Jumaat, 9 Oktober 2009

Assignment Jawi Sem4 '09

Assalamualaikum. Ni saja nak promote diri walaupun tak lawa :D
Ni Khat ana tulis sendiri tau. Xmain la tekap2 :-)
TQ pada IbuBapa, Pensyarah dan SahabatBaik ana yang bagi sokongan untuk ana belajar tulis khat. tera nak jadi lagu ni, berpuluh lai kertas ronyok buang lagu tu ja. ALHAMDULILLAH,DIA Tolang ana :-) .
Tengok la. Tapi ada lagi yang ana tulis, tapi xdan ambil gambar kenangan sebab dah hantar kat pensyarah.




Selasa, 6 Oktober 2009

TIKET PERJALANAN PERCUMA ;)








BUTIR-BUTIR DIRI
Nama Sebenar : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Bumi

MAKLUMAT PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan fana di dunia
Destinasi : Alam akhirat yg abadi
Tempoh perjalanan: Seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Masa berlepas: Ketika Malaikat Maut menjemput
Masa pendaftaran : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, mesti dan tidak boleh berubah

SYARAT PERJALANAN
~ Ditujukan kepada semua penumpang, Sila beri perhatian, kerana anda akan memulakan perjalanan anda pada bila-bila masa
~Bagi penumpang yg masih belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut dari dalam Al-Quran dan hadith. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada para alim ulama dan cendikiawan.

KEPERLUAN
~kain kafan
~Kapas putih secukupnya

MUATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
~Amal soleh
~Sedekah jariah
~Doa anak-anak yang soleh
~Ilmu yang dimanfaatkan

ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah satu hala, tetap dan pasti. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur bakti dan khidmat kepada anda. Semoga anda gembira dengan perjalanan ini, sesuai dengan firman Allah yg bermaksud:
Barangsiapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik terhadap Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan baik. Jangan pula mensyirikkan Allah dengan sesiapapun

Kenapa Ibu Menangis ??



Kisah ini bermula pada suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"

Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, DIA membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.


Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri tatkala si anak kian dewasa......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.


Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.


Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. DIA berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ? Biarpun lahir wanita dek kerana satu rusuk lelaki, namun yang satu inilah menjadi pembantu utama dalam perjuangan si jantan mithali.


Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula
kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...

Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

" Ini airmata kehidupan."


p/s: WAHAI IBUKU, TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KERANA MEMBESARKANKU DAN ADIK-BERADIK YANG LAIN WALAU KADANG-KALA DEK KARENAH PELBAGAI PERNAH JUA TUMPAH AIR MATAMU. AMPUN SEGALA SALAH SILAP PERLAKUAN DAN TUTUR KATA KAMI SEDARI DULU HINGGA KINI. KUTUJUKAN JUA GARAPAN INI BUAT AYAHKU YANG SALING TAK TUNPAH PENGORBANANNYA SEPERTI IBUKU... YA ALLAH, DAHULUKAN AKU MENDAHULUI SEMUA YANG KU SAYANG, KERANA AKU TIDAK PUNYA KEKUATAN KEHILANGAN SEMUA YANGKU SAYANG ... AMEEN YA MUJIBASSAILIIN ...

Isnin, 5 Oktober 2009

Merapu


Hari ni baru ana nak cerita perihal ana. . . Tapi, xsepatutnya dicontohi, sebab teruk. Apa pun, zasssssssss !(Ni wat tatapan moga org lg kenal siapa ana yang teruk ni sebenarnya :-(

Ahad, 4 Oktober 2009

Ni peringatan pada MakPak Sume2!



ANAK-ANAK ZAMAN INI
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .
WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.

Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template