Isnin, 31 Januari 2011

Tazkirah #42 Xbest kat Laki Best Kat Pompuan

Ada 3 benda hat tak best kat laki, tapi best kat pompuan (ni kira nak pujuk pompuan hat kena hentam dalam Tazkirah #41). Suitable 4 who's kawin or not. Hua3.

1. KEDEKUT :-
Lelaki : Tak Best. Bayangkan kalau si lelaki kedekut. Nak pulak yang bergelar 'Laki Orang'. Anak2 nak sekolah, xleh. Pasai? Sebab kena bayar yuran, membazir katanya. Kat dapur, hanya ada bahan2 asas, nak ada aiskrim ka, cekelat ka, sori.
Perempuan : Bagus. Sebab dia jaga harta lelakinya :)

2. SOMBONG :-
Lelaki : Tak Best. Ada ka lelaki balik kampung berlagak ngn ipar duainya? Nak tidoq kampung, jangan harap la. Menyombong dengan semua orang. Dengan jiran2 pun sombong. Dengan bos ja tak tunjuk, kalau tunjuk, no income la jawabnya sebab telah dikick dengan penuh kehormatan.
Perempuan : Best. Sebab? Bayangkan tengah2 jalan ada jantan mana mai ngorat.'Assalamualaiku awak. Tak jawab dosa' Si pompuan tu balas wat don't know ja. Dalam hati dia,'kalau aku jawab, tu hat nak undang dosa. Aku hanya untuk suamiku.' Kalau hat takmnikah lagi dia ingat,'Ni salam gatai, sebalik dia bukan pahala, dosa hat nak mai, jadi baik toksah jawab'. Amacam? Bestkan pompuan sombong (sombong dengan bukan mahram ja, itu pun berdasarkan situasi lebih kurang cam atas dan sama waktu dengannya.

3. PENAKUT :-
Lelaki : Doooonuuuuuut. Lagi dahsyat dari donut, ni kira belut lagi baik. Cam mana nak jadi pelindung wanita kalau taku mengerit. Boleh jadi pencinta wanita je la jawabnya.
Perempuan : Bagus2. Memang bagus perempuan penakut. Contohnya, Alia cakap kat Alai,'Alai, jom pi pasar malam.' Alai jawab' Tak mau la, takut, ramai budak2 laki galak kat sana.' Ha, kan bagus pompuan ada sifat takut, leh jaga kehormatan dia. Tapi takut berdasarkan dialog di bawah diharamkan.

Nurse : Mai sini derma darah.
Penderma : Tak nak, saye takut jarum. Hahahahahahahaha.

Baik, itu sahaja, renung2kan, selamat beramal :)


Pssssst : Maaf, lama menyepi, cuti is cuti. Jadi kalau terhibernate, ni la padahnya, lama tak update.

Khamis, 27 Januari 2011

Aim De Winer!!!!! Praise To ALLAH S.W.T.


Alhamdulillah, Hadiah dari Kak Hanie telah selamat sampai kat Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Perlis pagi tadi. Punya la seronok, tayang kat kawan (tak riak eh. Na'uzubillahiminzalik). Nanti lapang nak pi tebus.Saya dapat sebab dapat jawab teka-teki ni. Terima Kasih Kak Hanie. Salam buat Kak Hanie Sekeluarga dengan lafaz Assalamualaikum :)

Rabu, 26 Januari 2011

Tazkirah #41 Pompuan hat xbest ar jadikan isteri.

Macam bagus ja tajuk entri. Apapun, layan ja tazkirah ni. 6 golongan perempuan hat 'xbest ar jadikan isteri' (tapi kalau tersangkut dah, wajib atas suami perbetulkan dengan cara yang berhikmah. DON'T CERAI2! DAT IS PERKARA HAT ALLAH XSUKA!!! DAH TAU DAPAT YANG KURANG SENANG, TUGAS SUAMI UNTUK BETULKAN. NI SALAH SATU DAKWAH JUGAK LA NI :) (SAYA MASIH BUJANG, NI NAK KONGSI ILMU, BUKAN PENGALAMAN).

1. الأنانة (al-Anaanah)
Isteri yang banyak timbulkan keluh kesah kepada suaminya.

2. المنانة (al-Manaanah)
Isteri yang banyak mengungkit kepada suaminya.

3. الحنانة (al-Hunaanah)
Isteri yang inginkan suami yang lain. (Not lelaki only aaaa who's gatal, de ledis olso. Hei laki, kalau bercinta pakai otaq, pakai iman, pakai Agama).

4. الحداقة (al-Hudaaqah)
Isteri yang gemarkan sesuatu, maka dipaksa2nya suaminya. Nek supermarket, nak beli mainan, si suami tak bagi, dia sanggup teriak guling2, hentak2 kaki. Ni contoh. Tapi tak tau plak kot2 ada. (Hat sengih tu dia la kot).

5. البراقة (al-Buraaqah)
Isteri yang sibuk bersolek tanpa pikiaq amalan2 hat lain, hat wajib lagi dia buat. Contoh, 24jam berkrim nu krim ni, tapi sembahyang, xmau langsung. Alasan, 'alaaaaa, I pakai krim ni, 12jam baru boleh bilas'. Lepas 12jam, pakai krim lain. Pastu alasan lagi,'alaaaaaa, krim ni mesti pakai lepas krim tadi. Tempoh 12jam. Solat nanti I pakej' APA KAU PIKIR KAU PUNYA WAKTU UNTUK PAKEJ PAHALA TIME NYAWA KAT GHARGARAH?

6. السلاقة (as-Salaaqah)
Isteri yang pagi petang banyak cakap. Ngumpat, beletiaq tak tentu kalu, kira suma2 hat tak berfaedah la ye. Kalau banyak berzikir, bersembang pasal Agama, tak ngape, tapi percentage of talking menunjukkan 99.9% ke arah membooking 1st class of fireroom, KING DELUXE punye.

Hehehehehehe. Jangan marah ar orang perempuan semua. Kalau tersangkut hat mana2 satu di atas, tolong la ubah ye. Demi mencapai Keredhaan-Nya. Syurga isteri refer tu lakinya :)


Pssst : Nanti nak tulis pasai hat best kat orang lelaki pulak. Perempuan pulak leh senyum nanti.

N psssst lagi : Kenapa semakin ke kategori perempuan di atas bertambah, makin panjang huraiannya, kenapa hat nombor satu dengan dua saya tak hurai? Sebab dah jelas maksudnya :). Baik, renung2kan, Selamat Berubah Ke Arah Yang DiREDHAI-NYA! :)

Tazkirah #40 Seni Dalam Berdakwah

Berdakwah macam saya sebut sebelum ni boleh dalam macam2 cara, Mengajar di Sekolah, Masjid, Penulisan, hatta BerBlog itu juga jalan dakwah. Jadi, untuk berdakwah, kita mestilah mempunyai seni supaya mudah diterima orang lain.

Kita ambil contoh dari Rasulullah S.A.W., sebelum Rasulullah S.A.W. menghantar para sahabat untuk berdakwah Baginda S.A.W. sentiasa berpesan :

1. Bassyiru
= Gembirakan orang ramai. Untuk kita menyebarkan dakwah, kita kena tarik orang ramai dengan manis muka, raikan mereka tak kira apa tahap mereka. Dan yang paling penting, BilHIKMAH (dengan Hikmah)!. Ini penting. Nak ajak orang mai dakwah, tak boleh main jerkah2, mesti ada caranya yang dapat melembutkan hati orang yang keras dengan cara yang unik atau asertif. Ya la, nak betulkan orang tanpa emmbuatkan mereka terasa.

2. Wala Tufassiru
= Jangan mencerai-beraikan orang yang mengikuti pengajaran kita. Hat ni satu lagi hal yang penting. Jangan kita berdakwah, tetapi dalam dakwah itu kononnya kita ingin memonopili orang ramai untuk mempercayai kata2 kita sahaja, tak pi dah pengajian kat orang lain. Kita burukkan nama orang lain. Ni satu cara kita mencerai-beraikan orang. Rasulullah S.A.W. berpesan yang kedua ini, supaya kita satukan orang2 yang hadir atau mendengar dakwah kita, ceramah kita, yang membaca blog kita, bukan kita rosakkan ukhuwwah mereka. Contoh lagi, ada gak orang hat dok bercakap dalam program tertentu yang mana dia berbaur politik, kata kat orang nu, hasut orang ni semata-mata nak kaut keuntungan undi. Saya pernah ikuti program dulu, time2 hangat pilihanraya, negara mana toksah tanya. Nama punya baik, kononnya sempena Ramadhan al-Mubarak, alih2 dari awai sampai sudah cerita Islam Sekat Hari. Apa punya kaitan. Hat ni yang Rasulullah S.A.W. larang. Penulisan Blog pulak, mestilah bersifat sejagat, tidak menyatakan melainkan ilmu yang benar (kalau nak buat blog ilmu la), dalam masa yang sama, jangan buat pembaca blog kita berpecah dengan orang nu, berkelahi dengan orang ni.

3. Yassiru
=Mudahkan orang hat mengikuti pengajaran kita. Hat satu hai lagi. Nak berdakwah, ceramah, apa2 saja cara menyebarkan ilmu kita kena mudahkan penyampaian kita, ikut aras yang menerima. Kalau pi ceramah kat Sekolah Rendah, ikut tahap budak2 Sekolah Rendah, jangan pi cerita macam budak Universiti. Kompom depa lena, wat keja lain, main dan pendek kata, tak paham apa pun hat kita sampaikan kat depa. Kalau bagi ceramah pulak, masa kena perati. Hat dengar tu kalau ada tiang tak pa la, kalau tak dak tiang, kesian depa lenguh pinggang. Perhatikan masa.

4. Wala Tu'assiru
= Jangan susahkan orang hat menadah pengajaran kita. Contoh, budak pi mengaji, mengaji salah sikit, tibai, budak honaq sikit, tampaq, guling2 lekat kat dinding. Hat duk masuk paper la ni, Guru sepak budak sampai tercabut telinga (ada ka? Hahahahahahaha), Majikan karate tengkuk pekerja tak dengar cakap tercabut kaki (apa kaitan). Kira lagu la contoh hat orang yang kononnya nak berdakwah, tetapi menyusahkan orang yang nak disampaikan.


Nah, ni 4 seni dalam dakwah Rasulullah S.A.W. Kiranya, kalau orang2 tu bersurai selepas pengajaran kita, dia rasa tenang, rasa dapat manfaat dan berfaedah.

Baiklah, Renung2kan dan Selamat Berdakwah secara sihat :) :) :)

Isnin, 24 Januari 2011

Tazkirah #39 Dakwah guna Blog?

Blog bukan sekadar tempat meluah perasaan dan catatan diari perjalanan kita. Bukan sahaja tempat cari makan n ber'nuffnang' (Betul ke saya tulis ni? hahahahahah. Gasak ja). Ia juga boleh kita jadikan medium penyebaran ILMU, tak kira la ilmu keduniaan atau akhirat. Tapi macam mana ek? Ala, senang ja, tulis artikel apa2, nota kuliah ka, klip2 ceramah agama ka, apa2 saja yang berkaitan dengan ilmu. Tapi, jangan tulis saja, satu benda yang kita (orang tertentu malas), BW. Apa benda BW ni? Omputih kata BlogWalking orang Melayu kata Blog Berjalan (Cikgu BI, maaf kalau salah translate). Tapi BW hat macam mana plak? BW yang tak kira sapa pun, tak kisah la dia lebai ka tak, apa darjat dia pun, selagi bahasa penulisannya sama ngn kita, BW ja, dan follow, tinggalkan jejak untuk dia masuk dan usha laman kita yang kita nak kongsikan ilmu ngn dia. Mudah ja ka? Sekarang zaman intelek, ICT digunakan secara meluas. N bg yg mmg taksub ngn internet tmbh2 blogging2 ni, mungkin susah nak tengok depa pi masjid dengaq kuliah. Jadi, medium ini amat membantu insan2 seperti ini untuk nampak sinar agma. Kita berusaha, Moga ALLAH S.W.T. yang menggerakkan hati2 mereka untuk lihat pada Hidayah-Nya :)

Renung2kan Selamat BerBlog Secara Sihat :)

Ahad, 23 Januari 2011

Tazkirah #38 Berilmu Berakhlak

Berilmu & berakhlak. Dua gabungan perwatakan yang perlu seiring dalam diri setiap kita. Berilmu itu tidak lengkap tanpa berakhlak dan begitulah sebaliknya. Ada orang tanya, sungguh ka kena ada dua2 benda ni? Meh nak habaq. Kalau mencari teman, suami, isteri atau sapa pun untuk kita dekati, kalau dia berilmu tapi tak berakhlak, mudahlah dia menjuruskan kita ke lembah yang salah. Berapa ramai hari ni pegaum, loyar, engineer (betui kot eja lagu ni) cikgu2 sekolah, hat ada ilmu, tapi buat onar. Tak caya lagi? Apa tak penah baca surat khabar? Cikgu logor budak, peguam menegakkan benang yang basah, kerani, wakil rakyat pecah amanah dan macam2 lagi masalah hat lahir dari individu yang berilmu tapi takdak akhlak dalam diri depa. Ustaz2? Pun ada. Tu hat yang memang belajaq agama, hat tak belajar agama toksah dok heran la wat lagi teruk dari tu. Berakhlak tanpa ilmu pulak macam mana eh? Macam mana apanya, jawabnya tak leh dijadikan contoh.

Nah, jelaslah nak pilih teman hidup, nak pilih kawan, suma2 tu perlukan penelitian terhadap ilmu dan akhlak yang ada pada individu hat kita cari. Hat nak buat teman hidup, kena cari betul2 sebab nak bagi tahan lama lagi baguih sampai KAT SANA, hat nak cari kawan, kena cari betui2 sebab kita perlukan kawan sebagai penguat perjuangan kita. Dah nampak depa ada ilmu akhlak kurang, betulkanlah ye. Tapi jangan kita pulak yang tak berakhlak :D. Renung2kan, selamat beramal :)


Pssst : Tazkirah dipetik dari Ceramah Ustaz Kazim Elias :) Oghang Batu Kugho Yop.

Sabtu, 22 Januari 2011

Tazkirah #37 Watak si kapiaq

Abdullah bin Salam. Pernah dengaq nama ni? Ada kisah yang cukup memberi makna ke atas Sahabat Rasulullah S.A.W. yang sebelum keislamannya adalah individu terpenting di kalangan pendita2 yahudi. Kiranya dulu insan mulia ini menjawat jawatan sebagai ketua ulama' yahudi!

Kisahnya berdasarkan mafhum sirah Rasulullah semasa menghadapi puak2 ulama'2 yahudi. Rasulullah S.A.W. berdebat dengan mereka dengan mengajukan soalan tentang pandangan mereka terhadap Abdullah Bin Salam (ni nama bila dah masuk Islam, masa jahiliyah, saya tak ingat). Dan dalam masa yang sama Abdullah Bin Salam ini menyorok untuk tidak memperlihatkan kehadiranyya di khalayak ulama'2 yahudi di situ. Maka jawablah ulama'2 yahudi yang berdebat dengan Rasulullah S.A.W. bahawa dia (Abdullah Bin Salam) adalah 'orang yang paling baik dan 'alim di kalangan kami'.Kemudian Rasulullah S.A.W. menyuruh Abdullah Bin Salam keluar dari tempat persembunyiannya lalu mengucapkan dua kalimah syahadah (memperlihatkan keIslamannya) di hadapan Rasulullah S.A.W. dan juga di hadapan ulama'2 yahudi (kafir) di situ. Maka bertanya Rasulullah S.A.W. kepada ulama'2 yahudi di situ tentang pandangan depa terhadap Abdullah Bin Salam. Maka mereka menjawab ' kami tak kenai dia ni dan dia adalah orang hat paling teruk pernah kami kenai.'

Perghhh! 360 darjah, kona baring tuu!!! Berubah langsung jawapan. Nah, kan betul Jaminan ALLAH S.W.T. dalam al-Quran pasai pendirian orang kapiaq ni. Walan Tardha 'Ankal Yahud Walan Nasara Hatta Tattabi'a Millatahum'. Depa takkan setuju dengan kita selagi kita tak ikut jejak langkah (millah~membuntuti tingkah, cara hidup, ideologi~kamus saya sendiri. He3x. Tapi makna tak lari). Depa hanya bersetuju dengan kita kalau kita ikut Millah depa. Nah, tak mau cakap banyak, renung2kanlah dan selamat merenung :) renung dengan Ilmu :)

Jumaat, 21 Januari 2011

Tazkirah #36 Belon & Kita


Betui ka tajuk ni? Apa kaitan kita dengan belon? Perut ibarat belon ka? Ka kepala belon? He3x. Sebenaqnya bukan pasai belon, saya nak cerita pasai jiwa kita yang saya umpamakan sebagai belon. Sebelum kita tiup, ia dalam keadaan biasa, masih elastik dan diisi sebarang masalah. Tetapi, bila kita tiup, perlahan-lahan belon itu membesar. Tiup lagi, besar lagi. Lagi tiup, lagi besar. Tapi, kelastikan belon ada hadnya. Setelah kita tiup lagi dalam hal keadaan belon tu pulak dah merenin-renin (ni loghat Utara, buka kamus kalau nak tau makna),
.
.
.
.
.
.
.
.
.
POMMMM!!!!!!!KEBABOM!!!!!!! Meletup suda!.

Jadi apa kaitannya dengan jiwa kita? Kaitannya adalah, jiwa kita, kita isi dengan masalah. Saban hari ada sahaja masalah yang kita terima sedang kita asyik memendam segala masalah yang dihadapi bermula dari yang sebelum ini. Kita pendam, sampai suut tak cerita kat orang lain. Koi sehari koi banyak yang kita pendam. Sampai satu tahap, jadi macam belon tu la, meletup! Natijahnya, tu yang duk jadi gila, isin, mereng cakap sorang2, kemurungan dan macam2 masalah yang melibatkan psikologi. Mengamuk tak tentu kalu. Sepak terajang orang nu, nak takek oang ni.

Dah tu, kita nak buat gena nak elak masalah2 kita? Banyak cara sebenarnya. Antaranya, luahkanlah masalah yang kita hadapi kepada orang yang kita yakin dengan dia. Susah2 cari ja kaunselor (orang yang ahli dalam bidang ni). 'Alaikum Bil Jamaah. Ni antara hadis Rasulullah S.A.W. (awkama Qal-seperti yang telah saya terima dari guru saya). Mafhumnya, kita mestilah dalam jemaah. Nak mudah faham lagi, kita ni tak boleh duk sorang2. Kena berkawan. Berkawan pulak, cari hat mursyid, hat boleh bantu, bimbing kita untuk dekat dengan ALLAH S.W.T. Dan banyak lagi cara mengurus stress cara Islami. Ni saya letak link individu hat dah tulis entri pasal urus stress cara Islami.

Sekian sahaja, renung2kan dan selamat beramal :-)

Psst : Maaf, lambat2 post entri baru, kekadangsampai tak post dua tiga hari, sibuk sikit kadang2 tu.

Khamis, 20 Januari 2011

Tazkirah #35 Surat dari Penjara


Lembaran surat ini ku adaptasikan dari selembar surat (betul ka tak pnjodoh bilangan hat saya guna ni) dari penjara. Mungkin pada awalnya akan ternampak sedikit ke'kurang ajar'nya, namun, telitilah sebaiknya maksud yang tersirat.

Abahku,

Salam buat abahku yang acapkali menjengukku di bangunan batu yang agam ini. Terima kasihku ucapkan padamu kerana tidak pernah rasa tebal muka datang melihat anakmu yang berstatus bajingan.

Abah, sudah-sudahlah datang ke sini. Bukan apa, aku rasa jemu bahkan tak mahu lagi menatap wajahmu. Bukan kerana aku ingin menderhaka padamu. Bukan aku yang pinta untuk aku derhaka sebegini. Aku juga mahukan syurga. Namun aku tak nampak di mana syurga itu. Abah? Aku tak mahu salahkan abah. Cuma, aku mohon, abah terus membaca.

Abah, cuba abah singkap kembali 20 tahun yang lampau, masa umur aku tujuh tahun dulu. Setiap kali aku bermain dengan rakan-rakanku di waktu petang, hampir saja sore ke malam, aku lihat semua abah kawan-kawanku datang, mengajak anaknya pulang, sama ada lembut, hanya dengan panggilan atau kasar sehingga dipukul dijerkah. Semua suruh anak-anak mereka pulang, hari hendak malam, Maghribkan menjelang. Tapi abah? Mana abah masa tu? Abah pernah ajak saya saya pulang? Abah pernah ajak saya sembahyang? Tidak kan? Baik, abah ingat pula, masa umur aku kian remaja. Aku tak pernah lekat di rumah. Aku suka melepak ke sana sini. Hampir saja tengah malam, datang lagi semua abah kawan-kawanku memarahi mereka suruh pulang. Tapi abah? Mana abah masa tu? Duduk diam kat rumah entah buat apa. masa aku di sekolah, abah kena panggil, sebab aku buat hal. Cikgu-cikgu cerita itu ini pasal aku, yang memang benar ulah aku tidak ikut peraturan. Aku kacau orang, aku sepak terajang. Tapi abah? Apa abah buat? Abah buat tak tahu ja kan? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Pernah abah tegur aku depan-depan? Tegur pun tidak, inikan pulak sentuh dengan tangan. Dah tu pulak, ada masa abah sokong aku walau aku di kandang mungkar.

Cukuplah setakat itu aku kenangkan pada abah tentang sejarah maksiat aku dulu. Sekarang aku dah terdampar kat sini. Bukan salah abah. Memang salah aku. Tapi punca sapa? Abah tahu, aku pun tahu.

Pengajaran : Lenturlah buluh dari rebungnya. Tarik layang-layang tak selalunya dengan lembut, ada masa keras itu perlu. Barulah layang-layang tak rosak, tali tak putus.

p/s: Ayahku, Ibuku ORANG BAIK TAU! :-) Ni cerita saya dapat masa dengar radio nak balik maktab :-)

Rabu, 19 Januari 2011

Segho duwaa hr ni!

"Nak kata sedih, tak sangat. Terasa, apa kes plak nak terasa, aku bukan dooonut. Nak marah, yup, fitrah manusia bila tersalah usik. Bengang, aku juga manusia biasa, aku tak dikurniakan kekuatan yang ampuh seperti Rasulullah S.A.W. Sabar Baginda S.A.W. luar biasa! Sabar aku picisan cuma!" monolog saya sedang bertingkah dengan pemikiran waras. Sejak pagi lagi. Menganjur ke petang. Entah mampu surut menjengah malam ni. Tu yang tak rasa nak bagi tazkirah malam ni. Ujian apakah ini Ya ALLAH... Biarlah sesiapa yang terbaca artikel ini hendak kata saya jenis apa, jenis mudah mengalah ka, lembik ka, pemarah ka atau apa sahaja. Yang pasti saya juga manusia biasa. Sejak pagi dijerkah dimalukan entah untuk apa... Kala senja dihidang pula fitnah dunia... Ya ALLAH... Kuatkanlah aku. Mungkin benar aku tersalah, Engkau sahajalah Ya ALLAH Yang Maha merubah, Ubahlah hati insan yang ku aniaya untuk kembali menautkan silah saudara. Andai ia pincang, ia sudah retak, ku takut ia bakal membelah, aku tambah sarat dosa, di mata Engkau jua di mata manusia. Bukan ku cari redha manusia, bahkan Redha-Mu jualah yang ku pinta saban hari saban waktu andai nyawa masih bertaut.Malanglah aku andai Engkau tidak sudi mendengar ratapan hina ampun si hamba biarpun aku dikala aku setakat dighargarah, meratap terus aku sampai bila2. Ya ALLAH, bantulah aku. Aku ingat Firman-Mu, ' La yukallifullahu nafsan illa wus'aha ' (Surah al-Baqarah ayat 286), Engkau (Ya ALLAH) tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Engkau tahu aku mampu harungi bebanan ini dengan kemampuanku, maka tunjukkanlah caranya Ya ALLAH, ilhamkanlah, bantulah diriku ini mencapainya. Bantulah aku berlalu dari bahana Azab-Mu... Amin Ya Mujibassailin...

Selasa, 18 Januari 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Perlis


Saya Muhammad Zakwan Bin Halim. Menuntut dalam bidang Pengajian Agama dan INSYAALLAH akan keluar untuk bertugas sebagai seorang Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah (tang mana saya tak tau). Pengalaman manis adalah semasa saya praktikum pertama kali. Terasa diri ini bertanggungjawab mendidik anak bangsa semoga menjadi manusia yang sebenar-benar manusia. Pengalaman pahit adalah saya tak ketemu pengalaman pahit saya. He3. Melawak ja. Erm, mungkin pengalaman pahit saya ialah saya kehilangan seorang kawan seperjuangan yang terpaksa dipindahkan ke IPG kampus lain atas sebab2 peribadinya. Ini membuatkan saya mengerti, saya kena bersedia dalam apa jua cabaran untuk dihadapi dalam proses menjadi guru yang kuat jati dirinya. Antara cabaran melalui pengalaman pahit ini ialah kita bakal keseorangan di suatu tempat yang baru. Jadi sebagai guru perlulah bersedia dan mudah mengasimilasi dirinya dengan persekitaran yang baru. Tentang perubahan yang saya mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ini untuk menjadi contoh bagi rakan sekerja saya supaya membetulkan niat menjadi guru kerana ALLAH S.W.T., mahu meneruskan gerak tari pena dakwah Rasulullah S.A.W. dan mahu mendidik anak bangsa ke arah insan yang cemerlang bukan sahaja dengan ilmu keduniaannya bahkan dititip dengan ilmu akhirat.

Tazkirah #34 Taim fo yu-tern!


Innaddina 'indallahil Islam... (Surah Ali 'Imran Ayat 19)

Semua pernah dengar ayat ni, terutama hat selalu wirid lepas solat. Jelas sungguh maksudnya iaitu "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi ALLAH ialah Islam". Di dalam Islam itu sudah lengkap perlembagaan hidup, tak kira la pasal menguruskan keluarga ka, nak urus diri ka, nak urus negara ka, soal muamalat, hukum fara'idh, bahkan segala ilmu dunia dan ilmu akhirat sarat tersisip dalam lembaran suci 30 juzuk ini. Maka segala perlembagaan yang syumul ini kalau kita pegang teguh dalam kehidupan kita, yakinlah, kita takkan kenal erti masalah dunia yang kita kelam-kabut hadapi la ni. Takkan ada kes merompak, menyamun, bunuh, logor, buang bayi, buang segala yang boleh buang! Tapi, kita tak peroleh nikmat keamanan tu suma sedang kita telah diisytihar merdeka 31 Ogos 1957 dulu ni (ni khusus untuk negara Malaysia na, negara lain, merdeka tarikh masing2). Sebab apa? Kita kata kita negara Islam, tapi kenapa kita dok dengaq lagi cerita2 masalah dunia hat menakutkan ni? Satu sahaja jawapannya, sebab kita tidak berpegang dengan Perlembagaan Islam. Kita hanya Islam pada kulitnya sahaja. Dibalik kulit itu tak terlihat langsung keIslaman. Tetapi kita sedar hakikat ini, namun kita tak pandang enteng untuk kembali kepada Islam, jawapan kepada penyelesaian segala masalah dunia la ni. Dalam ayat itu janji ALLAH S.W.T. yang telah terpatri lebih 1400 tahun dahulu, janji yang pasti. Nah, sekarang kita sudah rasa perit jerih hidup tanpa pegangan Islam hingga ke isinya. ALLAH S.W.T. telah menyuruh kita masuk ke dalam Islam dengan sepenuhnya untuk capai keamanan sejagat, kata dasar dalam kalimah 'ISLAM' itu sendiri iaitu 'SALAM' yang bermaksud selamat. Kita terima Islam suku2 sahaja. Nah, sekarang pening kepala dok pikiaq kapan masalah yang menghantui negara ini akan selesai?! Jawapan yang mudah, kembali kepada Islam.

Analoginya : Kita nak hapuskan rumput (masalah), tetapi dengan cara memotong rumput tersebut. Kemudian, beberapa hari selepas itu rumput itu kembali menjengah bumi, tambah2 ada hujan, lagi cepat rumput2 tu kembali tumbuh. (Maknanya masalah tumbuh kembali). Hal itu yang terjadi dalam soal kita nak hapuskan masalah yang melanda negara ini seperti di atas.
Kenapa kita tidak gunakan cangkul, nak lagi baguih bok mai pekho (backhoe~jengkaut), kita korek kawasan rumput tu sampai ke akar umbinya. Barulah ia tidakkan tumbuh. Maknanya di sini, kita guna cara yang berkesan untuk atasi masalah yang dihadapi kalau kita benar2 ingin mensifarkan masalah tersebut!

Sekian sahaja, renung2kan dan selamat beramal :-)

Isnin, 17 Januari 2011

Tazkirah #33 Cari Apa yang Aula Dicari

Suatu hari Muawiyah meminta nasihat daripada Saidatina 'Aisyah R.A.. Dan inilah yang diterimanya (mafhumnya) :

Carilah redha ALLAH S.W.T.walau manusia murka kamu, maka ALLAH S.W.T. bersama kamu. Janganlah mencari redha manusia sehingga mendapat murka ALLAH S.W.T., maka ALLAH S.W.T. tidak bersama kamu.

Rasanya sudah jelas mafhum nasihat tersebut. Apa? Nak contoh lagi? INSYAALLAH saya cuba.

Contoh mencari redha ALLAH S.W.T. : Kita mengajak jiran2 kita ke masjid / surau untuk berjemaah. Yang boleh terima, depa p berjemaah dengan rela hati. Tetapi bagaimana pula halnya dengan jiran2 yang tak boleh terima? Tak mustahil ada kan? Mereka mungkin akan mengata belakang. Namun, kita terus2an mengajak. Biarkan ada hat marah sebab hat kita ajak itu benda baik. ALLAH MAHA MENILAI apa yang kita buat. Ini yang kita hendak.

Contoh mencari redha manusia : Kita pi berjemaah di masjid / surau. Tapi bila ada hat suh kita ajak jiran2 sebelah, kita kata tak payah la, dia letih tu, tak payah la, kang depa ada kerja mana kita tau. Inilah yang dikatakan mencari redha manusia sehingga tak tertunai apa yang ALLAH S.W.T. tuntut. Contoh lagi? Baik, kita nampak anak jiran sebelah bawa perempuan mana entah balik rumah. Kita tengokkan aja. Sebab apa tak tegur? Tak baik jaga tepi kain orang. Tak payah la kacau dia, dia ada hal la tu. Kata2 ini menunjukkan kita lebih mengutamakan redha manusia. Na'uzubillahi min zalik. Nah, kesan yang kita terima la ni! Baby merata2. Sumbang yang macam2 jenis sumbang. Orang bawah tak mau tegur orang atas, orang atas wat salah. Negara kucar-kacir. Semua ini hasil daripada kita yang lebih mencari redha manusia dari redha DIA! Pastu jangan dok tunding jari kat sapa2, sebab salah kita.

Sekian untuk kali ini, fikir2kanlah, selamat beramal :)

PENCARIAN 100 BLOGGER MALAYSIA TEGAR


Suatu ketika. Sunyi sepi. Ada seorang insan sedang memerhati sesuatu yang bercahaya. Cahaya dari balik tabir lapisan plastik campuran yang jernih. Ish! Malas ar suspen2, terus terang, tengah saya ngadap laptop dengan hobi baru iaitu follow sedaya mungkin (kira BW gak kan), terperasan satu blog ni. Blog Cikgu Mohamad. Belum baca lagi, tengok pic dalam laman dia, terasa satu semangat baru dalam diri. Semacam saya baru tersedar dari lena yang panjang. Semangat untuk menjadi GURU semakin meluap2. Kemudian baru saya baca dan terlihat perwatakan seorang GURU yang ampuh dengan pelbagai persekitaran. Hantarlah dia ke ceruk mana pun, dia betah dengan keadaan! Semangat ini yang setiap insan guru perlu ada. Terima Kasih Cikgu Mohamad. Izinkan saya garap sekelumit kekuatan cikgu ke dalam jiwa saya bakal guru tahun depan, INSYAALLAH :-)

Ahad, 16 Januari 2011

Tazkirah #32 Pesen Insan

Tanqasimun Nas Ila salasah Aqsam. Amboi, cakap Arab pulak. Tapi ni bukan hadis, ni pandangan berdasarkan ilmu kaunseling yang disampaikan oleh seorang pensyarah UNIMAP, Haji Huzaili Bin Haji Hussin. Maksudnya, INSAN TERBAHAGI KEPADA TIGA PESEN;

1. Sialan.
-Golongan ini cakapnya lain, tingkahnya pula lain. Pendek kata, cakap tak serupa bikin.
- Ce angkat tangan sapa suka dan bersalah silah atau ada pada dia sifat ni. Kompom tak dak sapa nak angkat tangan, tapi jangan heran, ada hat tak angkat tangan tu bersifat macam ni. Ya la, dia kata dia bukan dari geng ni, tapi sebenarnya ya, itulah insan SIALAN.

2. Siaran.
- Golongan ini cakap, tapi tak buat.
- Pun ramai pesen ni. Analoginya, cam hat duk round tempat tinggal kita, naik van ka lori ka, bercakap ngn healer kenderaan dia, 'Tilam, tilam! Tilam lama tukar baru!'. Ha, hat bercakap tu, dia cakap saja, tapi dia tak tukar pun tilam lama kat rumah dia. Melalui analogi inilah menunjukkan sifat orang pesen SIARAN.

3. Sinaran
- Ha, hat golongan ni yang kita mau. MESTIMAU! HARI2MAU!
- Golongan ni dia cakap serupa bikin. Senang cerita, orang SINARAN ni berpegang dan bertanggungjawab dengan apa yang dikatanya :-)

Renung2kan dan selamat beramal.

Tazkirah #31 Sapa Tinggai al-Quran?! Habaq Mai!

Supardo : (tutup al-Quran, dah habis baca daa). (Pasang tivi. Tengok cerita merapu kedana)
Supardi : (mai). Hai, ralit nampak tengok popuan telanjang tu. Baru ja lepas ngaji dah tengok crita lagu ni?
Supardo : Kurang2 aku baca, tak tinggai al-Quran.
Supardi : Tak tinggai pa kejadahnya. Tu tinggai la tu. Hari tu aku pi Kuliah Tafsir Ustaz Firman. Dia kata lagu ni :

Berkata Ibnu Taimiyyah, ada 3 golongan hat tinggai al-Quran:

1. Sesiapa yang tak baca al-Quran, maka dia telah meninggalkan al-Quran.
2. Sesiapa yang baca al-Quran tetapi dia tidak mentadabburnya, maka dia telah meninggalkan al-Quran.
3. Sesiapa yang membaca dan mentadabbur al-Quran tetapi tidak mengamalkan kandungan al-Quran, maka dia telah meninggalkan al-Quran.

Sabtu, 15 Januari 2011

Tazkirah #30 Kepala Hutax

Minda atau dengan panggilan lazimnya oleh mamat tepi jalan kepala hutax, terbahagi kepada tiga pesen.

1. Minda Kecil : Ini merujuk kepada individu yang dalam kepalanya hanya memikirkan dan membicarakan tentang manusia lain. Hai sopan sangat. Kalau tak sopannya kita panggil mengumpat. Orang2 lagu hanya pandai mencemuh peribadi orang lain tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima atau timbul Tak semestinya orang yang berminda jenis ini di kalangan bawahan, bahkan, kalau kita semua perasan, dalam berita2 ka konferens2 ka ceramah2 ka yang melibatkan individu terkenal (ada yang tahap ikon) pun kekadang berminda kecil ini.

2. Minda Sederhana : Ha, minda pesen ni dah meningkat sedikit kebaikannya. Individu berminda ini sudah kurang mengumpatnya dan mula beralih arah kepada isu2 semasa dan peristiwa2 yang berlaku. Ia turut berlaku di warung2 kopi. Sebagai contoh, kes katak melompat sebelum ini, bagi yang berminda sederhana ini (intermediate-betul ka tak saya eja ni), kita mungkin ada terdengar masa pi warung nak makan, ada individu yang membicarakan hal ini. Ha, itulah individu berminda sederhana. Kira xmengata hal2 yang xrelevan dan kurang kesahan la. Bagus sikit puak ni dari yang berminda rendah.

3. Minda Besar : Dan akhir sekali, individu berminda pesen ini adalah yang baik. Mereka sudah mula memikirkan dan membicarakan tentang idea2, cetusan idea baru, perbincangan berkenaan ideologi, borak2 berkaitan ilmu, pendek kata hat melibatkan pemikiran ke arah yang kritikal. Ketepikan dunia khayalan, persetankan hentaman2 peribadi, hiraukan keji mengkeji, baru boleh dikategorikan dalam puak berminda besar ini.

Baiklah, itu sahaja, renung2kan dan selamat beramal (kata2 Dr. Fadhilah Kamsah :-D)

p/s : Nota ini saya peroleh semasa mengikuti ceramah Haji Huzaili Bin Haji Hussin, Pensyarah UNIMAP pagi tadi di MRSM Berseri dalam program 'Seteguh Tekad Membina Qudwah Hasanah Insan Guru. Program Ilmiah ini adalah gandingan beliau dan Prof. Dato' Dr. Sidek Baba. Best woo, rugi sapa tak pi.

Jumaat, 14 Januari 2011

Tazkirah #29 Kanggaru?



Sebenarnya bukan kisah kanggaro, tapi kongruen. Istilah kaunseling yang merujuk kepada kesefahaman atau persamaan (salah tolong tegur). Akan berlaku dua situasi antara kita dengan persekitaran kita yang akan membuatkan kita dapat sesuaikan diri atau tidak iaitu KONGRUEN dan TIDAK KONGRUEN. Bila ia jadi kongruen? Ia terjadi bila kita dapat menerima pengalaman dan persekitaran kita biarpun sedikit. Ini akan membuatkan kita selesa dengan suasana persekitaran yang sedang kita duduki. Tetapi sekiranya kita tidak dapat menerima, ia akan membuatkan kita gelisah dan langsung memberontak dalam keadaan tersebut. Peningkan? Baik, sebagai contoh budak sekolah yang bermasalah. Dia tidak dapat menerima peraturan yang padanya mengongkong. Maka dia akan memberontak. Lantas ini mewujudkan ketidak kongruenan (Aku pun macam dah nak pening. Hahahahahhaha). Jadi, apa tindakan kita untuk menjadikannya kongruen? Kita dekati budak sekolah bermasalah itu, dan kita tembu bual. Dapatkan data tentang kenapa dia jadi macam tu. Apa dia rasa. Apa background dia. Perlahan2 melalui dapatan yang kita terima (Kita = guru terutamanya), kita serapkan tingkah laku yang sebenarnya yang sepatutnya dia lakukan. Bimbing dia secara asertif, bukan agresif. Asertif bermaksud peneguran untuk menolak tingkah laku yang tidak diingini dalam masa yang sama kita menjaga sensitivitinya (ini terutama sesuai untuk budak sekolah bermasalah tahap hardcore). Sebab pada saya, batu yang keras perlahan2 berlekuk dek kerana air yang dititiskan saban waktu, biarpun sifat titisan air itu lemah, tetapi istiqamah titisan air itu ada kekuatan tersendiri.

Baik, itu contoh pelajar bermasalah. bagaimana pula jika dengan diri sendiri? Bagaimana ingin menwujudkan diri yang konruen dengan persekitaran? Senang sahaj, selagi ia tidak lari dengan landasan Agama Islam, kita cuba terima seadanya persekitaran kita. Dan nasihat bagi yang menyandar gelaran 'persekitaran' itu juga kena belajar menerima kita. Kita harus bersabar. Ini saya ucapkan berlandaskan prinsip, kalau kita mahu dihormati, semestinya kita belajar menghormati yang lain, baru orang boleh terima kita. Sekian sahaj, selamat beramal :-)

Khamis, 13 Januari 2011

Tazkirah #28 Pikiaq



Ni nak konsi pasai undifferentiation (salah tlg tegur). Saya dapat masa kelas dengan pensyarah saya, En. Zulkifli. Terima kasih Encik :). Ha, apa maksud istilah omputih tu? Maksudnya Ketidak persefahaman yang lahir dari ketidakstabilan semasa memutuskan sesuatu. Kadang2 kita ada masalah. Tapi cara kita kendalikan masalah tu gena? (Ni loghat Perlis). Adakah kita buat keputusan yang tepat dengan ambik kira pertimbangan rasional antara akal dan emosi? Ikut orang kaunseling (pensyarah saya ni), mesti stabil perseimbangan ni kalau nak putuskan sesuatu yang rasional. Tapi banyaknya hat dok jadi la ni, hat dok jadi kes cerai berai la ni, hat dok bertumbuk n ber apa lagi, suma pasaia pikiaq turutkan emosi. Ish, aku bengang betui ngn ah kok pinggan ni! Ish, aku panas la ngn puak ni! Ish aku pantang betui! Wei bini (bukan dialog sapa2, reka saja), kopi hitam melekat, gula tak da, xda makna. Putus selera aku. Aku ni marah ni! Ha, tu suma dialog2 yang bakal kedengaran, hasil ketakseimbangan pikiaq, kita jadi murung tak pun melenting tak tentu kalu. Lupakah kita hat ALLAH S.W.T. duk sebut dalam al-Quran pasai 'Afala Tatazakkarun', Afala Ta'qilun','Afala Tatafakkarun' yang maksudnya 'Adakah kamu xmengingati?','Adakah kamu mengerti?', 'Adakah kamu tidak berfikir?'. Tapi ramai kita tak pikiaq waras. Kalau dah geram tu, tutuh macam2, hamun macam2. Kalau dalam pentadbiran, sebab bukan gu, pendapat kawan tu tak diterima. Kita lebih turut nafsu. Nah, banyak kesan negatif yang kita terima. Hasil kerja tak produktif, laki bini kerja gaduh, budak2 pancit tayar cikgu, guru besaq luku nazir (xda sjrh lg), pemimpin naya orang bawah, kawan jentik kawan dan macam2 lagi keserabutan dunia hat dok jadi la, kerana kita berfikir tanpa keseimbangan antara kedua-dua aspek dalam gambaq tu. Ha, fikir2kanlah, selamat beramal. Tak mau tulis cara atasi, pikiaq sendiri. Blog hat rumit leh buat, hat nak pikiaq muamalat simple pun terbalik kuang.

p/s : Gambaq beruk tu sekadar hiasan. Saya sekadar bubuh. Jangan kata saya benarkan teori darwin na. N pasai bentuk penimbang tu, jangan kata saya parti mana2, keghih ka, kati ka bukan. Cap Ayam pun bukan. Saya Parti Kokyop. Ha3x. Dah2, merapu dah ni.

Rabu, 12 Januari 2011

Tazkirah #27 Mai Ticher is Mursyid

Musyid = Orang yang menunjuk atau membimbing.
Guru yang mursyid = Guru yang membimbing kita di landasan yang benar.

Ce cek balik cikgu2 kita, hat mana layak digelar Guru yang mursyid berdasarkan ciri-ciri yang di bawah (saya dapat masa dengar kuliah Ustaz Kazim Mohd Elias) :

1. Bila kita berdamping dengannya akan mengubah kita yang dulunya kedekut menjadi pemurah.

2. Bila kita berdamping dengannya akan mengubah kita yang dulu cakap cam 'tuuuut' menjadi yang baik tutur katanya.

3. Bila kita berdamping dengannya akan mengubah kita yang dulunya perangai 'kureeeeng' menjadi lebih baik akhlaknya, lagi sopan.

Lengkap ciri ni, barulah leh kita iktiraf cikgu kita tu seorang yang mursyid, yang memang membimbing kita menghampirinya. Tak kira la cikgu tu ajaq apa pun. Tak semestinya cikgu tu ajaq BI, ajaq Sains atau ajaq apa2 sahaja selain subjek Agama itu tak mursyid. Kalau cikgu2 tu ada ja ciri2 kat atas ni, kira musyid la tu. Ok, sekian sahaja kali ini, selamat beramal :-)


p/s : Saya pun bakal Guru, Guru Pendidikan Islam. Doakan saya dapat menjadi Guru yang Mursyid na. Dan doakan guru-guru yang lain di mana sahaja sebab nak ajaq anak2 kita gak :-)

Selasa, 11 Januari 2011

Tazkirah #26 Falsafah Isra' & Mi'raj

Belum sampai musim untuk diperhangatkan cerita ni, tapi saya nak kongsi jugak sebab kang lupa plak. Hehehehehehe. Sebelum tu, saya nak kenang kembali secara ringkas pasal peristiwa Isra' & Mi'raj.

Rasulullah S.A.W. telah diisra' dan dimi'rajkan pada satu malam, di waktu orang lain sedang lena diulit mimpi. Dengan berkenderaankan Buraq, segalanya berlangsung dengan Keizinan Allah S.W.T. hanya dalam satu malam sahaja!

Baik, berdasarkan secebis cerita dari Sirah Rasulullah S.A.W. ini, saya nak sentuh buat ingatan yang terbaca hal ini, sedikit falsafah tersirat disebaliknya.

1. Mengapa masa yang diaturkan Allah S.W.T. untuk diisra' dan mi'rajkan Rasulullah S.A.W. adalah di waktu malam?
Perjalanan Rasulullah S.A.W. itu sebagai suatu ibadah. Maka, diperjalankan Baginda S.A.W. di waktu malam itu menunjukkan bahawa waktu yang paling sesuai utnuk kita mendampingkan diri hanya kepada-Nya lalu merasa dekat dan mudah untuk dimohon segaja yang terhajat adalah waktu malam. Di waktu ini, kita tidak akan terganggu dengan orang lain yang sedang lena dibuai 1001 mimpi.

2. Keikhlasan Rasulullah S.A.W. semasa Isra' dan Mi'raj.
Untuk bertemu Allah S.W.T. iaitu dalam hal kita hendak menuju kepada Allah S.W.T., kita mestilah hadir dengan hati yang ikhlas. Bagaimana kita hendak berjumpa raja sedang hal keadaan kita yang sarat dengan segala kekusutan dalam dada terhadap raja tersebut? Mengahadp raja dengan hati yang tidak meredhainya sedang kita mahukan sesuatu darinya? Tentu sukar bukan? Bahkan pasti terhidu dek raja tersebut. Tambah-tambah lagi Raja yang ingin kita bertemu ini adalah Raja kepada segala raja di alam ini, Yang Maha Mendengar dan Maha melihat segala yang tersurat dan tersirat.

3. Kenderaan al-Buraq.
Kenderaan al-Buraq ini merujuk kepada amalan. Kenderaan ini mempunyai kelajuan yang sangat pantas sehinggakan hal peristiwa Isra' dan Mi'raj ini selesai berlangsung hanya dalam satu malam! Apakah simbol yang Allah ingin nyatakan melalui kenderaan al-Buraq dalam peristiwa ini? Buraq ini adalah lambang kepada amalan kita. Untuk cepat sampai kepada Allah S.W.T., untuk hampir kita lantas mudah untuk tercapai segala hajat kita semasa sesi pengaduan kita kepada Allah S.W.T. bergantung kepada amal kita. Ya Allah Maha Mendengar segala apa yang kita hajatkan, namun, untuk tertunainya permohonan kita tersebut, amalan kita mestilah baik. Analaogi yang ingin saya bawakan lagi, kita ingin memohon kerja sedang maklumat pencapaian dalam resume kita kurang memenuhi kehendak yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon, dan seorang lagi yang turut memohon kerja tersebut hadir bersama resume yang pencapaiannya adalah lebih baik dan bersesuaian dengan kerja yang dipohon. Maka, permohonan orang tersebut lebih diutamakan majikan kerja tersebut dan sekiranya terdapat lagi kekosongan, dan tiada pilihan yang lain, barulah nama kita akan terpilih. Ya, Allah S.W.T. Maha Memberi. Namun, mari kita fikirkan, kita selalu membuat apa yang dilarang oleh ibubapa kita. Suatu hari kita meminta sesuatu daripada ibubapa kita. Maka lambat-lambat apa yang kita minta itu ditunaikan oleh ibubapa kita dek kerana rekod kita yang buruk sebelumnya.

4. Isra' & Mi'rajnya Rasulullah S.A.W. adalah bersama-sama Malaikat Jibril A.S.
Apakah kedudukan Malaikat Jibril A.S. dalam peristiwa ini? Jawapannya Malaikat Jibril A.S. berserta dalam peristiwa ini sebagai Guru Pembimbing kepada Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan, dalam kita mencari risalah kebenaran, dalam kita menghampiri Allah S.W.T., kita mestilah berdamping dengan insan-insan yang 'alim yang fikrahnya tidak lari dari landasan syariat Islam yang BENAR, yang keperibadiannya baik dan terpimpin dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Baik, sekadar itu sahaja kali ini. Untuk makluman, banyak lagi yang tersirat yang saya tak rungkaikan dalam peritiwa ini. Apapun, setakat ini, selamat beramal :-)

Isnin, 10 Januari 2011

Tazkirah #25 Titik Hitam



Hehehehehehe. Suma mesti pelik, kenapa dengan gambar ni. Tak pa, tengok dulu. Perhatikan baik2. Dalam masa 10minit (lama tu), fikirkan baik2 apa yang nampak. Yes!!! Satu titik hitam. Konfem, hat tu yang kita nampak dulu sebelum kita perasan, ada warna putih di sekelilingnya. Ni kiasan pada diri kita. Dalam berkawan atau berhadapan dengan orang lain, kita mudah untuk nampak kejahatan/keburukan yang dilakukannya, samada dia sengaja atau tidak. Bila nampak sahaja, itu yang kita highlight kan. Sedangkan segaja kebaikan yang dia pernah buat samada untuk kita atau orang lain, kita langsung lupakan. Betul tak? Jangan tipu diri sendiri. Tak kata kat orang lain, saya sendiri. Jadi, nasihatnya, kita sama2lah perbaiki diri kita, jangan cepat melatah melihat keburukan orang, lantas terus menatang keburukannya tanpa usul periksa. Kalau betulpun dia buat salah, hak kita pada dia adalah untuk menegur, bukan untuk dijaja. Barulah hidup boleh aman dan mensifarkan keburukan diri.

Sekadar untuk renungan bersama. Selamat beramal :-)
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template