Selasa, 15 Mac 2011

Nak 'NEW TAB' kan apa2 di laman Web dengan mudah?

Tengak tajuk, tu dia, punya panjang. Dah tak tau nak pendekkan.

Ha, ni cara hat biasa kalau kita nak klik 'NEW TAB' kan? :



Tumbesaran berlaku dengan mengklik gambar

Cara kedua : Tekan dan 'hold' Ctrl + apa2 hat kita nak buka dengan 'Tab' yang baru (New Tab).

Cara ketiga :


Yang saya bulatkan itu adalah scroll (suma dah tau kan :)). Ok, ce letak cursor kat apa2 hat kita nak 'NEW TAB' tu, tekan je scroll tu. Kompom, leh buka 'NEW TAB'. Ni cara termudah hat baru saya jumpa :)

Selamat mencuba :)

Guru #2 Empati


Ni segmen baru yang kedua dalam blog C.A. ni :)


KEMAHIRAN BEREMPATI

Sudah kita sedia maklum, empati merupakan suatu perasaan yang melebihi tahap simpati. Simpati hanya sekadar menyatakan rasa sedih kita terhadap apa yang telah menimpa seseorang. Namun, empati adalah lebih dari itu. Ia bukan hanya sekadar melahirkan perasaan sedih dan berduka dengan apa yang telah menimpa orang yang meluahkan perasaan atau masalahnya kepada kita, bahkan kita sedaya mungkin mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi.

Oleh itu, semasa kita berada di dalam kelas, empati merupakan suatu kemahiran yang tidak dapat tidak untuk kita seorang guru miliki. Ia akan menunjukkan keperibadian dan perwatakan seorang guru yang peka dengan masalah murid, maka ini akan memudahkan guru mengesan anasir-anasir lain yang turut hadir bersama diri murid yang mana anasir-anasir ini merupakan parasit bagi murid atau klien seseorang guru yang mengganggu pembelajaran mereka.

Sebagai contoh yang telah saya hadapi sendiri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah dapati seorang murid saya tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Pada awalnya, saya membuat andaian yang murid itu bosan dengan pengajaran saya. Maka, saya segera dekati murid itu dan bertanyakan masalah yang dihadapi. Setelah disoal selidik, barulah saya ketahui yang murid saya ini sedang risau dengan keadaan ibunya yang bakal menghadapi pembedahan di waktu itu sedang dia berada di sekolah. Maka, tindakan saya adalah untu menenangkan murid itu dan bukan itu sahaja, malah saya memberikan kata-kata semangat untuk murid itu kembali tenang dan saya raih sokongan dari teman-temannya untuk murid itu dengan jambakan doa.

Inilah yang dikatakan empati. Sekiranya saya hanya sekadar simpati, tindakan saya ialah dengan turut sama bersedih atas apa yang menimpa dirinya. Maka, ia akan menambahkan lagi kesedihan murid tersebut, malah lebih mengharukan lagi. Murid tersebut langsung tidak dapat kembali fokus terhadap pengajaran guru di waktu itu.

Maka selayaknya seseorang guru itu memiliki kemahiran empati agar dapat memberi keyakinan terhadap anak didik kita terhadap diri seorang guru tersebut.

Isnin, 14 Mac 2011

Guru #1 BBM - Dam Interaktif

Ni kira dam hat mudah2, download dulu file 'DAM INTERAKTIF' ni. Saya buat sendiri tau. Ha, klik gambar bawah ni untuk download :



Kemudian buat dadu. (Sendiri buat ar... Buat yang maujud, guna la kotak apa2, balut kertas warna, buh ja titik2nya.)
Baik, aplikasinya, Bahagi murid2 kepada beberapa kumpulan (yang terbaik untuk dam ni, 3kumpulan ja). Setiap kumpulan baling dadu. Bilangan nombor yang tertera merupakan bilangan tapak untuk 'PAWN' dalam dam tu digerakkan. Kat tapak kala UNGU, Tanya soalan, betul, langkah setapak ke depan, salah, setapak ke belakang. Tempat MERAH, selangkah ke belakang. Mudah ja. Hat sampai dulu, menang.

Ni saya kongsi untuk cikgu2, tak kira la hat tengah praktikum macam saya, atau hat dah sedia cikgu :) Cubalah inovasi saya ni :)


Pssssssst : Paktikum punya pasai, blog saya hampir tersadai.

Sabtu, 5 Mac 2011

Tazkirah #46 Pembohong Agama


Ni nak crita pasai pembohong agama. Dah ALLAH senaraikan dalam Surah al-Ma'un dari ayat pertama sampai ayat terakhir. Perhatikan maksud di bawah. Renung2kan selamat menjauhkan diri dari mendapat title PEMBOHONG Agama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).

Isnin, 21 Februari 2011

Blog Muka ~ GengBlogger


Ha, saya pun tak berapa paham lagi laman ni. Tapi, bayang2nya macam GengBlogger gak, cuma ni versi Face Book + Blog Spot = FaceBlog. Klik ja logo tu untuk terus ke lamannya. Kalau benar laman ni macam GengBlogger, kira bertambah luas la peluang untuk kita berdakwah :-)

Ahad, 20 Februari 2011

Tazkirah #45 Cawan


Sembahyang diibaratkan seperti cawan? Sembahyang solo ibarat sebiji cawan. Asalnya diisi penuh. Tapi tambah tolak darab bahagi, sujud tak kena, rukuk tak belakang badan tak sama, solat tak khusyuk, air makin duk tumpah, tinggai la kot suku cawan. Tu tak kira kalau wudhu' tak sah, kompom cawan terlepas, pecah berderai.


Sembahyang berjemaah pulak ibarat 27 gelas. Katakanlah, setiap gelas tu macam gelas hat solo tu. Setiap gelas bahagian airnya 1/27 dari penuh segelas yang tinggal. Ce campur pulak dengan 26 gelas yang lain? Kan jadi satu gelas penuh kan!

Ha, jadi pilih la, nak sembahyang solo atau berjemaah.

Ahad, 6 Februari 2011

DENGAQ SINI ORANG2 PERLIS!




Sebaik saja kaki kananku menjejak lantai tar kawasan parkir asrama, gelap gelita yang kelihatan. Sunyi sepi. Yang kedengaran hanya nyanyian lagu alam. Maklumlah, sampai maktab malam. Keesokkannya (pagi tadi ler), celik2 mata (lepas Subuh, kira tido round 2, kul 7. Hehehehehehe), ku buang jauh2 penglihatanku ke luar tingkap, warna alam sudah berubah. Kalau dulu segar warnanya dan kadang kala rasa dingin menyapa muka dek embunan pagi. Tapi kini, warnanya garang di waktu pagi seakan mentari bakal pergi setiap hari. Warna oren sudah menjajah warna hijau rumput dan daun di pepohonan. Maknanya ..... Nak masuk musim kemarau kat Perlis ni :( Apa pun, sabarlah warga Perlis, itu semua ujian ALLAH S.W.T. Di sebalik semua ini, ada sesuatu yang cukup bermakna bagi kita, penduduk Perlis. Masa2 lagu ni la BUAH HARUM MANIS sedang mencapai usia matang. Hehehehehehe. Untuk orang luar dari PERLIS, Pakat Mai Sini, HARUM MANIS perlu dinanti :)

Khamis, 3 Februari 2011

Tazkirah #44 Peribahasa Siam





HON THANG PISUT MA,
KAH WELA PISUT KHON!


Jarak Perjalanan Menguji Kuda, Jarak Waktu Menguji Manusia!

Hehehehehehe. Nak kongsi peribahasa siam pulak. Kita memang sedia maklum, Kuda berkait dengan kekuatannya berlari dalam jangka masa tertentu dan ia sememangnya diguna pakai dari dulu lagi dalam apa jua aktiviti. Mengembara mengunakan kuda, Nak perang ada pasukan Berkuda, Nak berjalan2 pun dengan mengenderai kuda. Ni zaman dulu. Tentang waktu pula, kenapa orang siam dulu2 mengaitkan dengan manusia? Pelik tak? Bagi saya tak. Sebab, telah sedia termaktub dalam al-Quran, ALLAH S.W.T. bersumpah atas nama masa yang dalam masa itukita banyak terlupa. Kita leka. Lantas kita tersungkur dalam kehidupan dan menjawat gelaran 'Kerugian'. Kerugian di dunia sudah pasti, kat akhirat pulak rugi! Na'uzubillahiminzalik. Jadi, fikir2kanlah, buka Kitab tafsir, tengok makna ayat2 Surah al-'Asr ini sudah cukup menjelaskan kita bagaimana dengan suatu perkataan 'MASA' yang ALLAH S.W.T. gunakan, yang kita rasa mudah, tetapi dengan perkataan yang mudah itulah kita mudah terleka, lalai lalu rugi dalam kehidupan kita.


Renung2kan, Selamat Beramal :)

Rabu, 2 Februari 2011

Mesir wei...


Ni beberapa klip gambar yang saya edit hasil kutipan dari metro, aljazeera dan blog2 kawan2 dari sana. Nak kongsi dan sama2 kita fikirkan suasana saudara2 kita di sana. Ni artikel yang diminta TUAN BLOGnya untuk dikongsi. Renung2kan dan SELAMAT BERFIKIR :)

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

Selasa, 1 Februari 2011

Tazkirah #43 Blog Paling Berat Di Abad Ini!


Nak join kontest ni? Baca dulu, jangan terus buat, baca dulu.

1) Buat entri dengan tajuk "BLOG PALING BERAT DI ABAD INI!"
2) Copy dan linkkan gambar BATU kat atas ni, mai ke entri di sini.
3) Nyatakan nama, umur dan tarikh mula berblogging.
4 Tuliskan GENRE utama blog anda either berat ke pahala atau dosa. Buktikannya :)

Syarat2nya:
- Penyertaan hanya terbuka kepada yang beragama Islam. Yang non-Muslim digalakkan. Cuma hadiah tiada sekadar berkongsi ilmu.
- Selagi anda masih bernyawa di abad ini.
- Hadiah - Genre pahal beroleh syurga. Genre dosa of course neraka.
- Hadiah adalah mengikut tahap keikhlasan entri yang ditulis.
- Hadiah bakal ditarik balik sekiranya penulis telah murtad (keluar dari Agama Islam).
- Pengumuman pemenang adalah di Yaumul Qiayamah. )Hari Kiamat lerrrrrr).

BAIK, SELAMAT MENCUBA :)

Pssssst : Sapa2 hat dah buat jangan marah saya, kan dah pesan baca dulu :) P.O.V contest ini adalah tulis la info2 yang berilmu, sebarkan ilmu, dapat pahala, jangan berblogging yang sia2 :).

Pssssst lagi : Contest yang betul2 bakal dibuat kalau ada rezeki lebih dan pernah buat sebelum ni, cuma pemenangnya tak tuntut hadiah :( Ni LAMAN contest yang lepas. Dan ni PEMENANGNYA yang tak tuntut hadiah.
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template