Jumaat, 29 Mei 2009

Manis Dunia Kaburi DI SANA...




TINTA INI BERKENAAN PROGRAM MEDIA DI NEGARA PASIR BERGEMA (Sebelah negara Pasir Berdengung kot)

Sequlub Berdosa dan Sepahit Karma . . .


Kekadang ana terfikir... Kita nak berdakwah pada yang bukan Islam lagu mana sedang kita entah ke mana...
Kita nak mengislahkan saudara2 seAgama kita lagu mana kalau kta tak tentu hala.

Kita bayangi kebaikan dan kesucian dakwah dengan Sepahit Karma yang indah pada manusia, lantas manusia turuti.

Sebelum itu mari saya nyatakan bahawa SEPAHIT KARMA ini rancangan motivasi membina biah solehah manakala SEQULUB BERDOSA ini tentang rancangan bersifat dunia semata. Bertemakan pertandingan memperagakan segala pada khalayak bagi setiap kumpulan yang diwakili oleh sepasang mempelai ntah berapa belah pinang agaknya. SEPAHIT KARMA ni rancangan mengislahkan keluarga Islami kepada yang lebih baik lagi dan ia berbentuk rancangan bual bicara.

Kita perhatikan pula dengan lebih terperinci elemen di bawah ini berkaitan perbezaan atau persamaan yang wujud antara keduanya. TAPI ingat, jawapan pada persamaan dan perbezaannya, antum fikir2lah sendiri:

1 . SEQULUB BERDOSA
- Laki biar Isteri peraga segala baik aurat mahupun keletahnya dengan pelbagai aksi dan gaya.
-Hukum : Lelaki _ _ _ _ _ Perempuan _ _ _ _ _ _
-Sebab : Hat Laki biar Isterinya tayang segala auratnya, mula dari sekecil2 (suara) sehingga yang tampak di mata bukan muhrimnya. (Kalau salah, betulkan segera kat comment)

2.SEPAHIT KARMA
-Hosnya suami isteri.
-Si isteri cam nak terterakan manja pada si suami, biarpun rancangan tu live.
-Hukum: Jika hal ini berlaku antara keduanya, tanpa babitkan sesiapa, ia halal. Namun bagaimana pula bila ia ditayang pada khalayak? Elok2 nak betulkan nafsu orang, tapi lain jadinya. Orang jadi fikir lain, kerana show percuma.


KESIMPULANNYA, Rancangan ini sekadar diwujudkan di minda ana. Negara ni pun xwujud, xkait ngn sesapa walau apa jua peringkat dan tahap seseorang. Fikir2kan lah...

p/s : Jangan kita samakan perkara yang tak diredhai oleh Allah S.W.T. dengan yang diredhainya.Kang, elok2 usaha kita tu nak boleh pahala, tapi dapat segunung dosa. PADAN KA???? ANTUM FIKIRLAH SENDIRI!


Khamis, 28 Mei 2009

Operasi Memisangkan Hati?! Version III JAM kemudian :-(


Awwalan, asif jiddan. 'Indi masyaqqah fil ams.

Baik, sambung cerita..

Hari kian hari, murid2 makin rungsing dengan pisang2 yang depa duk usung ke hulur ke hilir. Bau makin 'Mengancam'. Kawan2 makin kurang, sebab xsenang duduk, bau 'Harum' semacam. Mana taknya, the pisang is going tu busuk. Genap seminggu, buka ja sekolah hari Isnin minggu seterusnya, bersorak-sorailah bebudak ni, sebab dah tamat permainan si cikgu ni. Cukup masa, cikgu yang anjurkan permainan ni masuk ke kelas. Lantas dia bertanya, 'Nak main lagi x?'. Jawab dek bebudak cikgu ni, 'XMAU!!!!' . Cikgu tu tanya, 'Awat?'. Bebudak ni jawab,'Busuk la cikgu'. N ntah apa2 lagi depa jawab. Memang la, sampai tahap, satu beg kena basuh, bau...jangan dikenang la... Busuk yang amat.

Suasana kecoh sebab masing-masing bersuara xpuas hati dengan permainan ni. Lalu si cikgu ni, tenangkan murid2nya. Dia jawab dengan tenang. Katanya, 'Bayangkan bila hati hangpa sentiasa benci, taram, tak puas hati kat sesapa, dan sepanjang masa kamu bawa rasa benci tu ke mana saja kamu pi. Maka, makin bertambah hari, makin ramai yang menyedari dan dapat bau rasa benci hangpa kat orang tu.' semua terdiam...Sambung si cikgu ni lagi,'Jadi, buanglah rasa benci kamu tu ye kalau nak wangi, dan disukai sesapa ja. Ingat, KALAU KITA NAK ORANG SUKA PADA KITA, KITA KENA DAN WAJIB SUKA DAN HARGAI ORANG LAIN.'


Moralnya, buanglah rasa 'gu', puak, 'clique' dan menyempadankan orang dalam diri kita. tang mana pun kita, orang yang paling hampir ngn kita,iaitu kawan2 kita, tu, hat ada kat sekeliling kita. Apa2 hal, depa dulu yang nak tolong kita.

p/s: INNAMAL MU'MINUNA IKHWAH...


Rabu, 27 Mei 2009

Operasi Memisangkan Hati?! Version II Beberapa minit kemudian ...

JAP, BARU NAK SAMBUNG CITER, ADA MESYUARAT :-( JAP EH :-)

Operasi Memisangkan Hati?!

Enak namanya semanis rasa. Begitu hebat Allah S.W.T. ciptakan pisang dan pokoknya. Bentuk lebih kurang. Tapi kali ni bukan tentan nikmat luaran yang ingin ana bicarakan melainkan tentang melalui makhluk Allah yang kita main makan ja, kulit buang, tapi apa hikmah kita leh dapat dari pisang ni pun kita xtahu. Sebenarnya, kisah pisang yang ana nak bubuh ni hasil bacaan ana kat surau maktab ana ni, IPG Perlis.

Ceritanya lagu ni, (xda background muzik eh)

Ada sorang cikgu tu, dia tengok anak muridnya cam xberapa ngan, masing2 ada 'gu', maklumlah, sekolah intornasionel, bak astro, macam2 ada. Jadi, dia buat suatu permainan. Sebelum habis kelas suatu hari tu, hari Isnin kot, dia pesan kat murid2 dia, esok bawak pisang, tulis nama orang hat depa benci (maaf, cikgu ni orang utara totok, xreti cakap baku, makin bakul ada la :-) ) . Dah tulih nama, buh dalam beg, bokmai esok pagi.

Keesokkannya, bebudak ni pun bawak la pisang yang tertera padanya nama orang2 hat depa xbekenan, ada la pat lima orang. paling dahsyat, sampai 8 kot. takdak point2, suma bundar, orang mana leh dikerat2! :-) (melawak ja).

Hari tu, cikgu tu kata, permainan ni berlangsung selama seminggu.... Hari ke hari........................... ( nak solat jap, cerita bersambung jap gi eh :-) JANGAN MARE )

Pom Ke Baboom :-x


Ops Opocot Mak kau !!! Sapa lah baling bom ni.. Owh, bunga api :-) Towi3x
Tapi besanya orang main bunga api masa seronok. Awat? Ana seronok ka? Ya kot :-D
Maklum la dah abis exam. Tapi tak boleh balik awal, sibuk keja lain. Apapun, peringatan kepada kawan2 kat luar sana, hat seronok dah abis periksa, jaga diri, balik rumah jatuh bangun sendiri. jangan buat keja xpekdah, ana dapat tau kang, piap telinga. WALA TULQU BIADIKUM ILATTAHLUKAH. Jangan letak diri dlam kebinasaan, ingatlah orang tersayang :-)

Apapun, buat pengumuman yang lagi penting, minta maaf, ana akan kembali menyepi selepas hari Sabtu ni... Ada sebab, nak tau, tanya la dalam "comment" :-)

Ma'assalamah Wa Fi Amanillah :-)

Ahad, 17 Mei 2009

Hitamkan!Hitamkaaan!!!!



