Isnin, 2010 Januari 18

TAZKIRAH #3 Umat Islam Tak SOLAT??


Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.




9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.

Rabu, 2010 Januari 13

PERINGATAN KEPADA SEMUA PECINTA 'WAAHID'


SILA LIHAT KARANGAN INI DENGAN KLIK DI SINI @ DI SINI @ DI SINI. DAN KEMUDIAN, TAFSIRKAN DENGAN MERUJUK AHLINYA. SAYA BUKAN PEMBENCI WADAH KESATUAN NEGARA BANGSA YANG INGIN DITUBUHKAN NAMUN MASIH TERCARI-CARI KEBENARAN YANG TERSIRAT KE ARAH KESATUAN ITU. ANTUM FIKIRLAH SENDIRI!!!

Jumaat, 2010 Januari 08

Tazkirah #2 KISAH BAJU


Renung-renungkan kisah kiasan dibawah. Saya olah ia dari blog Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Perlis, iaitu persatuan yang menaungi pelajar jurusan Pendidikan Islam di sini, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis.

Kita ada sehelai baju putih yang kemas buatannya baik kondisinya. Maka kita letak ia di dalam sebuah almari bagi menjaga sambil menyimpan ia bagi mengelakkan ia dicemari.

Suatu ketika, seseorang meminjam ia dari kita. Cukup masanya, dia pulangkan baju tersebut seperti sedia kala, bersih tanpa cacat cela. Masih putih. Kita rasa cukup gembira lantas ambil ia dengan rasa hormat lantas meletakkan ia di dalam almari seperti sebelumnya.

Selang beberapa ketika, datang seseorang yang lain pula untuk meminjam baju yang sama. Kita berikan. Cukup tempoh pinjaman baju tersebut, si peminjam pulangkan kembali, namun berlainan keadaannya dari peminjam yang sebelum ini. Baju itu dipulang dala hal keadaan kotor terpalit itu ini bahkan ada palitan yang mula mengeras pada baju tersebut. Kita terima juga walau hati terluka. Kita ambil baju tersebut biar hati sedikit terluka, kemudian segera membasuh ia dengan kadar yang setimpal kedegilan kotoran yang mewarnai entah apa jenis corak pada baju tersebut. Selesai baju itu dibersihkan dan dijemur, ia kembali pada asalnya, putih melepak, harum dan cantik sepeti dahulu. Kemudian kita terus menyimpannya ke tempat seperti sebelumnya.

Beberapa hari kemudian, datang seseorang yang lain buat kali ketiga meminjam baju yang sama dan kita berikan. Kali ini, setelah baju tersebut dipulangkan, hal keadaannya sangat teruk tidak terbanding teruknya dengan pulangan si peminjam sebelum ini. Bahkan koyak sana sini. Besar ada kecil sudah pasti ada carik pada baju tersebut. Kita ambil dan kali ini tampak wajah berubah airnya, kemerahan memendam seribu satu amarah yang tidak terhingga dek kerana pengkhianatan si peminjam tersebut. Tanpa bertangguh lagi kita ambil baju tersebut dan tepat balingan gumpalan baju tersebut memasuki tong sampah, tempat berhimpunnya segala kehinaanyang tiada tara.


Baiklah, kisah di atas menggambarkan tiga situasi berbeza. Dapatkah kalian huraikan perkara tersebut?
Tidak mengapa, biar saya rungkaikan persoalan di sebalik kisah ini. Kita kiaskan sebagai yang berikut:

Allah S.W.T. jadikan kita sebaik-baik kejadian. Sepanjang ruh dipinjamkan kepada kita kita manfaatkan hanya dengan perkara-perkara yang baik. Maka purata amalan yang kita lakukan setelah dinilai dan dilakukan perkiraan yang optimum kejituan dan kepastian hasil operasi kira-kira tersebut, nyata menunjukkan hasil yang positif. Ruh kita kembali ke Hadrat Sang Pencipta dengan baik keadaannya seperti dipinjamkan dulu, bak kain puti. Maka Allah S.W.T. letakkan ia di tempat yang baik-baik dan pasti tempat itu ialah Syurga. Ini bagi kisah dalam situasi yang pertama.

Namun dalam situasi yang kedua, Allah S.W.T. pinjamkan kita ke dunia dalam rupa asal yang indah, namun sepanjang hayat kita ada onar-onar yang kita katakan kotoran yang terpalit pada kita sebagaimana cerita, kita kembali kepada Sang Pencipta dalam hal keadaan yang kotor. Pasti sebelum Allah S.W.T. menyimpan kita, Allah S.W.T. akan 'MEMBASUH' kita terlebih dahulu dengan mesin basuh berapi yang panasnya tiada tolok bandingnya dengan bahang kepanasan di dunia bahkan panas dunia hanya satu juzuk kecil dari bahang panas mesin basuh Allah S.W.T. (INI BUKAN MENGGAMBARKAN ALLAH S.W.T. SEPERTI MAKHLUK, TETAPI IA SEKADAR KIASAN UNTUK NASIHAT, BUKAN BID'AH ATAU WAHABI NA!). Setelah selesai, kita kembali seperti fitrah barulah layak kita disimpan di 'Almari' yang selayak dengan 'HASIL BASUHAN' Allah S.W.T.

Dan akhir sekali bagi kisah di dalam situasi ketiga, kita lahir ke dunia setelah terpatri tandatangan kita setuju dengan terma-terma yang Allah tetapkan untuk membolehkan kita menjengah ke dunia seketika. Namun, dalam tempoh masa jengahan yang singkat itu, kita randuk segala jenis ranjau dan duri. Hinggakan compang-camping diri kita. Hidayah di depan mata kita hiraukan bahkan kita menentang hadirnya petunjuk Allah S.W.T. bagi membawa kita kembali kepada landasan yang benar. Maka, pengakhiran kita di dunia, menampakkan kepulangan kita pada Allah S.W.T. dalam rupa paras yang cukup menjijikkan, berlubang sana sini diri kita, hamis jangan dikenang, manakan tidak, lopak jahiliyah mana yang tidak kita redah, terseradung dan tersungkur tiada terkira namun terngadah tidah sekali, rela diri dalam kancah kekafiran. Sudah pasti Allah S.W.T. akan campakkan kita ke dalam tong sampah (NERAKA) yang terhina dan paling menyeksakan. Bukan untuk kebali di simpan kita, namun penghapusan yang tiada akhirnya!NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK! Maka segeralah tersedar dari lena. Bukan sahaja kalian, bahkan si peminjam nyawa yang sedang dan telah menaip tazkirah yang dipanjangkan oleh sahabat sebelumnya.


Selasa, 2010 Januari 05

Tazkirah #1 Jangan Gelut tanpa Ilmu!




عن عبد الله بن بسر رضى الله عنه أن رجلا قال يا رسول الله إن شرائع الإسلام قد كثرت علىّ فأخبرني بشيء أتشبِّثُ به قال : لا يزال لسانكَ رطبًا مِن ذِكْرِ الله


Ertinya : Daripada Abdullah bin Basr r.a., seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat kubergantung dengannya." Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: "Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah."
(RIWAYAT AT-TIRMIZI)

Rasanya sudah hampir jelas hadis di atas. Namun ingin saya nyatakan pandangan saya berdasarkan aras ilmu cangkat saya ini. Memang benar tenang hati ini bertitik tolak dengan "shilah" atau hubungan kita pada DIA,Sang Seri Segala, Yang Maha Esa. Hati hanya akan tenang dengan eratnya kita, bukan sahaja pada luaran namun segala isi hati dan perlakuan lantas menitir di bibir rasa rindu dan cinta yang tiada tolok bandingnya dengan rasa berkehendak pada selain Allah, Rabbal Ar-Bab, Tuhan segala tuhan. Berdasarkan perihal yang tersirat maksudnya dari maksud hadis ini, ia boleh kita katakan bahawa akan lahirnya kegundahan yang amat berat kerana terlampau memikirkan hal2 yang mungkin baru bagi kita. Namun, tetap ada jalan keluarnya. Sebagai contoh dalam soal Agama. Memang terasa berat bila kita mula mengorak langkah menghampiri Agama Islam ini jika langkah yang diatur itu terburu-buru sambil mata menerawang entah ke mana. Pasti terseradung lalu tersungkur jua akhirnya. Seperti mentol. Jika bekalan kuasa yang diberikan tinggi secara mendadak, memang tampak cerah sinarnya, namun dalam beberapa ketika ia akan terbakar. Namun, jika bekalan kuasanya diberikan secara perlahan-lahan, nyalaannya lambat untuk mencapai keterangan optimum, namun daya tahannya pasti lebih lama. Begitu juga dalam hal beragama ini bahawa ia amat mementingkan usaha mencari ilmu berkenaannya secara sedikit demi sedikit bagi mendapat keyakinan dan keperibadian beragam itu sendiri yang utuh hingga ke akhir hayatnya. Buktinya, saya utarakan nama Gondorowo. Gondorowo ini sememangnya beragama Islam biarpun nama tidak menampilkan latar pegangan Agamanya. Keperibadiannya sedikit lemah dalam seok belok agamanya, namun dia masih kenang dan hargai kebakaan agama yang dianutnya. Sehari-hariannya, Gondorowo bersosial entah apa tahap keindiean perlakuannya. Pada suatu hari, Gondorowo ketemu sebuah makalah Agama Islam seperti "e-Islam" dan "Penyelesaian". Lantas ketemu dia dengan ciri dan perlakuan seorang muslim yang selayaknya. Segera dicari buku lain. Segala berkenaan ciri dan perlakuan itu dilaksananya serentak. Genap sepurnama, Gondorowo membilang hari-harinya yang diabdikan pada DIA,Yang Maha Esa, dengan perwatakan Islamik yang diperolehnya dengan bergurukan buku semata tanpa diketahuinya konsep dan perlaksanaan serta teknik yang betul dan ada sumber rujukan yang dipercayai, bukan buku semata-mata sang guru yang dipertuhankan. Maka cukup masa, Gondorowo mula luntur tiang seri dirinya kerana goyah hatinya. Maka, dek kerana tiada tunjang yang kuat, patah jua semangatnya dan berubah langkah ke depan berkalih arah.

Penyelesaiannya, kembali pada-Nya, rujuk guru selayaknya, jangan tergesa-gesa. Moga tiang seri sebesar satu dua pemeluk itu bisa ditegakkan dan reput ia atas diriannya tanpa tumbang lantas sujud menyembah bumi! Pasti Jati Diri berdiri gah atas paksinya menahan diri dari terseradung lalu terkujur di atas kehinaan bayangan dunia.

Jumaat, 2009 Disember 18

S.T.B.H.


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH :-)
SEMOGA TIADA PARTI LIAR MENJELANG DETIK-DETIK TAHUN BARU HIJRAH SEBELUM MAGHRIB SEMALAM :-)

Rabu, 2009 Disember 16

KL Dipilih Sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009?

INI KU PETIK DARI BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kuala Lumpur adalah satu daripada empat bandar raya utama dunia yang dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Katanya pemilihan Kuala Lumpur, yang diputuskan dalam Persidangan Menteri-menteri Kebudayaan Islam 2006 di Libya, adalah berdasarkan lima kriteria utama iaitu memiliki status sejarah yang unik serta budaya yang kukuh, kemampuan membanggakan terhadap keupayaan universal dan Islam. "Selain itu, bandar raya ini juga mempunyai pusat penyelidikan saintifik, arkeologi dan manuskrip yang menjadi rujukan kepada penyelidik, menjadi tumpuan kebudayaan, kesenian dan warisan aktif serta mempunyai kemampuan memelihara, memulihara sejarah dan warisan negara," katanya kepada pemberita selepas menerima nota tugas daripada bekas Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini Rabu. Selain Kuala Lumpur, Baku di Azerbaijan juga dipilih sebagai bandar raya Islam bagi rantau Asia, Kairouan, Tunisia pula bagi rantau Arab dan N'Djamena, Chad bagi rantau Afrika. Rais berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan sambutan Kuala Lumpur-Kota Kebudayaan Islam 2009 (KLCIC 2009) di Muzium Kesenian Islam pada 5 Mei. "Sebagai kota kebudayaan Islam, Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti yang bersifat pendidikan, saintifik dan berunsur kebudayaan berdasarkan kepada panduan oleh Isesco," katanya. Rais berkata sebanyak 227 aktiviti berkaitan kebudayaan dan kesenian Islam akan diadakan sepanjang tahun ini antaranya pameran berunsurkan Islam, penerbitan buku berkaitan warisan seni bina masjid dan surau, ceramah, persembahan kesenian dan siaran televisyen yang membincangkan isu berkaitan Islam.

INI PULA DARI BLOG FAISAL TEHRANI



















Saya memang sayang negara ni. Tetapi bila terdetik soal ini, tersentak juga saya, benar ia sudah betul-betul dipilih dengan perhalusan yang benar dari kaca mata pengadil tersebut? Jangan hanya dek kerana menginap entah berapa lama di sini dengan mudah mereka mengatakan tentang ini lalu memutuskan ia seperti yang demikian? Bukan hendakku nafikan, tetapi curiga itu ada, goyahnya sudah pasti! Bagaimana hal keadaan Kota Bharu Bandar Raya Islam yang lebih tampak usaha ke arah apa yang dinobatkan itu serta tampak jua hasilnya? Kota Bharu Bandar Raya Islam berlangsung atas dasar Kerajaan Kelantan iaitu "Membangun Bersama Islam" yang sememangnya kita tahu pencapaiannya sejak ia dilaksanakan pada tahun 1990 setelah tampuk kepimpinan yang baru pada ke atas Kelantan, yang dahulu lebih kita kenali dengan "Serambi Mekah" yang sebelum ini dicemari oleh siapa-siapa yang sanggup menabur sampah di tempat lahirnya beribu ilmuwan Negara ini, namun Segala Puji Bagi DIA yang mengembalikan bumi ini pada yang Hak, namun cabaran memperkasakan Islam kembali di bumi ini penuh dengan onak duri yang ditabur oleh tangan-tangan orang yang mengaku Islam! Jadi, kome pikior ye, pikior betoi-betoi sebelum nak cakap dan iktirafkan hala-hal seperti ini :-) TQ :-)

SEMOGA DIA TIDAK JATUHKAN kita DEK KERNA SOMBONG MENDABIK DADA KONON kitaLAH YANG TAHU SERBA-SERBI JAUH MENGATASI TAHUNYA DIA!

- Rungkai Fitnah Duniawi -

Khamis, 2009 Disember 10

APAKAH CINTA ITU?

Mereka yang tidak menyukainya, menyebutnya tanggungjawab.
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya satu permainan.
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya satu impian.
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir…

Kekadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik,
Akan memberi kesusahan untuk menguji kita…
Kadang Dia pun melukai hati,
Supaya hikmahnya boleh tertanam dalam…

Jika kita kehilangan cinta,
Maka pasti ada alasan disebaliknya,
Alasan yang kadang sulit untuk dimengertikan…
Namun kita tetap harus percaya bahawa,
Ketika Dia mengambil sesuatu,
Dia telah sedia memberi yang lebih baik…

Mengapa menunggu?
Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan,
Kita tidak ingin tergesa- gesa,
Kerana walaupun kita ingin segera,
menemukan orang yang kita cintai,
Kita tidak ingin kehilangan jati diri kita
Dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu…
Jika ingin di cintai, belajarlah mencintai dahulu…

Pada akhirnya,
lebih baik menyintai seseorang yang benar-benar mencintai kita…
Kerana seseorang yang kita cintai belum tentu mencintai kita…

Perlu kita ketahui bahawa bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Rom tidak dibangunkan dalam sehari,
Kehidupan di rajut dalam rahim selama sembilan bulan
Cinta yang agung terus tumbuh selama kehidupan…

Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,
dan penantian kita tidaklah sia- sia…

Rabu, 2009 November 18

JANJI!

Assalamualaikum.. Maaf, untuk penulisan ini tidak ada input ilmiah. namun, ingin saya luah kekusutan yang terbuku hasil dari kalimah "sahabat". Adakah sekadar mudah punyai segala dengan kalimah ini dari empunya yang bergelar dengan gelaran ini? Terpana seketika, terkedu, menyesak dada, bak terbeban sejuta rasa menghenyak pundak hati yang sedia rawan. Janji hanya tinggal janji. Kalau dulu laungan keluar dari menginap di sini menggegar langit menggoncang bumi, namun kini janji terkubur sepi. Mana erti janji? Mana Tafsiran Sahabat sebenar yang tega pada janji? Sudah hancur hati dirobek manusia bertalam mukanya bercabang lidahnya, tambah pedih, menghunjam hati dek hilang peri sang babi! Janji kata pergi, tunainya haram dek kerna nafsi. "Sahabat Konon. Owh, Sahabat Konon! Puas hati kau Sahabat Konon. Kini aku tambah panasaran. Esok Exam. Arab Wei!" bentak hati saya terpekung di dada. Semua kerana Sahabat Konon yang lepa pada Janji!

Ahad, 2009 November 08

PILIHAN RAYA JPP 09/10 IPGM KAMPUS PERLIS






TAHNIAH PADA SEMUA RAKAN ANA DARI BACTH SEMESTER1 PERSEDIAAN PISMP PENGAJIAN AGAMA DI ATAS KERANA BERJAYA MEMENANGI KERUSI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 09/10.

PILIHAN RAYA JPP 09/10 IPGM KAMPUS PERLIS






TAHNIAH PADA SEMUA RAKAN ANA DARI BACTH SEMESTER4 PENGAJIAN AGAMA DI ATAS KERANA BERJAYA MEMENANGI KERUSI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 09/10.

About Me

Foto Saya
CECOMEL
KUTIPLAH APA SAHAJA PERMATA, KHABARKAN APA SAHAJA NODA :-)
Lihat profil lengkap saya
 
C.A.. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.