Jumaat, 18 Mac 2011
Tazkirah #49 Usha Dulu Bai
Hukama' atau cendiakawan Islam dulu, ada mengatakan;
Unzur ila Ma Qal Wala Tanzuru ila Man Qal. Usha apa hat diperkatakan, bukan usha pada sapa hat kata.
Hurm, rasanya jelaskan maksud dia? Tapi ce kita perati balik, la ni, kat tv ka kat mana ka, kalau keluaq ja sapa2 hat cakap sesuatu, tak kisah la bagu ceramah ka, bagi ucapan ka, hatta iklan kat tv, kalau orang tu kita tak berkenan, kita terus alih channel, tak pun katup tv terus. Lagi dahsyat, dihempuknya tv (kot2 ada). Ce kita dengaq dulu, kadang2 orang hat kita benci tu sampaikan sesuatu hat bermanfaat bagi kita. Cuba bagi peluang orang tu cakap dulu. Kekadang tengok orang Barat, macam dalam filem2 depa (SAYA TAK SOKONG BARAT, SAYA SOKONG ISLAM!), tengah duk elok2 berdebat, habis sesi, keluar bilik debat, boleh jalan sama2, pi cafe. Begitu matang dan profesional pemikiran depa. Bila kita open, kita dengar dari kedua2 pihak, barulah kita dapat buat perbandingan dan kajian, baru boleh tafsir hat mana betui hat mana pincang, betui dak? Tak dak la kita tengok tv, bila channel berita, kita tak mau dengaq, kononnya berat sebelah pihak, tak pun hat pihak satu lagi, pi masjid nak jemaah, nampak puak sebelah lagi, terus kona balik rumah solat sorang2. Elok2 nak dapat 27ringgit, dapat seringgit (wudhu' tak sah, tumpor ler)-->(ni analogi Solat Berjemaah).
Ok, sekian saja kali ini, renung2kan, selamat meng'open'kan diri dan pemikiran. Ke Arah Rakyat Malaysia Berpemikiran Sihat :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
bukan taknak bagi peluang..tapi kalau dah meluat memang tak buleh terima dah..
he betui juga tu..
susah gak nak kontrol 'meluat'ni.
aku pun kurang pasti bila aku rasa meluat, aku ni betui/pandai ke atau salah/bodoh dari orang/benda tu.
Mykhalis : Saya tak nafikan, memang berat. Sebab kita rasa sudut pemikiran kita yang betul. Kan?
Atiq : Betul3x.
cer kamu buat satu segmen abende tu 'meluat' dan adeke ia boleh menjerat pemikiran kita. Maksud aku dalam hidup yang dituntut mencari ilmu dimana/tiap masa mau tak mau rasa meluat ni muncul.Ada kait dengan cara dia sampai kat kita ke? Rasa meluat ni apalak hukum hakamnya? He he...tq
Bernas permohonan atiq. Saya fikirkan, kalau saya bubuh post hat tentang tu, bukan post selepas ini, saya perlu waktu :) Jazakallah Khair Jaza'.
salam..
oh tidak gambar di atas buat saya pening hee..
:) Peningku Fahami dirimu. He3x.
aku pun pening..he he ayat suri tu macam ayat aku kut..susah orang nak faham sebab tak pakai koma titik dllaturan bahasa..aku rasa ia maksudkan
oh tidak!!!!!!!!!gambar di atas(mata kebawah tu), buat saya pening. ketawa tanda ok
:) Tersenyum sudaaaaa.
Adoi!!! Gambar ni buat saya pening...
Catat Ulasan