Rabu, 29 Jun 2011

Tazkirah #63 Akal & Hati berkelahi.

Suatu hari, Akal dan Hati berkelahi. Masing2 mendabik dada menjulang diri. Akal dengan cara Akal, Hati dengan cara Hati.

Akal kata pada Hati, "Akulah punca Tubuh mengetahui dan mempunyai ilmu tentang segala hal termasuklah amal ibadat. Jadi akulah yang lebih layak diberi pengiktirafan oleh Tubuh."

Tubuh hanya menjadi pemerhati yang mati, hanya memerhati. Ditegah tidak, diiyakan pun tidak. Memang benar menjadi pemerhati.

Giliran Hati menangkis kata-kata Akal seraya berkata,"Ah,sekadar tahu sahaja tiada ertinya! Percuma. Kalau tidak kerana aku yang mendorong Tubuh bertindak seraya dengan fitrah, mana mungkin Tubuh ampuh dari serangan Nafsu. Jadi, mana mungkin Tubuh akan mengiktirafkan engkau."

Nafsu yang mulanya mengulum senyum sinis, mencebik bibir seakan ingkar telahan Hati.

Akal tuntas meningkah,"Habis tu, kalau bukan kerana aku yang menyimpan khazanah ilmu, bagaimana Tubuh akan tahu? Bolehkah saudara Hati jelaskan tentang ini?"

Nafsu tersengih. Tubuh pula setia sebagai pemerhati, benar-benar memerhati.

Lesung pipit Hati berbunga cantik. Hati tidak menunggu lama dengan bola tanggung yang diberikan Akal itu, lekas Hati mendabik dada menjulang diri dengan berkata pada Akal, "Memang benar tu Akal. Cumanya, siapa yang mendorong kamu memiliki semua ilmu itu kalau bukan kerana aku? Siapa pula yang menapis segala ilmu yang kamu cari selari dengan fitrah Tubuh diciptakan? Mengapa Nabi Muhammad S.A.W. mensabdakan tentang aku untuk menggerakkan Tubuh mencari Ilmu yang kamu simpan kalau bukan niat dariku?"

Girang Hati tiada terkata saat Akal dan Nafsu kembali mendiamkan diri. Tubuh pula terus memerhati.

Selasa, 28 Jun 2011

Guru #4 Buku Serbaneka


Inovasi Pedagogi saya yang kedua bagi sesi Praktikum Fasa 3 ini diberi nama Buku Serbaneka. Ssebagai pengenalan, buku telah kita sedia maklum maksudnya ialah tempat yang digunakan sebagai catatan atau sumber maklumat bertulis. Serbaneka pula diambi dari gabungan dua perkataan iaitu serba yang bermaksud pelbagai dan aneka bermaksud banyak jenis. Dan hasil gabungannya saya jadikan Buku Serbaneka yang bermaksud Buku yang mempunyai maklumat bertulis atau gambar atau apa-apa sahaja yang direkoskan untuk kegunaan yang pelbagai. Kesimpulannya buku ini saya reka cipta untuk saya muatkan segala bahan pengajaran yang ringkas lalu menjadi bahan bantu mengajar saya. Ia direka dengan bentuk yang menarik dan mudah.
Tujuannya adalah supaya ia mudah di bawa ke mana-mana. Sebagai contoh untuk pengajaran saya bagi langkah set induksi, saya ingin memperkenalkan konsep puasa, saya hanya selitkan gambar makanan yang terda
pat pangkah di atasnya. Maka melalui gambar yang saya muatkan dalam buku ini akan saya adakan sesi soal jawab dengan murid. Sebelum itu, saya sembunyikan buku ini bagi tujuan dicari oleh murid. Secara tidak langsung ia membuatkan murid saya bergerak untuk mencarinya dan dalam amas yang sama, berlakulah gabung jalin dengan Pendidikan Jasmani yang memperuntukkan pergerakan murid di dalam pengajaran saya. Di samping itu murid akan bersemangat untuk mencari dan setelah dijumpai murid akan bersoal jawab dengan guru tentang isi yang terkandung di dalamnya. Secara tidak langsung, guru dapat menerapkan nilai rasional melalui soal jawab antara guru dan murid dan jawapan yang betul dari murid akan diiktiragf dan diberikan penghargaan oleh guru.
Bagi pengajaran al-Quran pula, sebagai mana kebiasaan
di dalam rancangan pengajaran harian dalam langkah pengajaran yang pertama selepas set induksi, guru akan memperkenalkan kalimah-kalimah dari surah yang diajarnya yang mempunyai kaitan dengan isi pengajaran guru sebagai pengenalan sebelum guru memperkenalkan surah yang akan dipelajari murid. Jadi, kalimah-kalimah ini akan dimuatkan ke dalam buku ini dan murid tertentu akan membukanya dan menyebut kalimah yang terpapar dan seterusnya murid-murid yang lain akan turut menyebut kalimah tersebut. Jadi dalam masa yang sama guru dapat menerapkan nilai hormat-menghoramti dalam diri murid dengan menghormati dan menuruti sebutan kalimah rakan mereka yang menyebut kalimah. Selain itu, murid sendiri dapat merasa untuk menyentuh dan menggunakan buku serbaneka tersebut. Maka, minat murid dan semangat mereka untuk menggnakan bahan bantu tersebut akan meningkat dan masing-masing ternanti-nanti giliran mereka.
Selain itu, semagat inkuiri murid juga dapat ditimbulkan dengan guru menggunakan buku ini dan mengaplkasikan penggunaannya dengan melakukan silap mata. Hal ini disebabkan, buku ini mempunyai ruang untuk menyeluit nota atau helaian gambar dalam kuantiti melebihi sehelai kertas. Jadi guru akan meletakkan helaian bahan secara bertindan dan memaparkannya dengan menyembun
yikan kertas yang baru di hadapan bahan yang mula-mula ditunjukkan.

