Selasa, 18 Januari 2011

Tazkirah #34 Taim fo yu-tern!


Innaddina 'indallahil Islam... (Surah Ali 'Imran Ayat 19)

Semua pernah dengar ayat ni, terutama hat selalu wirid lepas solat. Jelas sungguh maksudnya iaitu "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi ALLAH ialah Islam". Di dalam Islam itu sudah lengkap perlembagaan hidup, tak kira la pasal menguruskan keluarga ka, nak urus diri ka, nak urus negara ka, soal muamalat, hukum fara'idh, bahkan segala ilmu dunia dan ilmu akhirat sarat tersisip dalam lembaran suci 30 juzuk ini. Maka segala perlembagaan yang syumul ini kalau kita pegang teguh dalam kehidupan kita, yakinlah, kita takkan kenal erti masalah dunia yang kita kelam-kabut hadapi la ni. Takkan ada kes merompak, menyamun, bunuh, logor, buang bayi, buang segala yang boleh buang! Tapi, kita tak peroleh nikmat keamanan tu suma sedang kita telah diisytihar merdeka 31 Ogos 1957 dulu ni (ni khusus untuk negara Malaysia na, negara lain, merdeka tarikh masing2). Sebab apa? Kita kata kita negara Islam, tapi kenapa kita dok dengaq lagi cerita2 masalah dunia hat menakutkan ni? Satu sahaja jawapannya, sebab kita tidak berpegang dengan Perlembagaan Islam. Kita hanya Islam pada kulitnya sahaja. Dibalik kulit itu tak terlihat langsung keIslaman. Tetapi kita sedar hakikat ini, namun kita tak pandang enteng untuk kembali kepada Islam, jawapan kepada penyelesaian segala masalah dunia la ni. Dalam ayat itu janji ALLAH S.W.T. yang telah terpatri lebih 1400 tahun dahulu, janji yang pasti. Nah, sekarang kita sudah rasa perit jerih hidup tanpa pegangan Islam hingga ke isinya. ALLAH S.W.T. telah menyuruh kita masuk ke dalam Islam dengan sepenuhnya untuk capai keamanan sejagat, kata dasar dalam kalimah 'ISLAM' itu sendiri iaitu 'SALAM' yang bermaksud selamat. Kita terima Islam suku2 sahaja. Nah, sekarang pening kepala dok pikiaq kapan masalah yang menghantui negara ini akan selesai?! Jawapan yang mudah, kembali kepada Islam.

Analoginya : Kita nak hapuskan rumput (masalah), tetapi dengan cara memotong rumput tersebut. Kemudian, beberapa hari selepas itu rumput itu kembali menjengah bumi, tambah2 ada hujan, lagi cepat rumput2 tu kembali tumbuh. (Maknanya masalah tumbuh kembali). Hal itu yang terjadi dalam soal kita nak hapuskan masalah yang melanda negara ini seperti di atas.
Kenapa kita tidak gunakan cangkul, nak lagi baguih bok mai pekho (backhoe~jengkaut), kita korek kawasan rumput tu sampai ke akar umbinya. Barulah ia tidakkan tumbuh. Maknanya di sini, kita guna cara yang berkesan untuk atasi masalah yang dihadapi kalau kita benar2 ingin mensifarkan masalah tersebut!

Sekian sahaja, renung2kan dan selamat beramal :-)

9 ulasan:

cemomoi berkata...

buang bagi abih tapi macam tarik rambut dalam tepung

sekamar rindu berkata...

salam..

singgah folo ur blog..

****174

CECOMEL berkata...

Cemomoi : Bagus falsafah tu.

SR : Terima kasih sudi mai tengok blog picisan.

Tanpa Nama berkata...

Alya Maisara : punca segala kebejatan sosial akan selesai jika kembali kpd Allah dan Sunnah....Didiklah diri dengan cahaya iman agar agar kita tak terpesong dari jalannYa...yang da tersesat u-turn lah ke jalan yg lurus....

CECOMEL berkata...

Terima kasih atas nasihat tu alya. Boleh saya tahu sapa saudari sebenar dan laman blog saudari? Sekadar nak sebar luaskan ukhuwwah.

Tanpa Nama berkata...

Alya : alya x da blog...tkang baca blog2 org ja....alya cadang cecomel follow blog ustaz hasrizal(saifulislam.com)...banyak input yang dapat...

Tanpa Nama berkata...

Alya : alya x da blog...tkang baca blog2 org ja....alya cadang cecomel follow blog ustaz hasrizal(saifulislam.com)...banyak input yang dapat...

CECOMEL berkata...

Terima Kasih Alya. INSYAALLAH, saya tengok nanti. Ini emel saya. Kot2 leh kongsi apa :)

mz_lm788@yahoo.com
celanaputih@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Alya:sama2 en.Cecomel Akidah...sedap nama 2...
herm...ni emel Alya:Qistina788@gmail.com...
salam diskusi ilmu:-)

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template