Sabtu, 25 Jun 2011

Guru #3 Rumah Kejayaan


Kali ini saya telah membuat suatu inovasi yang pertama bagi sesi Praktikum Fasa 3. Sebenarnya, Rumah Kejayaan ini telah dihasilkan berdasarkan konsep peneguhan positif yang telah diutarakan dalam Teori Pavlov. Dalam teori ini, subjek yang diuji telah diberikan peneguhan positif bagi mengekalkan dan menggalakkan suatu perlakuan yang dikehendaki. Manakala bagi mengekang dan memansuhkan perlakuan yang tidak diingini, teori ini akan melaksanakan peeguhan negatif. Maka, teori ini telah melahirkan idea kepada saya membuat inovasi ini.
Seterusnya, penggunaan rumah kejayaan ini adalah bagi mengumpul token bagi setiap kumpulan yang saya wujudkan di dalam kelas. Semasa sesi pengajaran saya, saya akan laksanakan satu aktiviti sebelum penutup pengajaran saya yang akan melibatkan murid dalam bentuk kumpulan masing-masing kumpulan merah, hijau dan kuning. Kemudian, setiap aktiviti yang mereka jalani akan dinilai. Kumpulan yang berjaya untuk
memperoleh kriteria-kriteria aktiviti yang saya jalankan akan mendapat satu token untuk kumpulannya. Dalam masa yang sama, kumpulan yang memberi kerjasama yang baik, berkomunikasi sesama mereka dengan baik dan memberi perhatian semasa melaksanakan tugasan yang diberi, maka satu token lagi akan diberikan. Token-token yang diterima akan dimasukkan ke dalam rumah kejayaan kumpulan murid masing-masing yang mana rumah bagi setiap kumpulan adalah sama dengan nama kumpulan mereka. Ia akan melahirkan semangat kerjasama, semangat berkumpulan di samping nilai berlumba-lumba secara positif dalam pembelajaran murid. Namun, sekiranya suasana tidak dapat dikawal rapi semasa murid menjalankan aktiviti sebagai contoh kawalan kelas kurang baik, murid tidak memberi tumpuan atau murid main, maka satu token akan dirampas dan akan dimusnahkan, Ia tidak akan dimusnahkan oleh guru tetapi akan dimusnahkan sendiri oleh kumpulan yang membuat masalah semasa menjalankan aktiviti. Maka ia akan membuatkan murid-murid saling menjaga ahli kumpulan mereka serta mempunyai rasa kekitaan dalam mencapai kejayaan. Di samping itu, murid akan disemai rasa menghargai apa yang dimiliki agar tidak hilang begitu sahaja.
Selain itu, rumah kejayaan ini akan dipegang dan dijaga sendiri oleh setiap kumpulan murid. Maka secara tidak langsung ia akan mendidik dan melahirkan nilai bertanggungjawab dalam diri murid. Mereka sedaya mungkin akan menjaga rumah kejayaan mereka daripada rosak atau hilang begitu juga token yang terkumpul di dalam rumah kejayaan masing-masing.
Hasil yang saya perolehi dari inovasi ini ialah guru dapat meng
awal kelas dengan mudah dan murid dapat melaksanakan aktiviti dengan tenang tanpa gangguan daripada rakan-rakan yang bermasalah. Selain itu, murid-murid saling menjaga ahli kumpulan mereka dari melakukan onar semasa pembelajaran mereka. Murid-murid juga saling bantu-membantu dalam memastikan kumpulan masing-masing yang akan menang dan mendapat hadiah sebagai tukaran kepada pengumpulan token yang terbanyak untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan oleh guru.

2 ulasan:

ella berkata...

saya nak rumah merah sbb my fav color..=)

CECOMEL berkata...

Ambik la. Ha3. Ambik gambaq tu.

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template