Khamis, 18 Februari 2010

Tazkirah #7 Cerdik ka ni?



Cerita motivasi kali ini telah saya dengar sebelum ini semasa di Sekolah Menengah. Dan kini Solusi Isu 16 menghangatkan kembali minda saya tentang ini.

Ia bermula dengan kisah antara dua individu yang memiliki personaliti dan perwatakan yang berbeza. Mereka masing-masing ialah seorang cendiakawan dan seorang pengayuh sampan. Kisahnya adalah berdasarkan dialog di bawah ini dan ia bermula setelah si cendiakawan ini menumpang sampan milik si pengayuh sampan untuk ke suatu tempat :

Cendiakawan : Hai pakcik, pakcik ni sejak kecik sampai ke la, reti membaca tak?
Pendayung Sampan : Nak oii, kerja pakcik ni ja la dari kecik. Mana dan nak pi sekolah.
Cediakawan : Pakcik2,awat la tak ngaji dulu. Tau tak pakcik dah hilang separuh dari hidup pakcik.
Pendayung Sampan : Nak buat lagu mana nak, pakcik orang susah.
Cendiakawan : Ha, ni nak nak tanya lagi, pakcik simpan tak duit2 pakcik, maksud saya pakcik ada buat simpanan di mana-mana bank? Benda ni nak tolong pakcik ke depan ni.
Pendayung Sampan : Anak oi.... Mana dan pakcik nak simpan, ni selama dok kerja ni, cukup2 ja wat makan pakai pakcik sekeluarga. Mana dan, dengan makan minum pakai anak isteri. Mujur menikah satu. Tapi ya la, menikah satu pun anaknya macam dua tiga.
Cendiakawan : Hai pakcik, tu la, lain kali kumpul duit, sikit pun jadi la. Cukup haul, masuk main saham atau join mana syarikat mlm (macam...xnak sebut, tanya Ustaz Zaharuddin), duit leh berlipat ganda. Halai Haram belakang kira, kira anak bini kita ni nak makan pasiaq ka apa. Ni nak habaq mai, skali lagi pakcik dah hilang separuh lagi hidup pakcik dari baki yang separuh lagi.
Pendayung Sampan : Ya la tu nak oi...

Tiba-tiba, sampan yang mereka naiki terlanggar apa ntah, lantas bocorlah sampan itu. Nak tambah suspen (Sambil baca ni buh sound efek kat belakang), air pun masuk mencurah-curah ke ladang gandum, ops, ke dalam sampan. Poom! Sampan nak karam da. Spontan si pendayung sampan tu berkata seperti dalam dialog kat bawah ni :

Pendayung sampan : Nak, anak reti berenang tak?
Cendiakawan: (Dalam resah) Pakcik, tobat lahum saya tak reti berenang pakcik. Lagu mana ni?
Pendayung Sampan : Ha3, MAKA TATKALA ITU, ANAK AKAN KEHILANGAN SELURUH HIDUP ANAK! PAKCIK CHOW DULU, BABBAI :d (Pakcik tu gelak dan pergi lagu tu ja)
Cendiakawan : Pakcik...Pakcik... Blop..Blop..Blop..


Iktibar dari kisah yang saya olah ni ialah, jangan kita rasa kita banyak menuntut ilmu lantas kita mendabik dada tiada tandingan dari yang lainnya. Setiap orang yang Allah S.W.T. jadikan, memang variasi dari pelbagai sudut dan di antaranya sosio-ekonomi. Namun, ia bukan sia2. Sebagai contoh, perlunya yang kaya untuk berkongsi dengan yang melarat. Dan yang melarat, biasanya kerja-kerja seperti di dalam kisah ini sahaja yang mampu dilakukan. Bayangkan kita dok hina orang hat buat bendang tu kotor la busuk la. Bayangkan kalau tiada mereka, bagaimana kita nak makan. Saya tinggalkan persoalan mudah ini sebagai khitam tazkirah ini. Antum cambahkan soalan yang berkenaan dengannya, dan fikirkan. TQ :)

Rabu, 17 Februari 2010

Tazkirah #6 Sebelas jenis manusia didoa Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Selasa, 16 Februari 2010

Tazkirah #5 Dekat Tapi Jauh?




Kisah teladan ini Saya olah dari hari bacaan saya dari Solusi Isu 16.

Kisah si penjual bebola Ayam dengan si pembeli. Dialognya seperti di bawah bermula setelah si pembeli yang ingin menguji si penjual dengan menyorokkan sebiji bebola ayam di dalam tangannya lalu mengenggam sekejapnya agar tidak terlihat oleh si penjual :

Pembeli : Cuba kamu teka apa yang ada dalam genggaman saya ni?
Penjual : Boleh bagi pembayangnya?
Pembeli : Rasanya sama dengan bebola ayam.
Penjual : Pembayang lain?
Pembeli : Bulatnya sama seperti bebola ayam.
Penjual : Lagi?
Pembeli : Boleh dimakan setelah goreng mahupun rebus sama seperti bebola ayam.

Setelah lama berfikir, si penjual mengaku yang dia tidak dapat meneka apa yang tersembunyi dalam genggaman si pembeli itu. Maka si pembeli memberitahukan jawapannya.

Di sini, sememangnya tiada jenaka yang boleh kita gelakkan melalui kisah ini. Namun ada telada yang perlu kita imbas kehidupan kita sehari-harian dan perbetul apa yang telah kita silap. Kita tahu kewujudan Allah S.W.T., namun apa kita tunai kehendaknya? Sama tak kiasan cerita di atas dalam hal ini? Perhatikan dan sama-sama kita fikirkan. :-) TQ :-)

Isnin, 15 Februari 2010

Tazkirah #4 Tidur Selepas Subuh n Asar.




Sabda Nabi:


Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum tidur selepas asar:-

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template