Jumaat, 31 Disember 2010

Tazkirah #24 Lintas Langsung dari Planet Maknasia

Tak mau cakap banyak, maksud ayat dah jelas, tepuk dada, tanya iman :-). Nak pasti, buka al-Quran, cari ayat ni. Rujuk 'Alim 'Ulama' yang benar :-)



Tapi nak sebut gak la. Rancangan ni wujud di alam kejahatan. Terserap dalam dunia nafsu terlahir dalam dunia maknasia (Unknown Planet, hahahahaha). Memaparkan kebahagian pasangan merpati dua sejoli untuk ditatap rakyat maknasia yang lain. Tapi lantak depa la kalau tu ajaran agama di planet tu. Tapi, saya nak ingatkan kepada kita yang beragama Islam, selayaknya suami isteri yang sah memperlakukan apa sahaja namun hanya sesama mereka, bukan untuk tatapan yang lain walaupun muhrim. Sekadar cerita yang tertentu, bukan sembarangan. Kerana ia bakal menggalakkan maksiat. Tak kira la hat tengok tu kahwin ka tak, dosa is dosa laisa pahala. (Laisa tu maknanya bukan). Jadi, mujurlah untuk sapa2 yang beragama Islam di planet tu yang tak menyertai rancangan tu (di planet maknasia). Ok, sekian sahaja lintas langsung dari Unit Berita Cecomel Akidah, Cecomelkan Akidahmu! Saya, Syeikul Jamil, lintas langsung dari Planet Maknasia (Jiran planet manusia).

Rabu, 29 Disember 2010

Tazkirah #23 Tibi oh tibi

Banyak sangat cerita la ni hat dok ganyang golongan Agama. Kononnya hat pakai lebai korup lagi dari hat pakai kot. Ya, tak nafi ada, tapi, bukan semua. Hanya sekadar setitik dua nila yang rosakkan susu sebelanga. Dalam al-Quran sendiri ada sebut tentang golongan munafiq (Ulama'Suu') ini beserta ancamannya. Dan, hasil telahan dan tohmahan secara umum di dada media la ni, memberikan impak yang cukup besar terhadap tanggapan orang awam kepada insan yang 'berkatayap' (Orang 'Alim la). Kenapa tak dispesifikkan terus kepada pelaku yang bermasalah? Sebagai contoh, seorang ustazah membuat onar di tadika. Sedangkan hakikatnya seorang perempuan, yang bukan berkelulusan Pendidikan Islam, mengajar Pendidikan Islam di tadika, membuat onar dengan orang biasa. Kenapa tidak terpampang Guru Tadika tetapi Ustazah Tadika? Baru-baru ini pulak, terpampang lagi di media, Ustaz Cekelat (Bukan tajuk sebenar). Sebelum ini, cerita KarLiisya (Bukan nama sebenar jugak). Ya, memang wujud dalam realiti dunia, namun, apa niat didedahkan bicara-bicara seperti ini? Jawapannya, untuk menyedarkan, hakikatnya, ia menjadi tauladan, sekali gus, menjadi penggalak 'kejadah2' seperti ini untuk terus menjadi yang terhangat di dada akhbar. Sedarlah, petanda Akhir Zaman, Islam kan kembali dagang yang bermaksud Islam itu sesuatu yang asing sebagai mana ia mula-mula disebar oleh Nabi Muhammad S.A.W., ditentang habis-habisan. Kini, kita yang menjadi pemangkin hal ini terjadi. Ya, ia pasti berlaku seperti mana disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri dalam mafhumnya, umat Islam akhir zaman ibarat lauk yang dikelilingi manusia (orang kafir) yang terus-terusan meratah kita, bukti Islam itu kembali dagang. Cuma tempohnya telah dipercepatkan oleh kita sendiri yang menyerlahkan kedagangan Islam! Segala yang dilakukan bukan dicerminkan kepada si pelaku, tetapi kepada aga Islam itu sendiri. Adilkah kita? Tibi antara ulama' dunia sekarang, nah, jawablah!
Kita singkap kembali sejarah, kemunculan zaman gelap dalam peradaban Eropah adalah kerana kekuasaan pihak gereja yang menyimpang dan menggunakan kuasa sesuka hati lantas menjatuhkan peradaban mereka sendiri. Lalu muncullah pejuang-pejuang Renaissance seperti Niccolo Machiavelli 1469-1527 yang kononnya mengasingkan agama dari kehidupan seharian kerana agama hanya melembapkan hasil pendapatan dan kehidupan. Dan wadah Liberalisme ini yang dibawa ke negara kita untuk melucutkan individu beragama terutama agama Islam (Walan tardha 'ankal yahudu walan nasara hatta tattabi'a millatahum) dan Media-media yang memaparkan cerita-cerita beginilah pembuka-pembuka jalan segala ini tertunai. Sekadar tazkirah ringkas untuk renungan bersama.

p/s : Saya budak baru belajar. Dah sepuluh tahun belajar :-), tang mana silap tegur-tegurlah. Tapi pastikan ia silap :-D

Isnin, 27 Disember 2010

Tazkirah #22 Pilih Signboard anda!



Pilih signboard mana hat anda nak letak depan rumah nak elak pencuri?

Nak buat perkataan Mengorbit Cursor mouse di blog anda :-)

Atas permintaan ramai tentang NAK BUAT PERKATAAN TERTENTU DUK IKUT DAN MENGORBIT CURSOR, nah, saya dah bubuhkan tutorialnya.

1. Copy dan paste html script di bawah ke dalam html script baru di
laman anda.

Download HTML Script ni dulu!

2. Kemudian, CTRL+F untuk cari ayat ni "Buh Perkataan yang hangpa nak dia ikut dan pusing2 kursor hangpa di sini" dan tukarkan dengan perkataan yang anda kehendaki. And, save ye, baru preview. Selamat mencuba :-)

Ahad, 26 Disember 2010

500 BLOGGER !


Serba sedikit tentang saya:-
Nama Muhammad Zakwan bin Halim. Asal Parit Buntar, Perak. Masih belajar dan kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang dulunya lebih dikenali dengan panggilan Maktab Perguruan Perlis. Ada setahun lagi. Kos Pengajian Agama. Berbekalkan prinsip, Cecomelkan Akidahmu.

Tujuan jadi blogger ni ialah tak lain tak bukan nak luahkan segala apa yang terpendam dalam bentuk tulisan, tak kira la tentang apa, apa pun semua yang saya luahkan, saya cuba sedaya mungkin landaskan dengan ilmu yang benar dan pemerhatian saya dan kita semua selaku orang di bawah. Semoga suara semut kecil ini bakal menyumbang sekelumit keberkatan kepada Maharani Semut yang memimpin :-)

Rehat Minda #1


Cuba teka, kalau benar anda bijak bestari, antara 2 biji telur ini, yang mana jantan yang mana betina. Sertakan email anda. Jawapan akan dikemukakan 2hari akan datang. (Sekadar nak lebarkan ukhuwah, hadiah, kalau ada rezeki lebih, tak berani janji :-) )

Jumaat, 24 Disember 2010

Tazkirah #21 Kacak Luar Kacak Dalam



Assalamualaikum. Ni nak kongsi pasal mengemaskn diri. He3, kongsi hat tok khatib ucap masa khutbah tadi. Mafhum dari sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W., pada satu hari, mai sorang sahabat Baginda S.A.W. ke masjid. Keadaannya seperti tidk terurus (kurang kemas), maka Nabi Muhammad S.A.W. suruh dia pulang ke rumah dan mengemaskan dirinya. Maka pulanglah dia, membersih, bersiap-siap dengan menggemaskan dirinya dan rambutnya disisir rapi. Kemudian, sahabat Nabi Muhammad S.A.W. kembali ke masjid, maka ucaplah Nabi Muhammad S.A.W. berdasarkan mafhum hadith ini (maaf, saya tak hafal dan tak dan salin matannya), tidakkah bagus dengan penampilan ini dari datang dengan keadaan yang tidak terurus, rambut mengerbang seperti syaitan?.
Ha, jadi berdasarkan mafhum hadith ini, ternyata, mengemaskan diri itu amat dititik beratkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sekali gus dituntut Agama Islam ke atas umatnya. Bukan mengemaskan diri dalam urusan solat sahaja, bahkan dalam segala hal, hinggakan tatacara tidur, membuang najis dan lain-lain lagi, segalanya perlu dalam keadaan kemas (hat ni, ada masa kita panjangkan di waktu yang lain :-) ). Tetapi ingat, biarlah kita bersiap, mengemas diri atau apa sahaja dengan niat kerana ALLAH S.W.T., barulah segala yang dlakukan menjadi Ibada;h kepada-NYA. Maka, tak pasai2 dapat pahala percuma. Ingat, niat kerana ALLAH S.W.T., bukan yang lain. Selamat Beramal :-).

p/s: Lagu Senyum Malique ft Najwa :
Kacak luar
Kacak dalam Kacak dengar sini
Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali Kalau kita senyum Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit
:-)

Isnin, 20 Disember 2010

Tazkirah #20 Ku Punya Jiran Suu'

Assalamu'alaikum. Lama tak menaip. Nak kata kering idea, tak jugak, cuma keadaan tak mengizinkan.

Kali ni nak sentuh pasal jiran. Jiran ni orang yang paling hampir dengan kita, tak kira la tang mana pun kita. Sehinggakan Rasulullah S.A.W. sendiri dalam mafhum hadith Baginda S.A.W. menyatakan betapa acapkalinya Jibril A.S. mewasiatkan kepada Baginda S.A.W. tentang jiran tetangga sehinggakan Baginda S.A.W. merasakan jiran itu mewarisinya iaitu pusaka (sumber). Nak habaq kata jiran ni dekat dan penting bagi kita. Tapi lagu mana pulak dengan jiran suu' iaitu jiran yang jahat? Dalam bahasa yang lembut, jiran yang kurang menyenangkan?


“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).(Sumber).

Nah, sengsaralah hidup. Macam yang telah dan sedang kita alami (barangkali). Ada yang mempergunakan kita, menceritakan baik buruk kita dan pelbagai lagi. Apa langkah kita untuk kita ambil semasa meredah lautan kehidupan yang adakalanya dihentam badai yang bernama jiran suu' ini? Yang penting kita mesti ingat, dalam membetulkan yang telah patah, perlulah dengan hati2, agar yang pincang benar2 memahami. Sergahan dan makian takkan beerti, melainkan cara yang berhikmah membela diri. Jadi, sebelum kitamembetulkan ke'mangkuk'kan jiran kita ini, mari kita lihat hak jiran yang mesti kita tunaikan. Iya lah, nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu kan Nah, hak jiran pada kita :

1. Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
2.
Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat
3.
Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka
4.
Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan
5.
Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
Jadi, kita perlakukan segala yang selayaknya seorang jiran yang hasan kepada jiran2 mangkuk ini (jika ada), semoga al-mangkuk2 ini nampak adab2 jiran yang sepatutnya. Huh! (panas ni :-) )

p/s : Doa jangan dilupa na. Moga memperolehi jiran yang baik kerana jiran yang baik juga adalah Kurniaan ALLAH S.W.T. Dan ingat, kalau dapat jiran yang buruk, ada hikmahnya, berkemungkinan ALLAH S.W.T. mahu melatih kita sabar dan sebagainya. Apa pun segala yang terjadi ada hikmahnya. Selamat beramal. Ni tengah bergusti dengan jiran ni :-D

Selasa, 7 Disember 2010

Rabu, 3 November 2010

Tazkirah #19 Apa nak jadi dunia la ni?

Maaf, entri kali ini, saya hanya dapat terterakan link ke laman orang lain kerana empunya blog meminta ia disebarkan sedangkan saya tidak layak mengubah apa-apa darinya kerana pada saya ini hak empunya blog, namun ia mesti disebarkan.

http://shisoukaemn.blogspot.com/2010/11/wajib-baca-wajib-boikot.html

Isnin, 25 Oktober 2010

Isnin, 11 Oktober 2010

Saja1

"Kebangsatan apa yang sedang membangsat sekarang. Perlukah kebangsatan itu wujud lagi? Apa mungkin mesti yang membangsatkan itu dikenang lagi? Sungguh bangsatkan yang hanya tersalah langkah dengan terseradung jatuh terjelepok ke kancah bangsat itu terus-terusan dibangsat-bangsatkan? Apa bangsat sangatkah yang terbangsat seketika atau lebih bangsat yang kesekian kalinya menyalahkan si terbangsat itu? Sedang si terbangsat itu tersalah langkah cuma? Lantas si terbangsat itu jatuh luluh segala yang dibangsatkannya dengan nur hidayat yang tak terzahir di depan tubir mata orang yang terus menghadiahkan segunung bala kebangsatan yang dilakukan si terbangsat itu? Walikah mereka sehingga tidak putus-putus menzikir kebangsatan yang tidak disengajakan si terbangsat? Hebat sungguh yang terus menzikirkan saratan hadiah makian buat si terbangsat nan seorang raja yang punya kuasa menghukum membabi buta. Sedang si terbangsat telah berupaya memperoleh hidayat lantas memohon ribuan kemaafan kepada mangsa yang terpalit sisa keterbangsatan yang dilakukannya, tanpa sengaja. Kemudian si terbangsat itu tidak jemu-jemu memohon jutaan keampunan dari Sang Raja yang mengizinkan si terbangsat ini terus bernyawa. Besar yang Sang Raja atau yang masih menitikan kalam makian buat si terbangsat itu? Padaku, Sang Raja lah yang Maha Besar. Kerana yang terus-terusan menghadiahkan sekalung bahkan segunung makian buat si terbangsat kerana mereka juga diizinkan terus-terusan bernafas."gumam Cikgu Khali. Cikgu Khali bukan lagi di sekolah yang dulu, yang semuanya rasa ingin bersahabat. Cikgu Khali bukan lagi di dunia dulu!!! Dunia Cikgu Khali kini penuh dengan insan yang sentiasa bukan mahu bersahabat kerana dia bukan dari golongan sahabat, namun yang lain itu golongan sahabat. Dan kerana dia bukan dari kalangan sahabat, maka mudahnya mereka terus-terusan menganggapnya si bangsat.Si Bangsat yang tidak sengaja membangsat.

Khamis, 9 September 2010

Sabtu, 21 Ogos 2010

Tazkirah #17 Sampaikan Salam SKBMali

"Bangun!" Nyaring suara Toyar, ketua kelas Tahun 5 berdarah siam totok tu, bingit telinga.Getus monolog Sabur.
Semua murid kelas tersebut bangun serentak. Sekarang masa keempat. Mengikut jadual, sekarang waktu mata pelajaran yang paling sabur suka tak lain tak bukan Sains. Cikgunya yang setaraf ustaz, Cikgu Khali.
"Selamat Pagi Cikgu!" seraya suara Toyar, yang lain menurut secara bersama.
Sepi. Sunyi. Perlahan langkah Cikgu Khali sambil wajah berkiblatkan lantai. Semua murid tertanya-tanya, sayu sungguh rona muka cikgu kesayangan mereka. Cikgu Khali mengangkat wajahnya, dilihat satu persatu pasang mata yang dahagakan ilmunya. Genap dua bulan dia di sekolah ini. Tepat 10 Ramadhan tahun ini. Perlahan-lahan kolam matanya bertakung. Semua murid kehairanan, tidak ada satu suara yang terkeluar, terkedu menatap insan kesayangan mereka walaupun mereka tahu, dia cuma guru praktikum yang hanya punya masa yang sebentar, entah bila akan pergi menyambung tadahan ilmunya di maktab.
Air mata itu makin dalam takungannya, menunggu masa bilakan tumpah.
"Pagi," tersekat-sekat tutur kata cikgu. "Anak-anakku, apa benar kamu sayang cikgu kerana Allah dan ilmunya?" tanya Cikgu Khali, tampak semakin sayu.
"Cikgu, cikgu percayakan kami kan? Kami sangat sayang Allah dan penyampai setitis ilmunya iaitu cikgu." seorang membuka mulut, Najihah namanya.
"Kamu tahukan adab bersahabat?" tanya Cikgu Khali lagi. Makin sayu. Takungan air jernih makin bertambah, menendang-nendang benteng kelopak mata.
"Ya cikgu!" serentak seiya sekata mengaku. Dua tiga orang sudah nampak goyah.
"Apakah adab semasa berpisah dengan sahabat?"Tap. Tap. Dua titis air jernih bocor dari takungan.
Semua murid menjawab,"Cikgu, cikgu nak pergi ka? Dah habis tempoh di sini ka?"
"Cikgu kenapa tanya lagu ni?"
"Cikgu kenapa ni"
Riuh satu kelas tertanya-tanya. Belum ada seorang yang duduk. Hilang rasa lenguh timbul tanda tanya.
"Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah kerananya. Benar cikgu akan pergi. Cikgu kena pergi, sudah cukup haul" bercucuran air mata. Tak tertanggung rasa sedih insan yang dulu hebat di mata murid, cair jua dek kerana perpisahan.
"Cikgu..." Kelas bergema tangisan. Semua murid menerpa guru mereka yang amat mereka sayangi, merangkul tubuh guru mereka sekejap mungkin, kerana dia bakal pergi.Luluh jiwa Cikgu Khali. Sebak menuturkan kata pergi. "Nak, sabarlah. Ada rezeki kita jumpa lagi. Apapun, cuma satu ingin cikgu pinta dari kamu semua, redakan cikgu pergi."
Perlahan dan tersekat sekat suara Cikgu Khali menyanyikan sesuatu.

"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa.
Berdoalah kita agar aman dan bahgia.
Semoga berjumpa kita di lain masa"

Tangisan kian galak meruntun jiwa seorang pendidik kesayangan yang bakal pergi entah bilakan kembali.



SALAM SAYANG BUAT ANAK DIDIKKU DI SKBM. MOGA KITA BERJUMPA LAGI.

DARI GURUMU;
USTAZ ZAKWAN / CIKGU KHALI (samaran :-D )

Ahad, 15 Ogos 2010

Tazkirah #16 Sedangku harungi Ramadhan...

"Ramadhan mai lagi. Bulan kerahmatan. Alhamdulillah, Allah izin lagi aku masuk dalam bulan pesta ibadah ni."jauh Cikgu Khali bermonolog, berbicara dengan terhampirnya, si hati.
Namun, semua itu tercalar tatkala dia terbaca akhbar di medan maya. JERIT 'MAUT' BANGUN SAHUR! "GILA!!!" keras bentak hati Cikgu Khali, marah. "Persis BINATANG! Binatang pun sayangkan pasangannya.
Marah benar dia dengan berita dalam akhbar KOSMO! berkenaan tajuk itu. Huraiannya, 'si laki mengamk menetak bini dek kerana marah kejutkan bini yang enak tidur, kejut tak bangun-bangun'. Fikirkanlah, sebelum tidur, apa yang telah si isteri lakukan padanya. Si isteri siapkan pakaiannya ke tempat kerja, mengemas rumah, menjaga anak.
Bila petang tiba, rutin seterusnya memaksa si isteri memerah lagi keringatnya menyediakan juadah berbuka puasa. Setelah berbuka, si isteri belum boleh rehat, kena usaikan sisa makan suam dan anak-anak. Baran sang bangsat apa yang merasuk si bajingan itu menetak si isteri yang keletihan tidur setelah sehari suntuk terpungguk di rumah usaikan itu ini yang sepatutnya itu ini menjadi beban si suami. Sudah letih dibunuh pula?!
Cikgu Khali mengucap panjang. Sedang si isteri telah curahkan segala yang termampu demi keselesaan si suami, namun segalanya berantakan tidak langsung dihargai. Semua lelahnya selama berhasil semasa berkongsi hidup dengan si bajingan itu terbit 3 4 orang, rupa-rupanya si bangsat suami itu menilai dengan golok berkarat. Sedang syaitan lagi dibelenggu, masih ada yang punya nafsu sang jalang?!
Astagfirullah ...

Sabtu, 31 Julai 2010

Tazkirah #15 Wahai Diriku



Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali – sekala. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga, namun apa yang boleh buat engkau lebih suka ke neraka. Hati yang keras dan terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahir berubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.

Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatuur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan. Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda – berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.

Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk dan berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan.inilah hati yang kita heret ke hulu dan ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh dan mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu dan memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan dan doa didengar dan diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu. Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk dan hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura – pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia dan menipu Tuhan. Ceh! Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura – pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton – penonton pun terpukau, hairan dan takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap dan ketika itu hakikay dirimu akan terserlah. Engkau akan jadi seperti anjing kurap yang dihina, dihalau, dicaci dan dimaki. Terimalah habuan sumpah - seranah manusia yang kau tipu dulu.

Allah bersumpah demi kebesaran dan keagunngan kerajaanNya, tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab dan Mahkamah Akhirat. Pesalah – pesalah itu akan dibawa dengan tangan yang bergari, dihalau bagai binatang ternak ke kandang perbicaraan. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi – saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbelalak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang dan jelas. Manusia ramai turt melihat aib – aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,pucat,lumpuh serta merta dan mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan.

Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga namun apa boleh buat engkau lebih suka ke Neraka. DibantuNya engkau, diingatkanNya engkau dibimbingNya, diasuhNya, dididikNya dan kadang – kadang diugutNya bagi seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu?

Allah tersangat kasih dan cinta dengan makhluk yang bernama manusia. Namun sekali lagi apa boleh buat, engkau di duani telah lupa daratan. Kau tolak mentah – mentah dan bulat – bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu dan ternyata kau gagal dan kecewa. Tewas dan kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan – anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba – tiba,tidak kira waktu, tempat dan usia. Kau menzalimidirimu. Ah ……..malangnya engkau.

Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka dan diingatkan akan azab dan deritanya di sana. Seksa dan sakitnya timpa menimpa dan kekal selamanya. Masihkah kau ingat dan tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut.

Timah cair yang menghanguskan tengku dan segala – galanya, masihkah belum kau takut? Nah! Tidak ada lagi yang mungkin dapat menyedarkanmu dari lamunan nafsu yang melulu. Bila lagikah hatimu akan tersentak dan segera tersedar? Bila lagi? Cuba kamu katakan.
Kalau benar – benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabr, buatlah dosa dan maksiat setanding Firaun, Namrud, abu lahab dan mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jangan jadi seperti sekarng, baik mahu juga,sedangkan kejahatn pun mahu dicuba. Jangan jadi seperti ini sikap dan pendirianmu biarlah jelas. Berterus – ternglah dalam hidup. Jangan sembunyi – sembunyi, jangan berlakon, hentikan sandiwaramu. Mulai sekarang, tunjukkan hakikat dirimu yang sebenar. Kamu dicabar jika ingin buat jahat, buat jahat betul – betul. Jalan terbuka luas. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty – fifty’ ( 50 – 50 ) dalam hidup. Yang hak jelas, yang batil juga jelas. Masing – masing ada kumpulan dan pengaruh tersendiri. Tentukan kedudukan dirimu dari sekarang. Jika ingin bernaung di bawah bendera yang hak, peganglah kuat – kuat dan kibarkan bendera itu ke seluruh dunia.

Sudah sampai masanya engakau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka sila, tiada halangan apa – apa, ikutlah nafsu buasmu. Langgar sahaja, apa peduli, peluang hanya sekali. Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah dan air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga.

Jumaat, 9 Julai 2010

Tazkirah #14 Surat Setan Untuk Kita!



Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulakan aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah diperbodohkan, aku mentertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Jumaat, 25 Jun 2010

Tazkirah #13 Beware Of Poison



4 Jenis Racun HATI

Berlebih-lebihan dalam berbicara •Berlebih-lebihan dalam memandang •Berlebih-lebihan dalam makan •Berlebih-lebihan dalam pergaulan


Berlebihan dalam berbicara
•Menjadikan hati keras
Sabda Rasulullah S.A.W
‘Dan orang yang jauh dari Allah adalah yang berhati keras’
•Umar Al-Khattab r.a.
Dan banyak berbicara akan menyebabkan banyak kesalahan dan ssterusnya menyababkan banyak dosa dilakukan.

Berlebihan dalam memandang ; Anak panah iblis, Menyalakan api syahwat & Menimbulkan angan-angan
Berlebihan dalam Makan, membuatkan :
Hati menjadi keras
Melemahkan daya pemahaman
Menaikkan nafsu berahi
Menaikkan nafsu amarah.
3 Bahagian Perut (Riwayat Ahmad & Tarmidzi)
1/3 untuk makanan
1/3 untuk minum
1/3 untuk nafas

Riwayat Ibrahim Bin Adham

“Barangsiapa yang mampu mengendalikan perutnya maka ia mampu pula memelihara agamanya, dan barangsiapa yang dapat menguasai rasa laparnya, maka ia dapat menguasai akhlak yang baik, sebab maksiat kepa Allah itu jauh dari orang yang lapar, dekat pada orang yang kenyang”.


Berlebihan dalam bergaul
Boleh menimbulkan benih-benih permusuhan dan kebencian yang terpendam.

Rabu, 23 Jun 2010

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Karya : A. Samad Said

Selasa, 22 Jun 2010

Tazkirah #12 Wahai Wanita Hari Ini.

Kiriman Sahabatku, Buat WANITA. Sorotilah monolog yang seharusnya bermain di benakmu, wahai WHI.

ASSALAMU'ALAIKUM WBT

"Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali
kerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia adalah miliknya…
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Ahad, 20 Jun 2010

Korupsi Bahagian 2

Setelah seminggu menatang (bukan binatang, tetapi menatang minyak yang penuh) tu duduk di belakang rumahku di Taman Aman ini, retak yang baru dan yang semakin parah telah kelihatan. Buat aduan. Mai la puak2 perut boyot tu, muka juah tak sangga. Gegaran sangat terasa setiap kali hentakan menatang pilling tu.

Tetapi, yang anehnya, Si boyot2 tu mai bawak alat, dan berkata sambil mengangkat dada, "There is no gegar2 you know."
Ringan2 mulutku ini menuturkan kembali,"So, WHAT THE HELL OF THIS RETAK2" Panas hati. Panas sangat. Tak terbanding gersang si Kalahari pada raut muka aku. Darah menyirap. Bangsat sangat rupanya si boyot2 ni. Sah berkat duit haram hat depa telan. Hanya ALLAH sahajalah Yang Layak Kemukakan 'Berkat' Bangsat depa. Benak betul hati, kelam dek kerana duit haram. Ntah nanah apa dah terpekung dalam hati depa. Tak terbau langsung wanginya halal. Nah lah. Rasa cam tamat di sini musim pertama korupsi ini. Ni sepintas lalu.

Seminggu kemudian:


Lantai Luar Rumah

Tingkap Dapur

Alang Rumah

Dinding

Pintu Belakang

Jumaat, 18 Jun 2010

Tazkirah #11 Tears of Heaven.

Kisah ni saya dapat dari kawan-kawan melalui emel. Mari sama-sama kita kongsi.




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Isnin, 14 Jun 2010

Tazkirah #11 Mai dah wei !



Assalamualaikum. Dengar sini suma orang kampung ka pekan ka. Ni dah masuk bulan Rejab. Happy Rejab. Jom pakat buat amal kebajikan. Ni, ada laman rujukan tentang Si Rejab ni. Bulan Allah :-) Klik SINI.

Ahad, 13 Jun 2010

Ni Saya Salin Dari HALUAN



13 Jun – Sumber-sumber dari Palestin melaporkan pada hari Sabtu (12/6) Pihak Sempadan Mesir menolak untuk membolehkan dua konvoi bantuan memasuki Gaza pada hari Jumaat (11/6) melalui terminal Rafah.

Kumpulan seramai 16 orang dari Algeria termasuk tiga ahli parlimen, tokoh nasional dan orang kenamaan bersama-sama dengan lori yang membawa bantuan telah ditahan dari memasuki Gaza. Bantuan konvoi lain dari Mesir juga tidak dibenarkan memasuki Gaza, seperti yang dilaporkan oleh sumber-sumber dari Palestin.

Menurut Pusat Berkuasa Maklumat Sempadan Palestin, hanya tiga ahli parlimen dari rombongan Algeria dibenarkan untuk memasuki Gaza manakala bantuan tidak dibenarkan, perkara ini ditolak oleh delegasi Algeria.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebelum ini telah mengarahkan pembukaan persempadanan Rafah, antara Gaza dan Mesir, beberapa jam selepas serangan kejam Israel terhadap armada bantuan kemanusiaan Flotilla pada hari Isnin 31 Mei lalu. (pnn)

HALUANPALESTIN

HOHOHO. BARULAH TERNYATA MACAM MANA SAUDARA ISLAM. (BACA NGN NADA SINDIR)

Korupsi.

Ni Taman Aman. Asalnya nerai ni tak leh wat rumah hat aku duduk la. Tapi tetiba boleh plak(~sapa hat main kat belakang ni~). Baik, tu masa tahun 1997 kalau tak silap. Sebelum tu nak ingatkan terpulang kepada sapa nak fikir ni cerita betul atau tak. Saya? Rahsia. Mungkin betul mungkin tak kot. Dek kerana benda ni :



Kesannya ini? Ni rumah aku dah direnovate, Pun Jadi seteruk ni. Bayangkanlah rumah yang asal, hat dindingnya nipis, lantai sekadar boleh pijak. Tengok kesan di bawah dan fikir-fikirkan :-) : Nok duduk guane bang. Nok pindoh, dop buleh duit pampasang.


Rabu, 9 Jun 2010

Tazkirah #10 Kisah lagi disambung.

"Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali r.a. ;" ditelan sedikir air liurnya sementara menyambung tazkirahnya. Santun dan sopan pekertinya.
Biarpun gelarannya amat dikenali dengan kata 'guru', namun perwatakannya menuntut yang tua darinya tunduk hormat semahunya. Dialah Cikgu Khali. Aku kagum dengan dia. Seminggu sekali telah menjadi rutin baginya menyampaikan tazkirah sementara menunggu jengahnya waktu solat fardhu Isya'. Terkadang aku terfikir,apa kekuatan yang berpaksi dalam diri guruku ini, pagi ke sekolah, malamnya acapkali menziarah rumah-rumah Allah, bukan sahaja untuk berjamaah menunaikan kewajipan, bahkan jauh dari itu, masih menyampaikan ilmu, ilmu yang bukan jurusannya!
Namun, apa yang nak dihairankan, bumi Sabah yang dulu yang menjadi tempat bermastautinnya selama 5 tahun, menuntut dia menjangkau keluar dari bidangnya. Mujur sedari kecil, dia anak Imam. Aku jelas semua itu, dari mulutnya juga yang menyelitkan sejarahnya buat penguat kami anak-anak didiknya, katanya, "Kalau cikgu boleh jadi seperti yang kamu lihat sekarang, kamu juga boleh. Cikgu anak papa kedana, lebih teruk dari kamu."Memang, kami juga orang susah, namun sejarah cikgu lebih teruk gambarannya dari kami, kami akur, tunduk bersyukur ke Hadrat-Nya kerana perit hidup ini masih mampu kami harungi. Seketika, terbit azam jauh di sudut benak hatiku untuk pecahkan apa yang Cikgu Khali pecahkan, bahkan lebih dahsyat ingin ku sebar retakan sebelum pecah!
Ah, jauhnya lamunanku. Mujur lama juga jeda Cikgu Khali. Macam tahu-tahu saja ingin beri ruang masa untuk aku menerawang enta ke mana. Senyumku sendiri dengan monologku.
"Wasiat-wasiat itu adalah..." sambung Cikgu Khali lagi, "Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya. Pertama, tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia, kedua, tidak terpesona dengan pujuk rayu. Manakala ketiga, benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia. Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya iaitu, jujur dalam berkata-kata, menjauhi segala yg haram dan merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: merahsiakan ibadahnya, merahsiakan sedekahnya, merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: takut berlaku dusta dan keji, menjauhi kejahatan serta memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: mengawasi dirinya, menghisab dirinya dan memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. "
Pakcik-pakcik terangguk-angguk, faham agaknya. Hairan juga, tiap kali tazkirah Cikgu Khali, semua terbuntang mata, sedang dia ber'title'kan 'cikgu', tetapi, bila masa yang bercakap di depan itu ustaz-ustaz, hampir kesemuanya bagi ayam patuk padi. Yang tinggal cuma si ustaz dan sepi.
Ah, persetankan monologku. Acapkali dia seakan menjadi syaitan merasukku dari mendengar tazkirah di depan. Ada saja senjata gincunya yang tak pernah habis disapu pada mulut hatiku untuk menjadi teman berbual dengan hati kecilku. Ya Allah, hamba mu ini berlindung dengan-Mu Yang Maha Mendengar Dan Maha Mengetahui dari si penderhaka terlaknat dan kuncu-kuncunya. Ameen.


Selasa, 8 Jun 2010

Tazkirah #9 Kisah Lagi

"Siapa lagi yang belum siapkan kerja rumah semalam, tolong berdiri," ucap Cikgu Khali tenang. Sambungnya lagi,"Cikgu pernah cakap sebelum ni kan, yang siapa-siapa antara kita yang berbohong, tidak amanah dan khianat tergolong dalam kelompok orang yang bercirikan..." "MUNAFIQ!" serentak jawapan itu terpancul dari mulut setiap pelajar memintas soalan Cikgu Khali.
"Bagus anak-anak. Ha, sekarang cepat bangun!" pinta Cikgu khali sambil tersenyum seakan puas apa yang diajar sebelum ini biarpun tidak termaktub di dalam silibus pengajaran subjek sains yang diajarnya,namun dia dapat kongsikan sekelumit ilmu agama yang menjadi nadi pengajarannya. Baginya, mana mungkin hal ehwal agama itu terasing dari segala sesuatu yang dikerjakan. Ini kukuh dalam dirinya dan sedaya mungkin diserapkan pada nak didiknya.
Aku termangu seketika. Bukan bosan dengan tazkirah Cikgu Khali, tetapi aku teringat onar yang sedang menimpa penduduk tamanku. Lebih-lebih lagi, kerja sekolah yang Cikgu Khali berikan, sudah ku usaikan malam semalam. Memang menjadi tabiatku tidak mahu bertangguh. Prinsipku,"Jange Bertangguh,Buat Selalu!"bak kata kawanku yang baru datang dari sebelah banjaran Titiwangsa,Ahmin namanya. "Ah, persetankan itu! Hal ini lagi merungsingkan,"monologku bertubi-tubi menunjal pemikiranku. "Rumah retak teruk kak. Setiap kali depa pilling, terasa gegaq rumah saya kak" antara aduan yang dikongsi bersama kami penduduk Taman Aman 3."Tu la, depa ni, masa buka tanah buat taman ni, depa dah tau tak boleh buat rumah tang ni. Depa tau semua tu, tapi saja, nak untung lebih. Bukan depa tak tau kata pihak Keretapi Tanahatiku nak buat landasan berkembar tiga yang sepenuhnya guna karan. Tapi sebab depa taku rugi 30kaki dari landasan ni tak digunakan, jadi depa pun buat. Bila projek jalan, pampasan haram nak keluaq, depa tahan, pastu bahagi sama depa," tingkah seorang lagi.
Chun Yee, wartawan Akhbar GanGang tekun menyalin segala butiran yang wajar padanya. Begitu juga Khalid, wartawan Akhbar Sirna dan Nendu Jaaveran, wartawan Akhbar Punai. Aku yang duduk bersebelahan Amir, ayah kawan sejiranku hanya memerhatikan perhimpunan tersebut.
"Perangai puak Majlis Daerah Keriau ni memang teruk. Songlap duit ja kerja depa,"tokey babi yang duduk selang tiga pintu dari rumahku pula bersuara. Petah Melayunya biarpun Cina anutannya, cetus hatiku, kagum, bukan kerana bibit kejayaan 1 Negara yang digembar-gemburkan media massa, namun bangga dan amat berharap, salah satu linguafranca dulu kembali bersinar menjana kesatuan ummah di negaraku ini.
"Mohamed Usa Bin Putih,bangun,"Cikgu Khali memanggil dari hadapan kelas. Tersentak aku dari lamunan lantas tegakku berdiri.
'Ada apa anak? Jauh lamunanmu, tidak pantas cikgu mengejarnya," ujarnya sambil rakan-rakan yang lain tersenyum kambing melihat ulahku tadi.
Merah sedikit wajahku, namun kuliat hitam manisku menutupi keserlahannya.
"Tidak apa-apa cikgu. Cuma..."lambat-lambat aku menjawabnya. "Cuma apa nak?" lembut Cikgu Khali menutur kata.
Seketika aku menarik nafas dalam-dalam lalu aku sambung," Apa benar cikgu, di akhirat kelak pemimpin itu menjadi yang terbeban atau tersenang dek kerana tingkah laku dan perbuatan mereka terhadap orang bawahannya?" "Ya anakku." Jawab Cikgu Khali.
"Namun kalau kita yang mengetahuinya, apa perlu kita dekati dan usulkan sesuatu yang benar, agar dia dan kita selamat?" sambung soalku lagi. "Itu sudah pasti la Usa." sampuk kawan sekelasku. Cikgu Khali tidak memarahi kerana memang dia telah nyatakan dahulu yang dia suka diskusi antara semua pelajar dan kami dipohon dengan sangat untuk tidak malu-malu menyuarakan sesuatu di dalam kelasnya biarpun di luar subjek pengajarannya, cuma perlulah dengan adab. Kami faham itu dan kami menghormatinya.
Aku sambung lagi," Habis tu, kalau mereka lebih sedia maklum sesuatu yang bakal menzalimi orang bawahan mereka, sedang kita tidak mampu menegurnya, apalagi daya kita? Apa pula pembalasan kezaliman itu cikgu?"
Senyap seketika. Masing-masing mengunci bicara untuk sama-sama berfikir.
Cikgu Khali memecah kebuntuan dan dengan tenang menjawab," Begini anak-anak sekalian, kalau kita terhalang untuk menegur seseorang terutama yang ada sedikit kuasa, sekurang-kurangnya kita doa agar Dia, Penguasa segala penguasa menjernihkan kekeruhan ini dan dalam masa yang sama mencari alternatif lain untuk menyuarakan perkara yang benar."
Disambungnya lagi," bagi pihak penguasa, kepada yang telah ditegur bahkan mereka telah arif tentang sesuatu perlakuan zalim itu, sekiranya meneruskannya, bersedialah dengan hilangnya payung dari panas di akhirat kelak, dan lebih menakutkan, sudah sedia bilik neraka yang selayaknya pe'el mereka. Oh, ini yang merungsingkan kau yan Usa? Sudahlah. Lupakan hal itu, namun jangan lupa berdoa nanti na. Sekarang kita teruskan pengajian kita, boleh Usa? Boleh kelas?"
"Ya!" Tertahan-tahan telinga Cikgu Khali mendengar sahutan semangat kami sekelas, Tahun 6 Buntar.



Selasa, 18 Mei 2010

Kerikil berkilau, Permata Kusam.




Tidak banyak yang ingin ku tulis untuk ini. Sekadar ingin timbulkan tanda tanya buat semua di mana kita Yang kononnya berpegang dengan cahaya sedangkan amalan kita hanya sia-sia. Sedangkan di pihak yang lain yang kita anggap kelam dan gelap dari cahaya kebenaran, namun terdapat palitan warna putih tanda terlihat padanya yang benar.
Kisahnya begini, rakan saya yang bukan seagama saya bertanyakan tentang solat. Apa benar yang bernama muslim itu tidak dapat tidak wajib laksanakan kerja 'bangun duduk, tonggang tonggek' 5 kali sehari semalam? Saya jawab benar. Lantas ditingkah pula oleh rakan saya ini, mengapa terlihat padanya ada segelintir yang seagama dengan saya seolah-olah pagan. Tidak terlihat sekali pun berteleku di atas mengkuang atau tikar sejadah untuk laksana kerja 'bangun duduk, tonggang tonggek' macam yang telah Tuhan Allah wartakan kewajipannya pada Nabi Muhammad S.A.W. ? Saya jawab mudah,apa jua agama, pasti ada yang sebenar-benar insan dan yang peri syaitan. Rakan saya akur dengan itu. Saya menjawab lagi bahawa begitu jualah halnya dengan perkara ini. Ia hanya terlihat pada kulit, namun isinya belum ternampak adanya.
Ayuhlah kita sedar, apa perlu kita tunggu sergahan mereka yang bukan ahlinya? Apa benar sudah terhijab hati pada Dia, Sang Segala, Yang dengan Izin-Nya, masih bertakhta ketegaran dosa dalam diri kita? Atau benar kita sudah jelas terasimilasi dalam jaluran salasilah si kuffar durjana? Fikirkanlah.


Ahad, 16 Mei 2010

S.H.G.


ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN. SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR, NABI MUHAMMAD S.A.W., GURU BESAR BAGI SEMUA GURU KALANGAN MAKHLUK DI DUNIA INI. SELAMAT HARI GURU JUGA BUAT MAKAYAHKU, GURU YANG MELAHIRKAN DAN MENDIDIK SEHINGGA INSAN KERDIL EMPUNYA LAMAN INI SEPERTI YANG SEKARANG INI. JUGA BUAT SEMUA GURUKU. DOAKAN AKU MENURUTI JEJAK LANGKAH KALIAN. TERIMA KASIH GURU!

Rabu, 3 Mac 2010

Tazkirah #8 Biodata sapa ni?

Kali ini, saya nak timbulkan kembali tentang biodata sapa ntah. Yang pasti, sebelum ini mungkin kita dah didedahkan tentang ini, namun, biasa la, manusia. Asal kata nama 'Manusia' itupun ialah 'NASIA' yang bermaksud lupa. Silakan baca, serba sedikit biodata empunya laknat dari Allah.

Nama : Iblis laknatullah
Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai
Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam
Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah
Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa
Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam
Kelemahan : Bila orang membaca istighfar
Lambang : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran
Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin.

Khamis, 18 Februari 2010

Tazkirah #7 Cerdik ka ni?



Cerita motivasi kali ini telah saya dengar sebelum ini semasa di Sekolah Menengah. Dan kini Solusi Isu 16 menghangatkan kembali minda saya tentang ini.

Ia bermula dengan kisah antara dua individu yang memiliki personaliti dan perwatakan yang berbeza. Mereka masing-masing ialah seorang cendiakawan dan seorang pengayuh sampan. Kisahnya adalah berdasarkan dialog di bawah ini dan ia bermula setelah si cendiakawan ini menumpang sampan milik si pengayuh sampan untuk ke suatu tempat :

Cendiakawan : Hai pakcik, pakcik ni sejak kecik sampai ke la, reti membaca tak?
Pendayung Sampan : Nak oii, kerja pakcik ni ja la dari kecik. Mana dan nak pi sekolah.
Cediakawan : Pakcik2,awat la tak ngaji dulu. Tau tak pakcik dah hilang separuh dari hidup pakcik.
Pendayung Sampan : Nak buat lagu mana nak, pakcik orang susah.
Cendiakawan : Ha, ni nak nak tanya lagi, pakcik simpan tak duit2 pakcik, maksud saya pakcik ada buat simpanan di mana-mana bank? Benda ni nak tolong pakcik ke depan ni.
Pendayung Sampan : Anak oi.... Mana dan pakcik nak simpan, ni selama dok kerja ni, cukup2 ja wat makan pakai pakcik sekeluarga. Mana dan, dengan makan minum pakai anak isteri. Mujur menikah satu. Tapi ya la, menikah satu pun anaknya macam dua tiga.
Cendiakawan : Hai pakcik, tu la, lain kali kumpul duit, sikit pun jadi la. Cukup haul, masuk main saham atau join mana syarikat mlm (macam...xnak sebut, tanya Ustaz Zaharuddin), duit leh berlipat ganda. Halai Haram belakang kira, kira anak bini kita ni nak makan pasiaq ka apa. Ni nak habaq mai, skali lagi pakcik dah hilang separuh lagi hidup pakcik dari baki yang separuh lagi.
Pendayung Sampan : Ya la tu nak oi...