Musimnya dah tiba. Musim apa? Tidak lain tidak bukan ialah musim peperiksaan bagi kami guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia di serata kampus. Kekadang terfikir, orang zaman sekarang belajar berbeza dengan yang terdahulu terutama dalam aspek matlamat. Saya tidak pasti sama ada anda yang membaca ni bersetuju dengan pendapat saya bahawa kita sekarang belajar semata-mata untuk untuk peperiksaan bukannya untuk dijadikan bekalan di hari kemudian. Buktinya, cuba kita tanya sahabat-sahabat kita di mana-mana institusi pengajian tinggi apakah masih mereka ingat perkara yang telah mereka pelajari dahulu? Melainkan jawapannya tidak! Jika ada pun hanya yang berkaitan dengan pekerjaan atau bidang yang mereka ceburi kini. betul atau tidak, cubalah berinteraksi dengan taulan tentang ini. Begitu juga halnya dengan telatah manusia kini yang mengerjakan sebarang pekerjaan hanya untuk kehidupan kini dan yang dikehendaki yang bersifat sementara dan pastinya seratus peratus tentang dunia. Bukan semua, tetapi sebahagian besarnya. Semua gila mengejar pangkat, nama, harta dan sebagainya yang hanya bersifat material yang pastinya tidak kekal. Tidakkah kita kenang kembali firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Qiyamah; ayat 36 berikut:

Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja (dijadikan sia-sia dengan tidak mempunyai apa-apa matlamat, tujuan dan perhitungan di sisi Allah S.W.T.
Ya, hal dunia tidak boleh diketepikan, tapi bukan untuk diambil semuanya, sehingga perkara yang PASti berlaku di kemudian hari, kita abaikan, bukan hanya menutup sebelah mata, bahkan sudah buta dengan dunia. Lupakah janji-janji kita semasa di dalam rahim ibu pada DIA,ALLAH yang antaranya adalah pengabdian hanya padanya. Jadi fikir-fikirkanlah. Hitamkan ruang mana yang kita berkenan untuk hari muka! Syurga atau NERAKA!!!!
Hitamkan!Hitaaaaaaaamkan!!!!

Rabu, 29 April 2009

Bungaku Kacuk

Merah Kuning Biru,

Citra warna yang satu,

Jelmakan
PUTIH tika berpadu,

Dalam hatiku..


p/s: Jika
Merah ku kata Keluargaku, Kuning pula Keluargamu, Siapa Biru bagi ku.

Isnin, 27 April 2009

HARIKU KIAN KELABU




Semilir angin lembut menyapaku,

Bertanya khabar naluri nan haru.

Semilir angin jadi ribut berhantu,

mematahkan hati, menghunjam kalbu!


Siapa semilir angin padaku?

Yang pasti bukan satu,

bukan beribu.

Namun semilir angin sudah berlalu,

TINGGAL AKU DALAM DEBU.


Jumaat, 24 April 2009

Jawapan pada MASALAH GEJALA SOSIAL yang ALLAH S.W.T. jawab dengan Surah Al-Mu'minuun ayat 1-11.

            GEJALA SOSIAL. Apa yang kita faham mengenai dua perkataan ini. Gejala sosial seperti yang kita ketahui merupakan suatu permasalahan yang kian meruncing berlaku kini terutama yang kita nampak di tempat kita yang melibatkan semua lapisan masyarakat, tidak kira kanak-kanak, remaja, belia, dewasa mahu pun yang tua. Apakah semua ini hasil tuaian oleh Nabi Muhammad S.A.W., junjungan besar yang telah dilakukan lebih seribu tahun yang lampau? Sudah tentu tidak melainkan kita sudah lari dari jalan yang lurus yang telah disampaikan oleh Baginda S.A.W. Sepatutnya perkara ini berlaku dalam hal keadaan di negara kita ini terdapat ramai dari kalangan ulama’ yang diiktiraf dan tinggi ilmunya, namun masalah bukangnya berkurang bahkan kian meningkat dari hari ke hari. Semua adalah kerana salah kita sendiri yang cuba mengasing apa yang Nabi Muhammad S.A.W., dan mensekularkan kehidupan kita seharian. Kononnya, hal-hal agama sudah tidak relevan lagi untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

