Rabu, 23 Mac 2011

NasyidFM


Sebenarnya lama dah wujud website ni. Tapi nak promote jugak. Sangat serono (kalau kena lagu yang seronok la. Hahahahahhaha) Apa pun, iklan ini tidak berbayar, saja nak buat.

Renung2kan dan selamat melayan. layan telinga anda dengan lagu2 dakwah dan informasi2 terkini.

Selasa, 22 Mac 2011

Tazkirah #50 Wahang Priiiiiiiii


Ni loghat orang2 ganu kiteee. Asalnya 'WAHAN free'. Wahan? Ape tu? Kenapa kena bebas dari wahan? Baik, ada mafhum hadis Rasulullah S.A.W. yang mengingatkan para Sahabat untuk mengelakkan penyakit WAHAN. Para Sahabat bertanya kembali apakah penyakit WAHAN itu? Jawab Rasulullah S.A.W., WAHAN itu adalah HUBBUD DUNYA WAKARAHIYATUL MAUT.


HUBBUD DUNYA : Cintakan Dunia. Tahukah Dunia itu ibarat bayang2 kita. Ia sentiasa mengekori kita. Dan, kita tidak akan terlepas dari diekori bayang2 kita sendiri. Kecuali dengan satu cara iaitu kita kembali ke rumah kita, tutup habis semua lubang cahaya sampai gelap gelemat rumah. Masa tu baru takda bayang2. Dan masa tu kita mati dan diwaktu itu jugalah dunia sudah tidak beserta dengan kita. Lagi cepat kita lari, lagi cepat bayang2 tu ikut kita. Ni pengibaratan pada dunia. Makin kita kejar dunia, makin cepat dunia menghampiri kita. Makin kita jauh mengejar dunia, kita makin jauh dengan rumah kita yang abadi yang mana bayang2 itu tidak lagi mengejar kita.


WAKARAHIYATUL MAUT : Dan membenci mati. Rasulullah S.A.W. ada bversabda dalam mafhum hadith Baginda S.A.W. menyatakan yang Orang paling bijak adalah orang hat mengingati mati. Ini disebabkan dia tidak terleka dengan dunia dan sentiasa mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk kembali ke rumah abadi.


Pengajaran : Nak dunia, butuhkan ilmu. Nak akhirat juga butuhkan ilmu. Dan hendak kedua-duanya juga tidak dapat tidak mesti dengan ilmu. Kita perlu dunia untuk harungi hidup. Tetapi akhirat masih perlu diberatkan sedikit. Agar kita tidak mudah terleka dengan dunia.


Renug2kan, Selamat Beramal :)

~Mood Praktikum tak abis lagi~

Jumaat, 18 Mac 2011

Tazkirah #49 Usha Dulu Bai


Hukama' atau cendiakawan Islam dulu, ada mengatakan;

Unzur ila Ma Qal Wala Tanzuru ila Man Qal. Usha apa hat diperkatakan, bukan usha pada sapa hat kata.

Hurm, rasanya jelaskan maksud dia? Tapi ce kita perati balik, la ni, kat tv ka kat mana ka, kalau keluaq ja sapa2 hat cakap sesuatu, tak kisah la bagu ceramah ka, bagi ucapan ka, hatta iklan kat tv, kalau orang tu kita tak berkenan, kita terus alih channel, tak pun katup tv terus. Lagi dahsyat, dihempuknya tv (kot2 ada). Ce kita dengaq dulu, kadang2 orang hat kita benci tu sampaikan sesuatu hat bermanfaat bagi kita. Cuba bagi peluang orang tu cakap dulu. Kekadang tengok orang Barat, macam dalam filem2 depa (SAYA TAK SOKONG BARAT, SAYA SOKONG ISLAM!), tengah duk elok2 berdebat, habis sesi, keluar bilik debat, boleh jalan sama2, pi cafe. Begitu matang dan profesional pemikiran depa. Bila kita open, kita dengar dari kedua2 pihak, barulah kita dapat buat perbandingan dan kajian, baru boleh tafsir hat mana betui hat mana pincang, betui dak? Tak dak la kita tengok tv, bila channel berita, kita tak mau dengaq, kononnya berat sebelah pihak, tak pun hat pihak satu lagi, pi masjid nak jemaah, nampak puak sebelah lagi, terus kona balik rumah solat sorang2. Elok2 nak dapat 27ringgit, dapat seringgit (wudhu' tak sah, tumpor ler)-->(ni analogi Solat Berjemaah).

Ok, sekian saja kali ini, renung2kan, selamat meng'open'kan diri dan pemikiran. Ke Arah Rakyat Malaysia Berpemikiran Sihat :)

Khamis, 17 Mac 2011

Tazkirah #48 Faif Bifor Faif


DariAmru bin Maimun R.A. bahawa suatu hari Rasulullah S.A.W. telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud;

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian"
(Riwayat at-Tirmizi dan Muslim)

Pssssst : Renung2kan dan selamat beramal. Ada masa ada rezeki, saya perdalamkan Hadith ni Akan Datang na :) INSYAALLAH :)

Rabu, 16 Mac 2011

Tazkirah #47 Komunikasi 'Un'Lisan

Kali nak sembang pasai komunikasi 'un'lisan (bukan merosakkan bahasa, saja nak tengok faham ka x) hat kita selalu terlepas pandang masa berkomunikasi dengan orang lain.



Ha, lain kali, perati betul2 part2 ni untuk buatkan kita jenis yang mudah memahami. Saya nak ambik contoh sikit. Macam :

PERGERAKAN KAKI DAN TANGAN. Kalau kita tengah sembang, contoh dengan jiran sebelah-menyebelah. Kita jenis bateri anejaizer, tahan lama. Tengah sembang, tengok kelaku pe'el rakan sesembang tu cam tak tetap berdiri, kaki duk gelisah, tangan tak duk diam, paham2 la kawan tu dah tak larat nak sembang. telinga dia kena cas. Maklum la, dia bukan bateri anejaizer.

Contoh lain :

SENYUMAN. Ha, bila tengah2 sembang, kawan tu cerita sedih, cam dia tak da semangat, kita pulak jangan tambahkan kemoyokan dia. Bagi sedekah sikit melalui senyuman. Kurang2 dapat ubatkan kesusahan hati dia :)


Itu sahaja kali ni. Renung2kan dan selamat beramal. Hat lain, cari contoh sendiri.

Pssst : Rujukan :

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim & Md. Noor Saper. 2009. Kemahiran Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Maaf, tak reti ejas ikut Format APA.

Selasa, 15 Mac 2011

Nak 'NEW TAB' kan apa2 di laman Web dengan mudah?

Tengak tajuk, tu dia, punya panjang. Dah tak tau nak pendekkan.

Ha, ni cara hat biasa kalau kita nak klik 'NEW TAB' kan? :



Tumbesaran berlaku dengan mengklik gambar

Cara kedua : Tekan dan 'hold' Ctrl + apa2 hat kita nak buka dengan 'Tab' yang baru (New Tab).

Cara ketiga :


Yang saya bulatkan itu adalah scroll (suma dah tau kan :)). Ok, ce letak cursor kat apa2 hat kita nak 'NEW TAB' tu, tekan je scroll tu. Kompom, leh buka 'NEW TAB'. Ni cara termudah hat baru saya jumpa :)

Selamat mencuba :)

Guru #2 Empati


Ni segmen baru yang kedua dalam blog C.A. ni :)


KEMAHIRAN BEREMPATI

Sudah kita sedia maklum, empati merupakan suatu perasaan yang melebihi tahap simpati. Simpati hanya sekadar menyatakan rasa sedih kita terhadap apa yang telah menimpa seseorang. Namun, empati adalah lebih dari itu. Ia bukan hanya sekadar melahirkan perasaan sedih dan berduka dengan apa yang telah menimpa orang yang meluahkan perasaan atau masalahnya kepada kita, bahkan kita sedaya mungkin mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi.

Oleh itu, semasa kita berada di dalam kelas, empati merupakan suatu kemahiran yang tidak dapat tidak untuk kita seorang guru miliki. Ia akan menunjukkan keperibadian dan perwatakan seorang guru yang peka dengan masalah murid, maka ini akan memudahkan guru mengesan anasir-anasir lain yang turut hadir bersama diri murid yang mana anasir-anasir ini merupakan parasit bagi murid atau klien seseorang guru yang mengganggu pembelajaran mereka.

Sebagai contoh yang telah saya hadapi sendiri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah dapati seorang murid saya tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Pada awalnya, saya membuat andaian yang murid itu bosan dengan pengajaran saya. Maka, saya segera dekati murid itu dan bertanyakan masalah yang dihadapi. Setelah disoal selidik, barulah saya ketahui yang murid saya ini sedang risau dengan keadaan ibunya yang bakal menghadapi pembedahan di waktu itu sedang dia berada di sekolah. Maka, tindakan saya adalah untu menenangkan murid itu dan bukan itu sahaja, malah saya memberikan kata-kata semangat untuk murid itu kembali tenang dan saya raih sokongan dari teman-temannya untuk murid itu dengan jambakan doa.

Inilah yang dikatakan empati. Sekiranya saya hanya sekadar simpati, tindakan saya ialah dengan turut sama bersedih atas apa yang menimpa dirinya. Maka, ia akan menambahkan lagi kesedihan murid tersebut, malah lebih mengharukan lagi. Murid tersebut langsung tidak dapat kembali fokus terhadap pengajaran guru di waktu itu.

Maka selayaknya seseorang guru itu memiliki kemahiran empati agar dapat memberi keyakinan terhadap anak didik kita terhadap diri seorang guru tersebut.

Isnin, 14 Mac 2011

Guru #1 BBM - Dam Interaktif

Ni kira dam hat mudah2, download dulu file 'DAM INTERAKTIF' ni. Saya buat sendiri tau. Ha, klik gambar bawah ni untuk download :



Kemudian buat dadu. (Sendiri buat ar... Buat yang maujud, guna la kotak apa2, balut kertas warna, buh ja titik2nya.)
Baik, aplikasinya, Bahagi murid2 kepada beberapa kumpulan (yang terbaik untuk dam ni, 3kumpulan ja). Setiap kumpulan baling dadu. Bilangan nombor yang tertera merupakan bilangan tapak untuk 'PAWN' dalam dam tu digerakkan. Kat tapak kala UNGU, Tanya soalan, betul, langkah setapak ke depan, salah, setapak ke belakang. Tempat MERAH, selangkah ke belakang. Mudah ja. Hat sampai dulu, menang.

Ni saya kongsi untuk cikgu2, tak kira la hat tengah praktikum macam saya, atau hat dah sedia cikgu :) Cubalah inovasi saya ni :)


Pssssssst : Paktikum punya pasai, blog saya hampir tersadai.

Sabtu, 5 Mac 2011

Tazkirah #46 Pembohong Agama


Ni nak crita pasai pembohong agama. Dah ALLAH senaraikan dalam Surah al-Ma'un dari ayat pertama sampai ayat terakhir. Perhatikan maksud di bawah. Renung2kan selamat menjauhkan diri dari mendapat title PEMBOHONG Agama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template