Apa itu marah? Ye la, tak kenal maka tak cinta. Bukan untuk cinta marah, tapi untuk cinta keamanan dan kesejahteraan yang bakal mengawal marah yang ada dalam diri kita. maklumlah, marah itu ada masanya berguna. Pepatah Melayu juga mengatakan dalam kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ya, nila akan memadamkan ingatan orang pada sebalanga kebaikan yang telah kita lakukan. namun andaikan sebelanga itu pendapat yang salah namun dianggap betul oleh masyarakat umum temasuklah yang dihebahkan (susu basi tapi nampak elok), nila pula sifat marah (marah atas maklumat yang salah dianggap betul. kemudian dititikkan nila itu ke dalam sebalanga susu tadi. Ia akan merubah warna susu itu agar yang lain akan tahu yang susu itu benar2 rosak) :)
Baik, disini sebenarnya saya ingin berkongsi beberapa cara mengatasi sifat marah (untuk marah yang tidak sepatutnya) :
1. Berta'awuz. Berta'awuz bermaksud memohon perlindungan. Perlindungan yang dimaksudkan adalah perlindungan daripada ALLAH S.W.T. dari rangsangan negatif syaitan. Sebenarnya marah itu adalah dorongan daripada syaitan kerana ketika kita marah, pada luarannya akan membuatkan orang takut kepada kita seolah2 kita ini kuat dek kerana naik minyak, namun hakikatnya bukanlah kita kuat ketika itu melainkan akal kita telah diatasi nafsu, dan ketika inilah roh kita lemah, lantas mudahlah syaitan memasuki diri kita untuk meningkatkan penaklukan nafsu ke atas akal waras kita. Bagaimana hendak berta'awuz? Baca sahaja "a'uzubillahi minassyaitanir rajim". Lagi bagus permohonan yang dibuat, langsungkan dengan solat. Tapi berwudhu'lah dulu na :)
2. Berwudhu'. Berwudhu adalah menggunakan air. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. sebagaimana berikut :
“Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).
3. Berlapang Dada. Macam mana tu? Saya sertakan contoh berlapang dada yang telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. sebagaimana mafhum hadis yang berikut :
Suatu hari Nabi Muhammad S.A.W. didatangi seorang badwi yang menginginkan sesuatu daripada Baginda S.A.W. Lantas Baginda S.A.W. memeberikan kepadanya langsung bersabda "Aku berbuat baik kepadamu". Jawab si badwi tersebut, " pemberianmu tidak baik padamu". Para sahabat berasa tersinggung dan mara atas kenyataan si badwi tadi, namun ditahan oleh Baginda S.A.W. dengan memberi isyarat untuk bersabar.
Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. pulang ke rumah dan kembali dengn barangan tambahan bagi memenuhi permintaan badwi tersebut. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik pada mu?" Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat".
Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, "Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya bimbing dengan baik, maka ia selamat." Beberapa hari selepas itu, si Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redho.
Ini baru sebahagian contoh, banyak lagi cara untuk mengawal marah yang tidak sepatutnya :) Sama2 kita memperbaiki diri kita untuk terus kuat dari bergelar PANAS BARAN.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tak rugi apanya sabar, ALLAH S.W.T. sayang lagi adala. Buktinya dalam Surah Ali Imran ayat 134 sebagaimana maksud Firman ALLAH S.W.T. yang berikut :
"Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik" (Q.S. 3 : 134).
Renung2kan, Selamat Beramal :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan