Sabtu, 19 September 2009

buat semua pengunjung :-)

AMARAN GELOMBANG KE-2 OF ...



AMARAN!!! GELOMBANG DOSA KE-2 SELEPAS KITA BERJAYA MENGUMPUL DOSA FREE DI KALA RAMADHAN MENJENGAH KITA (NA'UZUBILLAH). Makhluk "aba was takbar" ni dah kena ikat sebulan, jadi ni dah keluar, baru beberapa jam tadi. Tak da la apa, cuma nak pesan, jaga2. Kalau x, sia2 masuk Madrasah Ramadhan kalau habis wat amal (semoga diterima ALLAH) alih2 start raya dan wat dosa cam sebulan masa raya esok ni. K, tu je, Take Care. BEWARE OF SETANNNNNNNNN!!!!!! INFLUENZA SYAITAN LAGI BAHAYA. WALAU ADA YANG TAK MEYEBABKAN KEMATIAN, TAPI BAHANA SAMPAI DI SANA. :-)

Rabu, 16 September 2009

A.M.A.R.A.N!!!


Ayat 120 dari Surah Al-Baqarah ini bermaksud;

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Di sini saya nak sebut tentang satu lagi bahana rencana sulit pihak kuffar yang senantiasa sedari dulu lagi membenci dan mencari jalan menjahanamkan Ummah Muhammad ini. Bedanya cara serangannya sahaja yang tidak seperti dulu. Jika dulu pendekatan drastik, bombastik, tuntas dan nyata menyatakan suara hati mereka yang membenci Umat Mulia ini, namun kini telah mereka sedari bukan itu caranya lagi, maka dilaksanakan mereka transformasi serangan,dari maujud kepada majhul. serangan yang lebih halus tetapi kompleks dalam menjahanamkan akidah Umat Islam.

Tiada guna tinta yang meleret-leret kerana kita sekarang lebih pentingkan bukti. Nah, http://www.***.blogpot.com/ dan http://www.***.blogspot.com/ . Gantikan tempat (***) itu dengan sebarang alamat blog sesiapa pun. Jika ditulis BLOGPOT dan bukannya BLOGSPOT maka carian anda akan pergi ke suatu site yang satu, IAITU BIBLE COLLEGE ONLINE.COM—MEGA-SITE of Bible, church, Christian & religious info, & studies. Easy to navigate .

Perhatikanlah, betapa halusnya perancangan jahat musuh2 Islam. Pada kita ia mungkin sukar berlaku, namun kebarangkalian untuk kita tersilap tulis itu ada. andai kata orang awam yang biasa melakukan kesilapan yang dianggap kecil ini, lantas dibawa dia ke laman web da'yah ini, maka suatu kebimbangan kepada kita untuk dia atau mungkin kita sendiri (NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK) terpesong secara perlahan-lahan. Kononnya, baca untuk mengkaji, namun perlahan2 kepercayaan liar dan negatif serta bersimpang jauh dari kebenaran ini meresap dalam diri kita, dan akhirnya wujud suatu keyakinan jalanan songsang!NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK!

Namun, sedikit kekesalan. Jika laman-laman web yang pada kita mengancam kita, laman web yang benar disalah ertikan individu kalangan kita mahupun laman web yang bersifat radikal pada kaca mata kita tanpa diperhalusi terlebih dahulu informasi tersiratnya, maka dengan tuntas kita ban atau sekata kewujudannya. Namun dalam hal seperti ini, yang saya percaya telah wujud sekian lama di alam maklumat maya ini, dibiarkan bebas tercanang pada benak2 Umat Islam. Jangan kita persoal terlebih dahulu mana pergi zuriat kita hilang entah ke mana-mana, teraba-raba mencari sinar kudus songsang ini, jangan kita persoal apa imej Umat Islam kini, Jangan Persoal segala JIKA ini dibiarkan berleluasa menjamah jati diri Islam yang tersemai sekian lama sejak lahir namun punggah di tengah jalan. Bukan Islam bawaan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. dari dahulu sudah tidak relevan maka kita olah kepada Islam tuntutan era global ini yang menjadi persoalan. SESUNGGUHNYA, ISLAM BAWAAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DAHULU TIADA CACATNYA, KERANA TELAH DIPASTIKAN ALLAH S.W.T. KEREVALANNYA HINGGA KE AKHIR HAYAT DUNIA. SEMUANYA BERPUNCA DARI KITA!!!!!!!!!!!

BEWARE OF KUFFAR! AHSIN WAL ISLAH NAFSAK!

ASSALAMUALAIKUM.



Sabtu, 12 September 2009

Aku sakit dalam Ramadhan...



Tajuk ini bukan ku garap sebagai pengsangsian buat umat tentang Ramadhan, tetapi menceritakan kesangsian Ramadhan pada umat!

1. Mafhum sebuah hadis yang popular pada kita berkenaan Ramadhan, iaitu, "Pada permulaan 10 Ramadhan itu, Rahmat, 10 pertengahannya Maghfirah, dan pada 10 yang terakhir 'itqum minan nar' (pembebasan dari neraka)". 3 siri Ramadhan ini menuntut kita makin kerap ingat DIA, makin tega dalam puasa, bukan sekadar lapar dahaga, bukan jaga segala ada siang harinya sahaja, BAHKAN 3siri ini menuntut kita kuat dalam beribadah. Namun, AKU SAKIT DALAM RAMADHAN tatkala 3siri ini songsang jadinya. Umat nafi hadis ini? nak ku kata 'Ya' bila Masjid mula kembali pada keadaan sebelum puasa. Umat makin susut entah ke mana. Tok Imam garu kepala, tapi gatal tiada hilangnya. Ni nak tanya, "mana pi semua orang?" AKU SAKIT DALAM RAMADHAN!

2. Masing2 tahu yang masjid itu Rumah Allah, bukan rumah kita. Tapi AKU MAKIN SAKIT DALAM RAMADHAN. Sebab ku sangka aku bakal terubat dengan wajah masjid yang baru dan berbeda dari wajah dalam bulan selain Bulan RAHMAT ini. Mana kan tidak, wajah masjid sugul dalam bulan2 yang lain melainkan Hari Jumaat. Namun di kala malam bulan Ramadhan, masjid acapkali tersenyum dengan Penghuni yang ramai. Namun senyuman itu hambar. Bukan sekadar hambar dek kerana umat makin kurang, tapi hambar menanti bala mendatang. Sudah ku sakit punca umat yang datang tiada bertandang menjengah perut masjid, sekadar syarat penuhi jemputan masjid di Bulan Rahmat in, bahkan aku sakit bila perut masjid seolah-olah ingin muntah kembali umat di dalam. Umat tidak pandai menjaga hati masjid. Umat lupa masjid bukan rumah umat. Biar anak-anak piung sana piung sini nikmati suasana indah dalam perut masjid, lari ke hulu ke hilir dengan teman ukur masjid, sedang penjaga2 umat ini kusyuk di barisan hadapan berjuang menongkah badai nafsu, berperang dengan diri sendiri, nak tambah pahala percuma di Bulan Ramadhan ini. Alasan, ala, budak2, biar ja la. Umat ini lupa di mana mereka. Rintih masjid, "Maat, oo umaaat, ni Jid sedih maaat. Maat nampak khusyuk kat depan (walhal tidak), maat tak nampak ka anak maaat. Ganggu saudara2 mat yang lain. Deme pun nak buat amei juge mat'" (Mungkin ni antara rintihan masjid2 di tengah Perak. Masjid lain ikut loghat deme la). Masjid cakap lagi, "mat ni, beranak aje pandei, jagenye haram idok. Mangkor. Gamak ke maleh jage anok kat masjid ni, nu,tinggei aje deme kat ghumoh. Hai maat, taku kaghang maghi nak beramei, tapi dapat dose belake.. Maat, o maat." Ini yang tambah SAKIT AKU DALAM RAMADHAN!

3. Cukup, aku dah larat tanggung SAKIT ku ini.......... "Ya ALLAH, ampunkan diri ini andai termasuk dalam Umat ini yang tidak langsung pandai menjaga hati masjid." Kepada masjid,"Jid.....Maafkan diri ini jika aku menurut Umat yang mencarik senyummu di kala Ramadhan". Buat Umat,"mat, AKU SAKIT DALAM RAMADHAN KERANA kamu!" Berubahlah..."

DAMAI


Bilakan kukucup damai.

Tika di kaki langit bergumpal,

asap tebal hitam pekat,

nan merundung duka semalam,

mecarik hati yang rawan.

Onak mana kutungkah,

ranjau mana kusanggah,

Buat luka makin terluka.

Suku suang hidup tersemai,

BILAKAN LAGI KUKUCUP DAMAI?
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template