Ni loghat orang2 ganu kiteee. Asalnya 'WAHAN free'. Wahan? Ape tu? Kenapa kena bebas dari wahan? Baik, ada mafhum hadis Rasulullah S.A.W. yang mengingatkan para Sahabat untuk mengelakkan penyakit WAHAN. Para Sahabat bertanya kembali apakah penyakit WAHAN itu? Jawab Rasulullah S.A.W., WAHAN itu adalah HUBBUD DUNYA WAKARAHIYATUL MAUT.
HUBBUD DUNYA : Cintakan Dunia. Tahukah Dunia itu ibarat bayang2 kita. Ia sentiasa mengekori kita. Dan, kita tidak akan terlepas dari diekori bayang2 kita sendiri. Kecuali dengan satu cara iaitu kita kembali ke rumah kita, tutup habis semua lubang cahaya sampai gelap gelemat rumah. Masa tu baru takda bayang2. Dan masa tu kita mati dan diwaktu itu jugalah dunia sudah tidak beserta dengan kita. Lagi cepat kita lari, lagi cepat bayang2 tu ikut kita. Ni pengibaratan pada dunia. Makin kita kejar dunia, makin cepat dunia menghampiri kita. Makin kita jauh mengejar dunia, kita makin jauh dengan rumah kita yang abadi yang mana bayang2 itu tidak lagi mengejar kita.
WAKARAHIYATUL MAUT : Dan membenci mati. Rasulullah S.A.W. ada bversabda dalam mafhum hadith Baginda S.A.W. menyatakan yang Orang paling bijak adalah orang hat mengingati mati. Ini disebabkan dia tidak terleka dengan dunia dan sentiasa mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk kembali ke rumah abadi.
Pengajaran : Nak dunia, butuhkan ilmu. Nak akhirat juga butuhkan ilmu. Dan hendak kedua-duanya juga tidak dapat tidak mesti dengan ilmu. Kita perlu dunia untuk harungi hidup. Tetapi akhirat masih perlu diberatkan sedikit. Agar kita tidak mudah terleka dengan dunia.
Renug2kan, Selamat Beramal :)
~Mood Praktikum tak abis lagi~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan