Jumaat, 25 Jun 2010

Tazkirah #13 Beware Of Poison



4 Jenis Racun HATI

Berlebih-lebihan dalam berbicara •Berlebih-lebihan dalam memandang •Berlebih-lebihan dalam makan •Berlebih-lebihan dalam pergaulan


Berlebihan dalam berbicara
•Menjadikan hati keras
Sabda Rasulullah S.A.W
‘Dan orang yang jauh dari Allah adalah yang berhati keras’
•Umar Al-Khattab r.a.
Dan banyak berbicara akan menyebabkan banyak kesalahan dan ssterusnya menyababkan banyak dosa dilakukan.

Berlebihan dalam memandang ; Anak panah iblis, Menyalakan api syahwat & Menimbulkan angan-angan
Berlebihan dalam Makan, membuatkan :
Hati menjadi keras
Melemahkan daya pemahaman
Menaikkan nafsu berahi
Menaikkan nafsu amarah.
3 Bahagian Perut (Riwayat Ahmad & Tarmidzi)
1/3 untuk makanan
1/3 untuk minum
1/3 untuk nafas

Riwayat Ibrahim Bin Adham

“Barangsiapa yang mampu mengendalikan perutnya maka ia mampu pula memelihara agamanya, dan barangsiapa yang dapat menguasai rasa laparnya, maka ia dapat menguasai akhlak yang baik, sebab maksiat kepa Allah itu jauh dari orang yang lapar, dekat pada orang yang kenyang”.


Berlebihan dalam bergaul
Boleh menimbulkan benih-benih permusuhan dan kebencian yang terpendam.

Rabu, 23 Jun 2010

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Karya : A. Samad Said

Selasa, 22 Jun 2010

Tazkirah #12 Wahai Wanita Hari Ini.

Kiriman Sahabatku, Buat WANITA. Sorotilah monolog yang seharusnya bermain di benakmu, wahai WHI.

ASSALAMU'ALAIKUM WBT

"Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali
kerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia adalah miliknya…
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Ahad, 20 Jun 2010

Korupsi Bahagian 2

Setelah seminggu menatang (bukan binatang, tetapi menatang minyak yang penuh) tu duduk di belakang rumahku di Taman Aman ini, retak yang baru dan yang semakin parah telah kelihatan. Buat aduan. Mai la puak2 perut boyot tu, muka juah tak sangga. Gegaran sangat terasa setiap kali hentakan menatang pilling tu.

Tetapi, yang anehnya, Si boyot2 tu mai bawak alat, dan berkata sambil mengangkat dada, "There is no gegar2 you know."
Ringan2 mulutku ini menuturkan kembali,"So, WHAT THE HELL OF THIS RETAK2" Panas hati. Panas sangat. Tak terbanding gersang si Kalahari pada raut muka aku. Darah menyirap. Bangsat sangat rupanya si boyot2 ni. Sah berkat duit haram hat depa telan. Hanya ALLAH sahajalah Yang Layak Kemukakan 'Berkat' Bangsat depa. Benak betul hati, kelam dek kerana duit haram. Ntah nanah apa dah terpekung dalam hati depa. Tak terbau langsung wanginya halal. Nah lah. Rasa cam tamat di sini musim pertama korupsi ini. Ni sepintas lalu.

Seminggu kemudian:


Lantai Luar Rumah

Tingkap Dapur

Alang Rumah

Dinding

Pintu Belakang

Jumaat, 18 Jun 2010

Tazkirah #11 Tears of Heaven.

Kisah ni saya dapat dari kawan-kawan melalui emel. Mari sama-sama kita kongsi.




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Isnin, 14 Jun 2010

Tazkirah #11 Mai dah wei !



Assalamualaikum. Dengar sini suma orang kampung ka pekan ka. Ni dah masuk bulan Rejab. Happy Rejab. Jom pakat buat amal kebajikan. Ni, ada laman rujukan tentang Si Rejab ni. Bulan Allah :-) Klik SINI.

Ahad, 13 Jun 2010

Ni Saya Salin Dari HALUAN



13 Jun – Sumber-sumber dari Palestin melaporkan pada hari Sabtu (12/6) Pihak Sempadan Mesir menolak untuk membolehkan dua konvoi bantuan memasuki Gaza pada hari Jumaat (11/6) melalui terminal Rafah.

Kumpulan seramai 16 orang dari Algeria termasuk tiga ahli parlimen, tokoh nasional dan orang kenamaan bersama-sama dengan lori yang membawa bantuan telah ditahan dari memasuki Gaza. Bantuan konvoi lain dari Mesir juga tidak dibenarkan memasuki Gaza, seperti yang dilaporkan oleh sumber-sumber dari Palestin.

Menurut Pusat Berkuasa Maklumat Sempadan Palestin, hanya tiga ahli parlimen dari rombongan Algeria dibenarkan untuk memasuki Gaza manakala bantuan tidak dibenarkan, perkara ini ditolak oleh delegasi Algeria.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebelum ini telah mengarahkan pembukaan persempadanan Rafah, antara Gaza dan Mesir, beberapa jam selepas serangan kejam Israel terhadap armada bantuan kemanusiaan Flotilla pada hari Isnin 31 Mei lalu. (pnn)

HALUANPALESTIN

HOHOHO. BARULAH TERNYATA MACAM MANA SAUDARA ISLAM. (BACA NGN NADA SINDIR)

Korupsi.

Ni Taman Aman. Asalnya nerai ni tak leh wat rumah hat aku duduk la. Tapi tetiba boleh plak(~sapa hat main kat belakang ni~). Baik, tu masa tahun 1997 kalau tak silap. Sebelum tu nak ingatkan terpulang kepada sapa nak fikir ni cerita betul atau tak. Saya? Rahsia. Mungkin betul mungkin tak kot. Dek kerana benda ni :



Kesannya ini? Ni rumah aku dah direnovate, Pun Jadi seteruk ni. Bayangkanlah rumah yang asal, hat dindingnya nipis, lantai sekadar boleh pijak. Tengok kesan di bawah dan fikir-fikirkan :-) : Nok duduk guane bang. Nok pindoh, dop buleh duit pampasang.


Rabu, 9 Jun 2010

Tazkirah #10 Kisah lagi disambung.

"Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali r.a. ;" ditelan sedikir air liurnya sementara menyambung tazkirahnya. Santun dan sopan pekertinya.
Biarpun gelarannya amat dikenali dengan kata 'guru', namun perwatakannya menuntut yang tua darinya tunduk hormat semahunya. Dialah Cikgu Khali. Aku kagum dengan dia. Seminggu sekali telah menjadi rutin baginya menyampaikan tazkirah sementara menunggu jengahnya waktu solat fardhu Isya'. Terkadang aku terfikir,apa kekuatan yang berpaksi dalam diri guruku ini, pagi ke sekolah, malamnya acapkali menziarah rumah-rumah Allah, bukan sahaja untuk berjamaah menunaikan kewajipan, bahkan jauh dari itu, masih menyampaikan ilmu, ilmu yang bukan jurusannya!
Namun, apa yang nak dihairankan, bumi Sabah yang dulu yang menjadi tempat bermastautinnya selama 5 tahun, menuntut dia menjangkau keluar dari bidangnya. Mujur sedari kecil, dia anak Imam. Aku jelas semua itu, dari mulutnya juga yang menyelitkan sejarahnya buat penguat kami anak-anak didiknya, katanya, "Kalau cikgu boleh jadi seperti yang kamu lihat sekarang, kamu juga boleh. Cikgu anak papa kedana, lebih teruk dari kamu."Memang, kami juga orang susah, namun sejarah cikgu lebih teruk gambarannya dari kami, kami akur, tunduk bersyukur ke Hadrat-Nya kerana perit hidup ini masih mampu kami harungi. Seketika, terbit azam jauh di sudut benak hatiku untuk pecahkan apa yang Cikgu Khali pecahkan, bahkan lebih dahsyat ingin ku sebar retakan sebelum pecah!
Ah, jauhnya lamunanku. Mujur lama juga jeda Cikgu Khali. Macam tahu-tahu saja ingin beri ruang masa untuk aku menerawang enta ke mana. Senyumku sendiri dengan monologku.
"Wasiat-wasiat itu adalah..." sambung Cikgu Khali lagi, "Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya. Pertama, tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia, kedua, tidak terpesona dengan pujuk rayu. Manakala ketiga, benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia. Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya iaitu, jujur dalam berkata-kata, menjauhi segala yg haram dan merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: merahsiakan ibadahnya, merahsiakan sedekahnya, merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: takut berlaku dusta dan keji, menjauhi kejahatan serta memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: mengawasi dirinya, menghisab dirinya dan memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. "
Pakcik-pakcik terangguk-angguk, faham agaknya. Hairan juga, tiap kali tazkirah Cikgu Khali, semua terbuntang mata, sedang dia ber'title'kan 'cikgu', tetapi, bila masa yang bercakap di depan itu ustaz-ustaz, hampir kesemuanya bagi ayam patuk padi. Yang tinggal cuma si ustaz dan sepi.
Ah, persetankan monologku. Acapkali dia seakan menjadi syaitan merasukku dari mendengar tazkirah di depan. Ada saja senjata gincunya yang tak pernah habis disapu pada mulut hatiku untuk menjadi teman berbual dengan hati kecilku. Ya Allah, hamba mu ini berlindung dengan-Mu Yang Maha Mendengar Dan Maha Mengetahui dari si penderhaka terlaknat dan kuncu-kuncunya. Ameen.