Tiba-tiba, sampan yang mereka naiki terlanggar apa ntah, lantas bocorlah sampan itu. Nak tambah suspen (Sambil baca ni buh sound efek kat belakang), air pun masuk mencurah-curah ke ladang gandum, ops, ke dalam sampan. Poom! Sampan nak karam da. Spontan si pendayung sampan tu berkata seperti dalam dialog kat bawah ni :

Pendayung sampan : Nak, anak reti berenang tak?
Cendiakawan: (Dalam resah) Pakcik, tobat lahum saya tak reti berenang pakcik. Lagu mana ni?
Pendayung Sampan : Ha3, MAKA TATKALA ITU, ANAK AKAN KEHILANGAN SELURUH HIDUP ANAK! PAKCIK CHOW DULU, BABBAI :d (Pakcik tu gelak dan pergi lagu tu ja)
Cendiakawan : Pakcik...Pakcik... Blop..Blop..Blop..


Iktibar dari kisah yang saya olah ni ialah, jangan kita rasa kita banyak menuntut ilmu lantas kita mendabik dada tiada tandingan dari yang lainnya. Setiap orang yang Allah S.W.T. jadikan, memang variasi dari pelbagai sudut dan di antaranya sosio-ekonomi. Namun, ia bukan sia2. Sebagai contoh, perlunya yang kaya untuk berkongsi dengan yang melarat. Dan yang melarat, biasanya kerja-kerja seperti di dalam kisah ini sahaja yang mampu dilakukan. Bayangkan kita dok hina orang hat buat bendang tu kotor la busuk la. Bayangkan kalau tiada mereka, bagaimana kita nak makan. Saya tinggalkan persoalan mudah ini sebagai khitam tazkirah ini. Antum cambahkan soalan yang berkenaan dengannya, dan fikirkan. TQ :)

Rabu, 17 Februari 2010

Tazkirah #6 Sebelas jenis manusia didoa Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Selasa, 16 Februari 2010

Tazkirah #5 Dekat Tapi Jauh?




Kisah teladan ini Saya olah dari hari bacaan saya dari Solusi Isu 16.

Kisah si penjual bebola Ayam dengan si pembeli. Dialognya seperti di bawah bermula setelah si pembeli yang ingin menguji si penjual dengan menyorokkan sebiji bebola ayam di dalam tangannya lalu mengenggam sekejapnya agar tidak terlihat oleh si penjual :

Pembeli : Cuba kamu teka apa yang ada dalam genggaman saya ni?
Penjual : Boleh bagi pembayangnya?
Pembeli : Rasanya sama dengan bebola ayam.
Penjual : Pembayang lain?
Pembeli : Bulatnya sama seperti bebola ayam.
Penjual : Lagi?
Pembeli : Boleh dimakan setelah goreng mahupun rebus sama seperti bebola ayam.

Setelah lama berfikir, si penjual mengaku yang dia tidak dapat meneka apa yang tersembunyi dalam genggaman si pembeli itu. Maka si pembeli memberitahukan jawapannya.

Di sini, sememangnya tiada jenaka yang boleh kita gelakkan melalui kisah ini. Namun ada telada yang perlu kita imbas kehidupan kita sehari-harian dan perbetul apa yang telah kita silap. Kita tahu kewujudan Allah S.W.T., namun apa kita tunai kehendaknya? Sama tak kiasan cerita di atas dalam hal ini? Perhatikan dan sama-sama kita fikirkan. :-) TQ :-)

Isnin, 15 Februari 2010

Tazkirah #4 Tidur Selepas Subuh n Asar.




Sabda Nabi:


Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum tidur selepas asar:-

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

Isnin, 18 Januari 2010

TAZKIRAH #3 Umat Islam Tak SOLAT??


Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.




9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.

Rabu, 13 Januari 2010

PERINGATAN KEPADA SEMUA PECINTA 'WAAHID'


SILA LIHAT KARANGAN INI DENGAN KLIK DI SINI @ DI SINI @ DI SINI. DAN KEMUDIAN, TAFSIRKAN DENGAN MERUJUK AHLINYA. SAYA BUKAN PEMBENCI WADAH KESATUAN NEGARA BANGSA YANG INGIN DITUBUHKAN NAMUN MASIH TERCARI-CARI KEBENARAN YANG TERSIRAT KE ARAH KESATUAN ITU. ANTUM FIKIRLAH SENDIRI!!!

Jumaat, 8 Januari 2010

Tazkirah #2 KISAH BAJU


Renung-renungkan kisah kiasan dibawah. Saya olah ia dari blog Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Perlis, iaitu persatuan yang menaungi pelajar jurusan Pendidikan Islam di sini, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis.

Kita ada sehelai baju putih yang kemas buatannya baik kondisinya. Maka kita letak ia di dalam sebuah almari bagi menjaga sambil menyimpan ia bagi mengelakkan ia dicemari.

Suatu ketika, seseorang meminjam ia dari kita. Cukup masanya, dia pulangkan baju tersebut seperti sedia kala, bersih tanpa cacat cela. Masih putih. Kita rasa cukup gembira lantas ambil ia dengan rasa hormat lantas meletakkan ia di dalam almari seperti sebelumnya.

Selang beberapa ketika, datang seseorang yang lain pula untuk meminjam baju yang sama. Kita berikan. Cukup tempoh pinjaman baju tersebut, si peminjam pulangkan kembali, namun berlainan keadaannya dari peminjam yang sebelum ini. Baju itu dipulang dala hal keadaan kotor terpalit itu ini bahkan ada palitan yang mula mengeras pada baju tersebut. Kita terima juga walau hati terluka. Kita ambil baju tersebut biar hati sedikit terluka, kemudian segera membasuh ia dengan kadar yang setimpal kedegilan kotoran yang mewarnai entah apa jenis corak pada baju tersebut. Selesai baju itu dibersihkan dan dijemur, ia kembali pada asalnya, putih melepak, harum dan cantik sepeti dahulu. Kemudian kita terus menyimpannya ke tempat seperti sebelumnya.

Beberapa hari kemudian, datang seseorang yang lain buat kali ketiga meminjam baju yang sama dan kita berikan. Kali ini, setelah baju tersebut dipulangkan, hal keadaannya sangat teruk tidak terbanding teruknya dengan pulangan si peminjam sebelum ini. Bahkan koyak sana sini. Besar ada kecil sudah pasti ada carik pada baju tersebut. Kita ambil dan kali ini tampak wajah berubah airnya, kemerahan memendam seribu satu amarah yang tidak terhingga dek kerana pengkhianatan si peminjam tersebut. Tanpa bertangguh lagi kita ambil baju tersebut dan tepat balingan gumpalan baju tersebut memasuki tong sampah, tempat berhimpunnya segala kehinaanyang tiada tara.


