan perintang boleh laras. ~ sambung kat suis kipas boleh kot. Ha3). Cahaya menyala perlahan dan makin lama makin terang secara perlahan2 sehinggalah sampai ke tahap yang optimum keterangannya. Ia akan menyala dengan terang dan tahan lama.


Pengajarannya : Untuk mulakan langkah untuk berubah, berubahlah dengan kadar yang termampu. Yang penting adalah istiqamah dengan apa yang mampu dan tingkatkan secara perlahan2. Maka kita tidak akan rasa terbeban sebab ia seakan menjadi rutin kepada kita dan kita sudah terbiasa melakukannya di samping tidak merasa terbeban untuk terus mengamalkan amalan yang telah kita buat. Tetapi sekiranya kita menghimpun segala amalan kebajikan, dan kita lakukan sekali gus, maka memang kita akan nampak gah dengan kebajikan yang pelbagai, namun semua itu akan menjadi hangat2 tahi ayam kerana kita akan berasa letih dan terbeban kerana terlalu banyak untuk dilakukan. Ia adalah disebabkan kita bermula dari jahil atau kosong, lalu lakukan segala amalan kebajikan yang yang banyak yang selama ini bukan menjadi rutin kita. Nah, kita akan rasa terbeban dan letih yang teramat sangat, maka kita akan meninggalkan terus amalan yang membuatkan kita rasa susah, bahkan lebih teruk kita akan melakukan lebih banyak perkara jahat dan mungkar dan dalam masa yang sama kembali ke pangkal kehidupan jahil yang lampau.



Renung2kan dan selamat memahami analogi di atas :) Psssssst : Ingat, kalau nak buat ujikaji di atas, pastikan ada orang yang mahir tentang karan (elektrik) duk kat sebelah kita, ya la, risau kot jadi apa2 :)

Tiada ulasan:

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template