Isnin, 10 Januari 2011

Tazkirah #25 Titik Hitam



Hehehehehehe. Suma mesti pelik, kenapa dengan gambar ni. Tak pa, tengok dulu. Perhatikan baik2. Dalam masa 10minit (lama tu), fikirkan baik2 apa yang nampak. Yes!!! Satu titik hitam. Konfem, hat tu yang kita nampak dulu sebelum kita perasan, ada warna putih di sekelilingnya. Ni kiasan pada diri kita. Dalam berkawan atau berhadapan dengan orang lain, kita mudah untuk nampak kejahatan/keburukan yang dilakukannya, samada dia sengaja atau tidak. Bila nampak sahaja, itu yang kita highlight kan. Sedangkan segaja kebaikan yang dia pernah buat samada untuk kita atau orang lain, kita langsung lupakan. Betul tak? Jangan tipu diri sendiri. Tak kata kat orang lain, saya sendiri. Jadi, nasihatnya, kita sama2lah perbaiki diri kita, jangan cepat melatah melihat keburukan orang, lantas terus menatang keburukannya tanpa usul periksa. Kalau betulpun dia buat salah, hak kita pada dia adalah untuk menegur, bukan untuk dijaja. Barulah hidup boleh aman dan mensifarkan keburukan diri.

Sekadar untuk renungan bersama. Selamat beramal :-)
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template