Ahad, 30 Oktober 2011

Tazkirah #69 Cakap Serupa Bikin

Maksudnya : "Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya." (Q.S. 61 : 2-3)

Kadangkala kita bermonolog dengan diri sendiri. Tambah2 yang berjawatan apa2. Antara soalan yang menjadi kebiasaan lahir :
1. Kenapa cakap aku tak laku?
2. Awat orang lain tak mau ikut apa hat aku kata?
3. Teruk la makhluk2 ni, orang suruh buat baik pun tak mau.
4. Kenapa orang benci aku?

Tetapi bila disiasat semula sebab yang membuatkan cakap kita tak laku,suruhan kita yang baik tak dituruti, ia berbalik pada diri kita. Kita banyak memperkatakan apa sahaja, sama ada nasihat, suruhan dan cadangan, tetapi dari segi perlaksanaannya, tumpor (loghat Perak), kita tak buat pun. Cakap lebih, buatnya tidak.

Kalau difikirkan semula maksud Firman ALLAH S.W.T. di atas, ia akan membuatkan kita lebih berhati-hati untuk berbicara. Kerana segala apa yang kita ucapkan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Ia sebagaimana yang disambung di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari berikut :

Hanya saja, pembahasan makalah ini dibatasi pada salah satu hadis Rasulullah yang driwayatkan oleh al-Bukhari dari Abdullah ibn Umar, yaitu:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: ألا كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته فالإمام الاعظم الذي على الناس راع وهو مسؤول عن رعيته والرجل راع على أهل بيته وهو مسؤول عن رعيته والمرأة راعية على أهل بيت زوجها وولده وهي مسؤولة عنهم وعبد الرجل راع على مال سيده وهو مسؤول عنه ألا فكلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته

Maksudnya :Abdullah bin Umar r.a. berkata bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah: kalian semua adalah pemimpin (pemelihara) dan bertanggung jawab terhadap rakyatnya. Pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya tentang rakyat yang dipimmpinnya. Suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan akan dimintai pertanggungjawabannya tentang keluarga yang dipimpinnya. Isteri adalah pemelihara rumah suami dan anak-anaknya. Budak adalah pemelihara harta tuannya dan ia bertanggung jawab mengenai hal itu. Maka camkanlah bahwa kalian semua adalah pemimpin dan akan dituntut (diminta pertanggungjawaban) tentang hal yang dipimpinnya”

Jadi, berhati-hati dalam berbicara :) Renung2kan Selamat Berenung :)

Pssst : Maaf lama tak 'naik janji' a.k.a update. Sibuk dengan pembikinan Kajian Tindakan ALHAMDULILLAH, segalanya telah selesai dengan jayanya :)
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template