            Kini, Nabi Muhammad S.A.W. sudah tidak menjadikan contoh teladan buat segolongan daripada kita yang kesemua mereka sudah tentu menghadapi masalah sosial yang teramat teruk gayanya. Masing-masing seolah-olah menafikan bahawa sifat dan keperibadian Rasulullah S.A.W. sebagai insan yang kamil yang akhlaknya Al-Quran. Kononnya ia kolot dan tidak relevan dek zaman sekarang. Ini dusta semata! Lupakah kita pada mafhum sirah, bahawa para sahabat bertandang ke rumah Baginda S.A.W. dan bertemu Saidatina ‘Aisyah r.a untuk bertanyakan tentang keperibadian dan akhlak Baginda S.A.W., lantas jawab Saidatina ‘Aisyah r.a. menjawab bahawa akhlak Nabi Muhammad S.A.W. itu adalah akhlak Al-Quran. Akibat pengabaian ini, jangan kita bingung lagi memikirkan kepincangan dalam ummah akhir zaman sekarang yang diumpamakan Baginda S.A.W. bahawa umatnya ramai di akhir zaman, tetapi ibarat buih di lautan. Sudah tiada kekuatan pada kita. Semuanya kerana kita seperti sebab di atas.

            Jadi marilah kita kambusi kegagalan kita ini dan menjadi seorang insan yang berjaya seperti yang telah Allah S.W.T. nyatakan peribadi insan berjaya ini di dalam Surah Al-Mu’minuun ayat 1-11 ini. Bagaimana caranya? Sudah diterangkan di dalam pengajaran ayat sebelum ini, iaitu perkara pertama yang mesti dititik beratkan ialah solat. Solat yang bagaiman? Juga sudah diterangkan iaitu solat yang khusyu’. Sesungguhnya kekhusyukan yang optimum ini bakal merapatkan jurang antara kita dengan Dia, Sang Pencipta. Ingin tahu apa kelebihan hampir dengan Dia iaitu Allah S.W.T.? Antaranya suara kita didengari Dia walau di mana kita berada. Biarpun ramai yang membenci kita, tetapi jika Dia menyayangi kita, sudah tidak perlu kita berharap pada dunia yang fana ini. Bahkan sentiasa mencari-cari ruang untuk bertemu Dia. Namun, hal ini dianggap bicara yang tiada tampak hasilnya. Manakan tidak, soal dosa pahala ini adalah termasuk hal-hal ghaib, tidak dapat kita nilai amal kita dalam bentuk material. Namun, biarpun demikian, jangan kita lupa, firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 3 yang berikut :Maksudnya :  (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.

 Nah, ayat ini menyatakan salah satu sifat orang beriman ialah mempercayai perkara-perkara ghaib sebegini. Bila perkara yang tidak nampak seperti ini bertunjuang kuat di dadda seseorang Muslim, maka sudah tentu tahap keimanannya tinggi begitu juga daya tahan dirinya terhadap anasir-anasir luar yang sentiasa mahu menyimpangkan kepercayaannya, maka dia ketepikan segala yang demikian. Maka, ia akan melahirkan seorang insan yang mempunyai pendirian yang berpaksikan kebenaran! Maka, tidak wujud masalah murtad, perlakuan jenayah bahkan untuk melakukan apa-apa kejahatan di muka bumi ini, seseorang yang beriman akan sentiasa ingat bahawa di kanan dan kirinya ada yang menjadi mata-mata Allah S.W.T. untuk memperhatikan segala perilaku hamba-hambanya. Jika semua orang memiliki sifat ini, maka amanlah dunia dan kurang boleh jadi tiada perkara-perkara bertunjangkan thagut ini berlaku di atas muka bumi Allah S.W.T. ini.