Selasa, 8 Jun 2010

Tazkirah #9 Kisah Lagi

"Siapa lagi yang belum siapkan kerja rumah semalam, tolong berdiri," ucap Cikgu Khali tenang. Sambungnya lagi,"Cikgu pernah cakap sebelum ni kan, yang siapa-siapa antara kita yang berbohong, tidak amanah dan khianat tergolong dalam kelompok orang yang bercirikan..." "MUNAFIQ!" serentak jawapan itu terpancul dari mulut setiap pelajar memintas soalan Cikgu Khali.
"Bagus anak-anak. Ha, sekarang cepat bangun!" pinta Cikgu khali sambil tersenyum seakan puas apa yang diajar sebelum ini biarpun tidak termaktub di dalam silibus pengajaran subjek sains yang diajarnya,namun dia dapat kongsikan sekelumit ilmu agama yang menjadi nadi pengajarannya. Baginya, mana mungkin hal ehwal agama itu terasing dari segala sesuatu yang dikerjakan. Ini kukuh dalam dirinya dan sedaya mungkin diserapkan pada nak didiknya.
Aku termangu seketika. Bukan bosan dengan tazkirah Cikgu Khali, tetapi aku teringat onar yang sedang menimpa penduduk tamanku. Lebih-lebih lagi, kerja sekolah yang Cikgu Khali berikan, sudah ku usaikan malam semalam. Memang menjadi tabiatku tidak mahu bertangguh. Prinsipku,"Jange Bertangguh,Buat Selalu!"bak kata kawanku yang baru datang dari sebelah banjaran Titiwangsa,Ahmin namanya. "Ah, persetankan itu! Hal ini lagi merungsingkan,"monologku bertubi-tubi menunjal pemikiranku. "Rumah retak teruk kak. Setiap kali depa pilling, terasa gegaq rumah saya kak" antara aduan yang dikongsi bersama kami penduduk Taman Aman 3."Tu la, depa ni, masa buka tanah buat taman ni, depa dah tau tak boleh buat rumah tang ni. Depa tau semua tu, tapi saja, nak untung lebih. Bukan depa tak tau kata pihak Keretapi Tanahatiku nak buat landasan berkembar tiga yang sepenuhnya guna karan. Tapi sebab depa taku rugi 30kaki dari landasan ni tak digunakan, jadi depa pun buat. Bila projek jalan, pampasan haram nak keluaq, depa tahan, pastu bahagi sama depa," tingkah seorang lagi.
Chun Yee, wartawan Akhbar GanGang tekun menyalin segala butiran yang wajar padanya. Begitu juga Khalid, wartawan Akhbar Sirna dan Nendu Jaaveran, wartawan Akhbar Punai. Aku yang duduk bersebelahan Amir, ayah kawan sejiranku hanya memerhatikan perhimpunan tersebut.
"Perangai puak Majlis Daerah Keriau ni memang teruk. Songlap duit ja kerja depa,"tokey babi yang duduk selang tiga pintu dari rumahku pula bersuara. Petah Melayunya biarpun Cina anutannya, cetus hatiku, kagum, bukan kerana bibit kejayaan 1 Negara yang digembar-gemburkan media massa, namun bangga dan amat berharap, salah satu linguafranca dulu kembali bersinar menjana kesatuan ummah di negaraku ini.