Sabtu, 25 Jun 2011

Guru #3 Rumah Kejayaan


Kali ini saya telah membuat suatu inovasi yang pertama bagi sesi Praktikum Fasa 3. Sebenarnya, Rumah Kejayaan ini telah dihasilkan berdasarkan konsep peneguhan positif yang telah diutarakan dalam Teori Pavlov. Dalam teori ini, subjek yang diuji telah diberikan peneguhan positif bagi mengekalkan dan menggalakkan suatu perlakuan yang dikehendaki. Manakala bagi mengekang dan memansuhkan perlakuan yang tidak diingini, teori ini akan melaksanakan peeguhan negatif. Maka, teori ini telah melahirkan idea kepada saya membuat inovasi ini.
Seterusnya, penggunaan rumah kejayaan ini adalah bagi mengumpul token bagi setiap kumpulan yang saya wujudkan di dalam kelas. Semasa sesi pengajaran saya, saya akan laksanakan satu aktiviti sebelum penutup pengajaran saya yang akan melibatkan murid dalam bentuk kumpulan masing-masing kumpulan merah, hijau dan kuning. Kemudian, setiap aktiviti yang mereka jalani akan dinilai. Kumpulan yang berjaya untuk
memperoleh kriteria-kriteria aktiviti yang saya jalankan akan mendapat satu token untuk kumpulannya. Dalam masa yang sama, kumpulan yang memberi kerjasama yang baik, berkomunikasi sesama mereka dengan baik dan memberi perhatian semasa melaksanakan tugasan yang diberi, maka satu token lagi akan diberikan. Token-token yang diterima akan dimasukkan ke dalam rumah kejayaan kumpulan murid masing-masing yang mana rumah bagi setiap kumpulan adalah sama dengan nama kumpulan mereka. Ia akan melahirkan semangat kerjasama, semangat berkumpulan di samping nilai berlumba-lumba secara positif dalam pembelajaran murid. Namun, sekiranya suasana tidak dapat dikawal rapi semasa murid menjalankan aktiviti sebagai contoh kawalan kelas kurang baik, murid tidak memberi tumpuan atau murid main, maka satu token akan dirampas dan akan dimusnahkan, Ia tidak akan dimusnahkan oleh guru tetapi akan dimusnahkan sendiri oleh kumpulan yang membuat masalah semasa menjalankan aktiviti. Maka ia akan membuatkan murid-murid saling menjaga ahli kumpulan mereka serta mempunyai rasa kekitaan dalam mencapai kejayaan. Di samping itu, murid akan disemai rasa menghargai apa yang dimiliki agar tidak hilang begitu sahaja.
Selain itu, rumah kejayaan ini akan dipegang dan dijaga sendiri oleh setiap kumpulan murid. Maka secara tidak langsung ia akan mendidik dan melahirkan nilai bertanggungjawab dalam diri murid. Mereka sedaya mungkin akan menjaga rumah kejayaan mereka daripada rosak atau hilang begitu juga token yang terkumpul di dalam rumah kejayaan masing-masing.
Hasil yang saya perolehi dari inovasi ini ialah guru dapat meng
awal kelas dengan mudah dan murid dapat melaksanakan aktiviti dengan tenang tanpa gangguan daripada rakan-rakan yang bermasalah. Selain itu, murid-murid saling menjaga ahli kumpulan mereka dari melakukan onar semasa pembelajaran mereka. Murid-murid juga saling bantu-membantu dalam memastikan kumpulan masing-masing yang akan menang dan mendapat hadiah sebagai tukaran kepada pengumpulan token yang terbanyak untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan oleh guru.

Selasa, 21 Jun 2011

Siapkah Diriku?


Aku jadi takut,
Bertambah takut saban hari,

bilaku baca kisah dajjal.
Bukan aku takut dajjal,
tidak sama sekali!

Aku takut bila rentetan hidup
yang manusia tempa,
semakin mengiyakan munculnya
amir iblis nan tersohor
di balik tirai dusta
agah dek agung punya kuasa

menjelma bagai manusia
entah di mana
entah siapa

yang terus samar mengaku messiah.
Saat umur makin tua,
kutemu kisah duka
yang makin menambah walang di dada
menambah beban menghenyak pundak,
sesak nafas seakan hilang nyawa

memikirkan bekal apa harus kubawa
menghadap dajjal durjana
entah esok entah lusa.

Jumaat, 17 Jun 2011

Selingan #1 Congak Sat

Jika wanita solehah dan beragama = 1


Jika dia cantik; tambah 0 dibelakang angka 1 = 10.


Jika dia kaya ; tambah lagi 0 dibelakangnya = 100


Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 dibelakangnya = 1000


Tetapi


Tiba-tiba..........


jika yang "1" tiada, maka, jeng jeng jeng ...


tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0" !!!!!!

Sekadar selingan :) Saya panjangkan dari kawan saya :)

Khamis, 16 Jun 2011

Tazkirah #62 Bengong bin Mangkuk Hayun

Jenuh cari, ada tak orang nama macam tu, tapi tak jumpa2 kan? Tak tau la kedepan ni. Sebenarnya bukan saya nak cerita pasal manusia hat nama macam ini, tetapi nak cerita pasal marah. Apa kaitannya? Ya la, bila marah, mulut ni seolah2 tak berlesen pun (memang tak da lesen pun). Pelbagai perkataan yang tak enak didengar. Macam : H$#%m, B%ngG$%, t*&(L, mulut Long*&^g, s#t@n dan macam2 lagi koleksi kata2 kesat yang masyhur. Akan kita tujukan kepada sesiapa saja yang menjadi dalang permasalahan yang wujud, atas apa jua sebab yang mengusik gedung amarah dalam diri kita. Semakin nipis memran yang meliputi gedung amarah kita, makin mudah bocorlah sifat amarah itu. Punya dahsyatnya kisah marah ini, si anak sudah tidak kenal ibubapanya, si pekerja lupa budi majikannya, orang atasan lupa jasa empat kerat orang bawahannya, dan begitulah sebaliknya.

Apa itu marah? Ye la, tak kenal maka tak cinta. Bukan untuk cinta marah, tapi untuk cinta keamanan dan kesejahteraan yang bakal mengawal marah yang ada dalam diri kita. maklumlah, marah itu ada masanya berguna. Pepatah Melayu juga mengatakan dalam kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ya, nila akan memadamkan ingatan orang pada sebalanga kebaikan yang telah kita lakukan. namun andaikan sebelanga itu pendapat yang salah namun dianggap betul oleh masyarakat umum temasuklah yang dihebahkan (susu basi tapi nampak elok), nila pula sifat marah (marah atas maklumat yang salah dianggap betul. kemudian dititikkan nila itu ke dalam sebalanga susu tadi. Ia akan merubah warna susu itu agar yang lain akan tahu yang susu itu benar2 rosak) :)

Baik, disini sebenarnya saya ingin berkongsi beberapa cara mengatasi sifat marah (untuk marah yang tidak sepatutnya) :

1. Berta'awuz. Berta'awuz bermaksud memohon perlindungan. Perlindungan yang dimaksudkan adalah perlindungan daripada ALLAH S.W.T. dari rangsangan negatif syaitan. Sebenarnya marah itu adalah dorongan daripada syaitan kerana ketika kita marah, pada luarannya akan membuatkan orang takut kepada kita seolah2 kita ini kuat dek kerana naik minyak, namun hakikatnya bukanlah kita kuat ketika itu melainkan akal kita telah diatasi nafsu, dan ketika inilah roh kita lemah, lantas mudahlah syaitan memasuki diri kita untuk meningkatkan penaklukan nafsu ke atas akal waras kita. Bagaimana hendak berta'awuz? Baca sahaja "a'uzubillahi minassyaitanir rajim". Lagi bagus permohonan yang dibuat, langsungkan dengan solat. Tapi berwudhu'lah dulu na :)

2. Berwudhu'. Berwudhu adalah menggunakan air. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. sebagaimana berikut :

“Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).

3. Berlapang Dada. Macam mana tu? Saya sertakan contoh berlapang dada yang telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. sebagaimana mafhum hadis yang berikut :
Suatu hari Nabi Muhammad S.A.W. didatangi seorang badwi yang menginginkan sesuatu daripada Baginda S.A.W. Lantas Baginda S.A.W. memeberikan kepadanya langsung bersabda "Aku berbuat baik kepadamu". Jawab si badwi tersebut, " pemberianmu tidak baik padamu". Para sahabat berasa tersinggung dan mara atas kenyataan si badwi tadi, namun ditahan oleh Baginda S.A.W. dengan memberi isyarat untuk bersabar.
Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. pulang ke rumah dan kembali dengn barangan tambahan bagi memenuhi permintaan badwi tersebut. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik pada mu?" Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat".
Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, "Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya bimbing dengan baik, maka ia selamat." Beberapa hari selepas itu, si Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redho.

Ini baru sebahagian contoh, banyak lagi cara untuk mengawal marah yang tidak sepatutnya :) Sama2 kita memperbaiki diri kita untuk terus kuat dari bergelar PANAS BARAN.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tak rugi apanya sabar, ALLAH S.W.T. sayang lagi adala. Buktinya dalam Surah Ali Imran ayat 134 sebagaimana maksud Firman ALLAH S.W.T. yang berikut :
"Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik" (Q.S. 3 : 134).

Renung2kan, Selamat Beramal :)

Rabu, 15 Jun 2011

Tazkirah #61 Malu

Adakah anda memiliki sifat keMALU-MALUan (jangan fikir yang bukan2). Malu atau nama yang lain segan(segan di Perlis = Malas), aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang adalah penting dalam diri setiap insan. Tanpa malu, orang tidak akan segan2 mendedahkan apa sahaja samada yang peribadi atau tidak, singkap yang tersurat atau tersirat, dedah zahir atau batin, tak kiralah tentang diri sendiri atau orang lain.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka (Riwayat Bukhori)

Jelaskan? Malu itu perisai diri yang penting dari menggelincirkan kita ke jalan yang tidak diredhai. Sifat malu ini lahir dari pemikiran rasional yang asasnya lahir dari fitrah manusia normal yang sentiasa inginkan pandangan positif orang lain padanya seterusnya pertimbangan akal dalam mengawal nafsu. Sekiranya proses ini berlangsung dengan baik dan pertimbangan itu dimenangi akal, maka malu itu akan tampak pada diri seseorang individu tersebut. Cuba kita lihat orang yang ALLAH S.W.T. tarik nikmat akal, senang cerita 'orang gila'. Orang gila tidak akan berasa malu untuk mendedahkan apa sahaja kerana akalnya tidak lagi berfungsi mengawal dirinya berkelakuan selayak insan normal sekaligus tidak menampakkan ciri2 malu dalam dirinya dan orang lain tidak akan berasa janggal dengan keterampilan orang gila kerana sudah masak benar dengan situasi yang dihadapinya.

Baik, mari sama-sama kita beberapa contoh malu yang saya sediakan di bawah, dan kita banding bezakan dengan keberadaan kita sekarang :

Malu Hendak Berbuat Jahat
Memang kita sedia maklum, Allah S.W.T. telah programkan dalam diri kita yang normal ini untuk malu melakukan sebarang kejahatan yang nampak di mata khalayak umum bahkan ketika bersendirian. Kita semak balik diri kita, jika pernah kita lakukan sesuatu yang jahat, seperti mendedahkan aib orang lain, maka sifat malu itu sudah luntur dari pakaian kita. Sekiranya ini berlaku, lekas2lah istighfar dan perbetulkan kembali kesalahan yang telah kita lakukan. Itu sebagai contoh, beribu lagi contoh lain bagi kejahatan yang pernah kita lakukan.

Malu Berbuat Sesuatu yang Tidak Senonoh
Walaupun kita tidak alim, namun kita yang normal masih rasa segan untuk berkelakuan tidak senonoh. Sebagai contoh, kita saruk kain, jalan tengah ramai, tiba2 angin baik punya mai sergah kain kita, nah, tersingkap segala yang tertutup asalnya. Kita pasti akan termonyeh-monyeh malu, merah muka, lagi teruk, maki hamun pula angin yang datang. Itu tandanya masih ada sifat malu dalam diri kita. Itu baru sikit, kalau bercomolot (pinjam ayat orang muda la ni) tengah ramai, simpangggggg. Tetapi, ada juga antara kita rela pakai baju adik, keluar rumah ukur jalan sambil berkepit dengan marka entah dari mana, tanpa segan silu. Betul atau tidak? Tepuk dada tanya mata, sebab mata yang tengok, tepuk kaki kalau tu kaki kita, tepuk tangan kalau tu tangan kita yang berkepit. Tandanya, luntur lagilah malu dari diri kita.

Malu Berbuat Baik
Ini merupakan malu yang jauh menyimpang dari konsep asal. Sepatutnya malu ini tidak boleh ada dalam diri kita. Nasihat Luqman kepada anak-anaknya telah ALLAH S.W.T. rakamkan di dalam al-Quran sebagaimana berikut :
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya."(Q.S. 31 : 17)

Malu Sampai Sesat
Kata pepatah Melayu, malu bertanya sesat jalan. Malulah nak pi masjid, tak pernah2 pi tiba2 nak pi. Malu la nak tanya soalan tu kat ustaz, kang dia kata soalan mudah. Malu la itu malu la ini. Bab nak perbetulkan diri atau menyelesaikan kekusutan, kita tidak boleh terus-terusan melayan rasa malu yang menyekang dada kita untuk kusut dengan saratan masalah. Bukakanlah minda kita buangkan rasa malu. Sebagai contoh, "malu la nak tanya pasal niat solat". Sedangkan niat itu utama bagi sesuatu solat dan yang terawal untuk mengerjakan solat. Disebabkan malu untuk bertanya, tidak tahu maksud dan cara niat, langsung solat itu diabai. Ini suatu contoh mudah, banyak lagi contoh lain yang kita sendiri tahu tentang malu untuk bertanya. Lainlah kalau niat bertanya itu untuk menjatuhkan seseorang sedangkan kita sudah tahu jawapannya, seharusnya ia dielakkan.

Renung2kan, Selamat Memakai Sifat Malu Sebaiknya, kerana MALU ITU PAKAIAN IMAN. Compang-camping baju, ternampaklah jasad, kuranglah perlindungan bagi iman :)
وعَÙ†ْ Ø£َبِÙŠ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ رَضِÙŠَ اللَّÙ‡ُ عَÙ†ْÙ‡ُ عَÙ† النَّبِÙŠِّ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ù‚َالَ: ((الْØ¥ِيمَانُ بِضْعٌ Ùˆَسِتُّونَ Ø´ُعْبَØ©ً, ÙˆَالْØ­َÙŠَاءُ Ø´ُعْبَØ©ٌ Ù…ِÙ† الْØ¥ِيمَانِ
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. Daripada Nabi S.A.W. bersabda, : Iman terdiri
daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu
dari bahagian-bahagian iman.

Isnin, 13 Jun 2011

Tazkirah #60 Malu Menipu

Muslihat, helah, tipu muslihat, tipu daya, tipu helah, tipu belit, perdaya, bohong, temberang, dusta, akal, auta, olok-olok, lebun, tokoh, kecoh, kecong, kecek, kelong, kacung, kicau, kicu, tangguk, cong, kelentong, borak, bongak, kidab, lolok, lontak, dengkul, kizib, merakah . Fuh! Banyaknya. Apapun, sebutlah yang mana satu, maksudnya tetap sama iaitu perbuatan curang atau kata-kata dusta untuk menyesatkan orang (Kamus Dewan Edisi 4).