            Selain itu, menurut ayat 1-11 surah ini, untuk menjadi seorang yang berjaya, bermula dari penampilan, pertuturan, perwatakan dan perlakuan serta perbuatannya mestilah bukan yang sia-sia. Namun, perkara-perkara seperti ini kurang digemari oleh orang ramai terutamanya golongan muda, kata mereka, semua ini skema, perasan bagus dan entah apa-apa lagi yang ditohmahkan. Sedarkah bahawa yang melaksanakan perkara yang mereka tohmahkan ini adalah apa yang digalakkan Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam itu sendiri? Dengan melakukan perkara yang sia-sia pertuturan yang tiada isinya, bukannya akan mengangkat peribadi dan tanggapan orang lain padanya, bahkan dia akan mulai disisihkan oleh masyarakat kerana mereka tidak akan memperolehi apa-apa daripada golongan yang kosong perwatakan mereka. Jadi, golongan yang mana sia-sia hidup mereka? Fikir-fikirkanlah.

            Selain itu, terjadinya gejala sosial akibat masing-masing tidak menjaga kehormatan diri. Sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ayat 5:Maksudnya : Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka.(5)Kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka tidaklah mereka tercela.(6)

Jelas Allah S.W.T. terangkan antara ciri-ciri Muslim yang beriman dan berjaya di dalam ayat di atas. namun ini yang terjadi. Katanya memakai tudung, ya betul, tetapi bahagian lain terdedah sana sini. Bila jadi suatu yang tidak diingini, baru rasa sedih dan menyesal teramat sangat di dalam hati. Hendak menyesal sudah tiada gunanya lagi. Jadi, supaya pisang tidak berbuah dua kali, segeralah kita kembali pada Dia, perhatikan Firman-Nya ini, dan sama-sama laksanakan dalam kehidupan seharian. Barulah permasalahan sosial ini dapat kita tangkis dari berulang lagi.

Selain daripada masalah sosial yang berkaitan seperti yang telah disebutkan di atas, masalah pecah amanah, rasuah dan ketidak tanggungjawaban yang jelas kita lihat kini merupakan contoh masalah sosial yang kian menghantui kita. Ia bukan sahaja menjadi jenayah kolar putih bahkan turut berlaku bagi golongan-golongan bawahan. Tahukah kita bahawa sifat tidak amanah ini adalah salah satu dari sifat munafik yang telah Nabi Muhammad S.A.W. titipkan di dalam hadisnya yang bermafhumnya “Sifat-sifat orang munafik itu ada tiga; jika dia berkata-kata atau berbicara dia berbohong , jika dia berjanji, dia mungkiri dan jika dia diberi amanah, dia khianati”. Namun inilah yang berlaku bil sifat amanah tidak ada dalam diri. Sedangkan ayat Allah S.W.T. di dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ini jelas membicarakan untuk menjadi seorang yang berjaya, sifat amanah perlu ada dalam dirinya.

            Kesimpulannya, sama-samalah kita kembali kepada Allah S.W.T. untuk mengelakkan semua penyakit dunia yang kian merosakkan kita dan menggoyahkan keamanan dunia ini dengan masing-masing kembali berpegang kepada apa yang dibawa oleh Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Ingatlah bahawa kehidupan kita di dunia ini, bukannya sia-sia kerana kita telah ditaklfkan Allah S.W.T. untuk beribadah padanya. Marilah kita bersama-sama majukan diri kita dan jadikan kita insan yang Muslim dan berjaya di dunia dan akhirat.

POHON ITU

Benih halus tempat tersolok,
terbitkan pohon lebat merimbun,
Biar katik banir tersorok,
Harum mewangi hasil menimbun.

Indah sungguh kuntuman bunga,
bila si pohon lebar senyumnya.
Biarpun hiba hiba di dalam dada,
mengenang tuan tak kunjung tiba.

Raut wajah pohon itu,
mulai sugul.
Hatinya nan luluh derita,
manik-manik mutiara tumpah basah.
Tinta naluri memujuk rawannya,
pergi tuan tiada tanda.

Unggas, burung, teman dunia,
masa tangis tiada sudahnya,
unggas, burung, menutur kata.
Buat pengubat rajuk di dada.
Moga pohon terima adanya,
hakikat azali janjia Si Dia.
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template