"Mohamed Usa Bin Putih,bangun,"Cikgu Khali memanggil dari hadapan kelas. Tersentak aku dari lamunan lantas tegakku berdiri.
'Ada apa anak? Jauh lamunanmu, tidak pantas cikgu mengejarnya," ujarnya sambil rakan-rakan yang lain tersenyum kambing melihat ulahku tadi.
Merah sedikit wajahku, namun kuliat hitam manisku menutupi keserlahannya.
"Tidak apa-apa cikgu. Cuma..."lambat-lambat aku menjawabnya. "Cuma apa nak?" lembut Cikgu Khali menutur kata.
Seketika aku menarik nafas dalam-dalam lalu aku sambung," Apa benar cikgu, di akhirat kelak pemimpin itu menjadi yang terbeban atau tersenang dek kerana tingkah laku dan perbuatan mereka terhadap orang bawahannya?" "Ya anakku." Jawab Cikgu Khali.
"Namun kalau kita yang mengetahuinya, apa perlu kita dekati dan usulkan sesuatu yang benar, agar dia dan kita selamat?" sambung soalku lagi. "Itu sudah pasti la Usa." sampuk kawan sekelasku. Cikgu Khali tidak memarahi kerana memang dia telah nyatakan dahulu yang dia suka diskusi antara semua pelajar dan kami dipohon dengan sangat untuk tidak malu-malu menyuarakan sesuatu di dalam kelasnya biarpun di luar subjek pengajarannya, cuma perlulah dengan adab. Kami faham itu dan kami menghormatinya.
Aku sambung lagi," Habis tu, kalau mereka lebih sedia maklum sesuatu yang bakal menzalimi orang bawahan mereka, sedang kita tidak mampu menegurnya, apalagi daya kita? Apa pula pembalasan kezaliman itu cikgu?"
Senyap seketika. Masing-masing mengunci bicara untuk sama-sama berfikir.
Cikgu Khali memecah kebuntuan dan dengan tenang menjawab," Begini anak-anak sekalian, kalau kita terhalang untuk menegur seseorang terutama yang ada sedikit kuasa, sekurang-kurangnya kita doa agar Dia, Penguasa segala penguasa menjernihkan kekeruhan ini dan dalam masa yang sama mencari alternatif lain untuk menyuarakan perkara yang benar."
Disambungnya lagi," bagi pihak penguasa, kepada yang telah ditegur bahkan mereka telah arif tentang sesuatu perlakuan zalim itu, sekiranya meneruskannya, bersedialah dengan hilangnya payung dari panas di akhirat kelak, dan lebih menakutkan, sudah sedia bilik neraka yang selayaknya pe'el mereka. Oh, ini yang merungsingkan kau yan Usa? Sudahlah. Lupakan hal itu, namun jangan lupa berdoa nanti na. Sekarang kita teruskan pengajian kita, boleh Usa? Boleh kelas?"
"Ya!" Tertahan-tahan telinga Cikgu Khali mendengar sahutan semangat kami sekelas, Tahun 6 Buntar.



 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template