Ada suatu kisah yang Nabi Ibrahim a.s. malu kerana pernah menipu. Ada tiga situasi. Baginda bersalasilah dari susur galur Nabi Nuh a.s. melalui ayahnya Azar bin Sam bin Nuh tidak pernah menipu melainkan dalam tiga perkara.

Pertama : Menjadi kebiasaan rakyat babilion di bawah pemerintahan Raja Namrud untuk keluar pada hari tertentu, keluar kota dengan membawa bekalan yang banyak dan meraikannya di suatu padang terbuka bersama-sama bagi menghormati hari-hari suci tersebut. Ketika itu, Nabi Ibrahim a.s. menyatakan untuk menguzurkan diri keluar atas alasan bahawa dia sakit. "Maka Bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"(Q.S. 37 : 89). Maka terlepaslah Nabi Ibrahim a.s. dari turut serta merayakan sesuatu yang mungkar.

Kedua : Susulan situasi di atas, kota tersebut lengang, sunyi sepi kerana masing-masing telah keluar dari kota. Kesempatan ini diambil oleh Nabi Ibrahim a.s. yang merencanakan sesuatu untuk menafikan sembahan ayahnya dan orang lain yang salah iaitu menyembah sesuatu yang tidak dapat memberikan sebarang manfaat atau kesan tetapi dijadikan sembahan sedangkan berhala-berhala itu terhasil dari tangan-tangan mereka sendiri. "Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda Yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?" (Q.S. 19 : 42). Maka Nabi Ibrahim a.s. telah menghancurkan semua berhala-berhala yang terdapat di situ melainkan satu berhala yang paling besar, paling utuh dan paling agam binaannya dengan disangkutkan kapak yang digunakan untuk menghancurkan berhala-berhala yang lain. Sekembalinya penduduk babilion, semua terkejut dan tertanya-tanya angkara siapa yang berani merubah sembahan-sembahan mereka menjadi hancur dari bentuk asal. Dan ada seorang yang menyampaikan si pelakunya adalah Nabi Ibrahim a.s., maka dihadapkan Baginda di khalayak ramai. Setelah diajukan samada Nabi Ibrahim a.s. yang bertanggungjawab, saat inilah yang diambil Baginda untuk mematahkan soalan yang diajukan. Baginda menyuruh mereka bertanyakan berhala yang paling besar kerana padanya kapak yang tersangkut dan keadaannya yang sedikit pun tiada cacat cela. Kusut kepala yang hadir untuk membenarkan sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka menjawab yang mana mungkin binaan itu hidup dan bisa melakukan yang sedemikian. Peluang ini digunakan Baginda untuk sekali lagi membenam pemikiran kolot kaum musyrik itu dengan menyatakan mengapa masih disembah sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat. "63. ia menjawab: "(Tidak) bahkan Yang melakukannya ialah (berhala) Yang besar di antara mereka ini! maka Bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata". 64. maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang Yang zalim". 65. kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya Engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui Bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa Engkau menyuruh Kami bertanya kepadanya)?" 66. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, Patutkah kamu menyembah Yang lain dari Allah sesuatu Yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? 67. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa Yang kamu sembah selain Allah! maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?""(Q.S. 21 : 63-67)

Ketiga : Setelah melihat keadaan menjadi kurang aman untuk Baginda meneruskan dakwah, Nabi Ibrahim a.s. berpindah ke negeri Syam bersama isterinya Sarah. Namun negeri itu mempunyai seorang raja yang zalim yang akan meperisterikan isteri orang yang cantik. Setelah terpandang isteri Nabi Ibrahim a.s., si raja bertanyakan samada susuk tubuh itu isterinya atau tidak. Sekiranya Nabi Ibrahim a.s. menjawab 'ya', maka akan diambillah isteri Baginda. Maka, Baginda menjawab bahawa susuk tubuh itu adalah saudaranya. Maka terlepaslah Baginda dan isterinya daripada kekejaman si raja.

Namun ditegaskan ketiga-tiga situasi bohong di atas membuatkan Nabi Ibrahim a.s. malu denan dirinya. Sedangkan ketiga-tiganya masing-masing bertujuan menjaga akidah, menyebarkan dakwah dan menyelamatkan maruah. Cerminkan diri kita. Dalam sehari sahaja sudah berapa kali kita berbohong kepada yang lain? Renung-renungkan :)
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template