Baiklah, kisah di atas menggambarkan tiga situasi berbeza. Dapatkah kalian huraikan perkara tersebut?
Tidak mengapa, biar saya rungkaikan persoalan di sebalik kisah ini. Kita kiaskan sebagai yang berikut:

Allah S.W.T. jadikan kita sebaik-baik kejadian. Sepanjang ruh dipinjamkan kepada kita kita manfaatkan hanya dengan perkara-perkara yang baik. Maka purata amalan yang kita lakukan setelah dinilai dan dilakukan perkiraan yang optimum kejituan dan kepastian hasil operasi kira-kira tersebut, nyata menunjukkan hasil yang positif. Ruh kita kembali ke Hadrat Sang Pencipta dengan baik keadaannya seperti dipinjamkan dulu, bak kain puti. Maka Allah S.W.T. letakkan ia di tempat yang baik-baik dan pasti tempat itu ialah Syurga. Ini bagi kisah dalam situasi yang pertama.

Namun dalam situasi yang kedua, Allah S.W.T. pinjamkan kita ke dunia dalam rupa asal yang indah, namun sepanjang hayat kita ada onar-onar yang kita katakan kotoran yang terpalit pada kita sebagaimana cerita, kita kembali kepada Sang Pencipta dalam hal keadaan yang kotor. Pasti sebelum Allah S.W.T. menyimpan kita, Allah S.W.T. akan 'MEMBASUH' kita terlebih dahulu dengan mesin basuh berapi yang panasnya tiada tolok bandingnya dengan bahang kepanasan di dunia bahkan panas dunia hanya satu juzuk kecil dari bahang panas mesin basuh Allah S.W.T. (INI BUKAN MENGGAMBARKAN ALLAH S.W.T. SEPERTI MAKHLUK, TETAPI IA SEKADAR KIASAN UNTUK NASIHAT, BUKAN BID'AH ATAU WAHABI NA!). Setelah selesai, kita kembali seperti fitrah barulah layak kita disimpan di 'Almari' yang selayak dengan 'HASIL BASUHAN' Allah S.W.T.

Dan akhir sekali bagi kisah di dalam situasi ketiga, kita lahir ke dunia setelah terpatri tandatangan kita setuju dengan terma-terma yang Allah tetapkan untuk membolehkan kita menjengah ke dunia seketika. Namun, dalam tempoh masa jengahan yang singkat itu, kita randuk segala jenis ranjau dan duri. Hinggakan compang-camping diri kita. Hidayah di depan mata kita hiraukan bahkan kita menentang hadirnya petunjuk Allah S.W.T. bagi membawa kita kembali kepada landasan yang benar. Maka, pengakhiran kita di dunia, menampakkan kepulangan kita pada Allah S.W.T. dalam rupa paras yang cukup menjijikkan, berlubang sana sini diri kita, hamis jangan dikenang, manakan tidak, lopak jahiliyah mana yang tidak kita redah, terseradung dan tersungkur tiada terkira namun terngadah tidah sekali, rela diri dalam kancah kekafiran. Sudah pasti Allah S.W.T. akan campakkan kita ke dalam tong sampah (NERAKA) yang terhina dan paling menyeksakan. Bukan untuk kebali di simpan kita, namun penghapusan yang tiada akhirnya!NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK! Maka segeralah tersedar dari lena. Bukan sahaja kalian, bahkan si peminjam nyawa yang sedang dan telah menaip tazkirah yang dipanjangkan oleh sahabat sebelumnya.


Selasa, 5 Januari 2010

Tazkirah #1 Jangan Gelut tanpa Ilmu!




عن عبد الله بن بسر رضى الله عنه أن رجلا قال يا رسول الله إن شرائع الإسلام قد كثرت علىّ فأخبرني بشيء أتشبِّثُ به قال : لا يزال لسانكَ رطبًا مِن ذِكْرِ الله


Ertinya : Daripada Abdullah bin Basr r.a., seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat kubergantung dengannya." Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: "Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah."
(RIWAYAT AT-TIRMIZI)

Rasanya sudah hampir jelas hadis di atas. Namun ingin saya nyatakan pandangan saya berdasarkan aras ilmu cangkat saya ini. Memang benar tenang hati ini bertitik tolak dengan "shilah" atau hubungan kita pada DIA,Sang Seri Segala, Yang Maha Esa. Hati hanya akan tenang dengan eratnya kita, bukan sahaja pada luaran namun segala isi hati dan perlakuan lantas menitir di bibir rasa rindu dan cinta yang tiada tolok bandingnya dengan rasa berkehendak pada selain Allah, Rabbal Ar-Bab, Tuhan segala tuhan. Berdasarkan perihal yang tersirat maksudnya dari maksud hadis ini, ia boleh kita katakan bahawa akan lahirnya kegundahan yang amat berat kerana terlampau memikirkan hal2 yang mungkin baru bagi kita. Namun, tetap ada jalan keluarnya. Sebagai contoh dalam soal Agama. Memang terasa berat bila kita mula mengorak langkah menghampiri Agama Islam ini jika langkah yang diatur itu terburu-buru sambil mata menerawang entah ke mana. Pasti terseradung lalu tersungkur jua akhirnya. Seperti mentol. Jika bekalan kuasa yang diberikan tinggi secara mendadak, memang tampak cerah sinarnya, namun dalam beberapa ketika ia akan terbakar. Namun, jika bekalan kuasanya diberikan secara perlahan-lahan, nyalaannya lambat untuk mencapai keterangan optimum, namun daya tahannya pasti lebih lama. Begitu juga dalam hal beragama ini bahawa ia amat mementingkan usaha mencari ilmu berkenaannya secara sedikit demi sedikit bagi mendapat keyakinan dan keperibadian beragam itu sendiri yang utuh hingga ke akhir hayatnya. Buktinya, saya utarakan nama Gondorowo. Gondorowo ini sememangnya beragama Islam biarpun nama tidak menampilkan latar pegangan Agamanya. Keperibadiannya sedikit lemah dalam seok belok agamanya, namun dia masih kenang dan hargai kebakaan agama yang dianutnya. Sehari-hariannya, Gondorowo bersosial entah apa tahap keindiean perlakuannya. Pada suatu hari, Gondorowo ketemu sebuah makalah Agama Islam seperti "e-Islam" dan "Penyelesaian". Lantas ketemu dia dengan ciri dan perlakuan seorang muslim yang selayaknya. Segera dicari buku lain. Segala berkenaan ciri dan perlakuan itu dilaksananya serentak. Genap sepurnama, Gondorowo membilang hari-harinya yang diabdikan pada DIA,Yang Maha Esa, dengan perwatakan Islamik yang diperolehnya dengan bergurukan buku semata tanpa diketahuinya konsep dan perlaksanaan serta teknik yang betul dan ada sumber rujukan yang dipercayai, bukan buku semata-mata sang guru yang dipertuhankan. Maka cukup masa, Gondorowo mula luntur tiang seri dirinya kerana goyah hatinya. Maka, dek kerana tiada tunjang yang kuat, patah jua semangatnya dan berubah langkah ke depan berkalih arah.

Penyelesaiannya, kembali pada-Nya, rujuk guru selayaknya, jangan tergesa-gesa. Moga tiang seri sebesar satu dua pemeluk itu bisa ditegakkan dan reput ia atas diriannya tanpa tumbang lantas sujud menyembah bumi! Pasti Jati Diri berdiri gah atas paksinya menahan diri dari terseradung lalu terkujur di atas kehinaan bayangan dunia.
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template