Sabtu, 7 Mei 2011

Tazkirah #56 Peghati dulu, jangan main semberono

Nak tegur orang tapi tak kena gaya. Sebagai contoh, sorang ni (A) nak tegur member dia(B) duk dengan pendapat dia saja, tak pernah buka minda nak terima pendapat orang lain. Caranya dengan sound derek.

"Hang tau dak pahaman hang tu salah.","Wei, yang hang pi kawan ngn mamat tu apsal". "Hang ni bongok ar, ni keterangan dah jelas, depa nu salah, hang nak ikut depa lagi ka?"

Semua ayat2 ni keluar dari si A. Rasa2 la, Si B nak terima tak? Ya kalau dia jenis boleh fikir rasional. Tapi kalau tak? Walaupun si A tu betul, tapi dengan cara lagu ni si B nak terima mentah2 ka? Mau jadi gaduh lagi ada la. Sebab pada pendapat B, dia betul (walaupun dia salah).

Ish, saya dah pening guna contoh "A""B". Contoh lain, orang yang pagan (tanpa agama). Semua kita tau, setiap yang hidup mesti berinstitusikan Ketuhanan dan ini pendapat yang betul yang dipegang oleh setiap individu yang menganut apa2 agama. Tapi pada golongan yang pagan, pada mereka manusia tidak berkait dengan sebarang ikatan unsur ketuhanan, dan pendapat ini betul dan menjadi anutan mereka. Kita yang beragama Islam ni pi nak dakwah depa, terang pasal Ketuhanan. Bagus. Tapi tengok caranya. Cuba kita pi kita terus sound, "hgpa ni salah, tak betul itu ini". Rasa2 kalau dengan cara ni akan diterima atau tidak? Mau jadi perang dunia ketiga. Sampai takda hikmah langsung.

Hikmah. Hat biasa kita faham, hikmah ni kelebihan yang tersirat. Kamus dewan pulak (edisi4) maksudnya kebijaksanaan. Dalam al-Quran, Surah an-Nahl ayat 125 :



Maksudnya: serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (Q.S. 16 :125)

Hikmah itu adalah kesesuaian. Mereka tidak tahu kebenaran dan sudah tentu payah nak terima kenyataan yang baru yang bakal merubah pegangan nenek moyang yang dah lama dianut. Jadi, kita kena fikir, letak diri kita ditempat mereka seketika. Fikirkan, cara apa yang mampu merubah hati dan penerimaan kita, dan gunalah cara itu. Itulah hikmah. Dakwah dengan hikmah, dakwah yang disampaikan bersesuaian dengan tahap penerimaan orang. Jangan main terjah, fikir dulu jika kita di tempat mereka.

Berkata Saidina Umar al-Khattab r.a., tentang hikmah, Khaatibunnas 'ala qadarin 'uqulihim. Sampaikan kepada manusia mengikut kesesuaian tahap 'akal mereka.

Ni tak, bagi ceramah kat orang2 kampung, pi cerita pasai calsium, magnesium, potasium. Jumpa ngn orang usahawan duk cerita pasai perkembangan kanak2, pi bagi ceramah kat sekolah rendah, cakapnya macam berdepan dengan budak sekolah menengah, jumpa geng askar, duk cerita pasai cara2 merawat pesakit psikatrik (betui ka eja ni). Semua tak da kesesuaian. Termasuklah contoh2 di atas yang telah saya berikan. Sampai berkelahi pun ada.

Dalam sirah, Nabi Muhammad S.A.W. telah tunjukkan dakwah dengan hikmah. Nabi Muhammad S.A.W. ke masjid. Dalam perjalanan melintasi sebuah rumah perempuan yahudi. Si perempuan yahudi tu tauk segala macam kotoran macam sampah, kena Baginda S.A.W., tapi tidak pula dibalas dengan kemarahan. Baginda S.A.W. pulang untuk membersihkan pakaian dan diri dan bergerak semula ke masjid. Berlangsung rutin ni beberapa hari beberapa ketika. Sampai suatu hari, Baginda S.A.W. lalu tapi tak ditauk si perempuan yahudi ni kotoran2 sebagaimana biasa. Lalu Nabi Muhammad S.A.W. bertanyakan jiran si yahudi tu, maklumnya si perempuan yahudi tu sakit. Baginda S.A.W. tak cakap pun "padan muka hang.". Tapi Nabi Muhammad S.A.W. minta izin menziarahi perempuan tersebut, siap bertanya khabar. Si perempuan yahudi tersebut kaget, terkesima seketika. Sebab tuba yang dia beri susu yang dia terima. Lalu masuklah si perempuan yahudi itu ke dalam Islam setelah zahir Salam yang beserta dalam Islam.

Nah, tak cukup lagi contoh hikmah dalam kita nak sampaikan kebenaran? Renung2kan, dan selamat beramal :) Lepas ni pakat2 fikir, betui ka apa hat kita duk buat selama ni dalam nak sampaikan apa sahaja ilmu atau kebenaran. Baru tak jadi nak berkelahi. :)

2 ulasan:

Noorsyahida berkata...

stuju sangat2!

CECOMEL berkata...

Pesanan buat diri sendiri dan rakan2 :)

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template