Rabu, 29 Jun 2011

Tazkirah #63 Akal & Hati berkelahi.

Suatu hari, Akal dan Hati berkelahi. Masing2 mendabik dada menjulang diri. Akal dengan cara Akal, Hati dengan cara Hati.

Akal kata pada Hati, "Akulah punca Tubuh mengetahui dan mempunyai ilmu tentang segala hal termasuklah amal ibadat. Jadi akulah yang lebih layak diberi pengiktirafan oleh Tubuh."

Tubuh hanya menjadi pemerhati yang mati, hanya memerhati. Ditegah tidak, diiyakan pun tidak. Memang benar menjadi pemerhati.

Giliran Hati menangkis kata-kata Akal seraya berkata,"Ah,sekadar tahu sahaja tiada ertinya! Percuma. Kalau tidak kerana aku yang mendorong Tubuh bertindak seraya dengan fitrah, mana mungkin Tubuh ampuh dari serangan Nafsu. Jadi, mana mungkin Tubuh akan mengiktirafkan engkau."

Nafsu yang mulanya mengulum senyum sinis, mencebik bibir seakan ingkar telahan Hati.

Akal tuntas meningkah,"Habis tu, kalau bukan kerana aku yang menyimpan khazanah ilmu, bagaimana Tubuh akan tahu? Bolehkah saudara Hati jelaskan tentang ini?"

Nafsu tersengih. Tubuh pula setia sebagai pemerhati, benar-benar memerhati.

Lesung pipit Hati berbunga cantik. Hati tidak menunggu lama dengan bola tanggung yang diberikan Akal itu, lekas Hati mendabik dada menjulang diri dengan berkata pada Akal, "Memang benar tu Akal. Cumanya, siapa yang mendorong kamu memiliki semua ilmu itu kalau bukan kerana aku? Siapa pula yang menapis segala ilmu yang kamu cari selari dengan fitrah Tubuh diciptakan? Mengapa Nabi Muhammad S.A.W. mensabdakan tentang aku untuk menggerakkan Tubuh mencari Ilmu yang kamu simpan kalau bukan niat dariku?"

Girang Hati tiada terkata saat Akal dan Nafsu kembali mendiamkan diri. Tubuh pula terus memerhati.

3 ulasan:

soooooour berkata...

dari mata turun ke hati.....hehehe...

Used Car for Sale berkata...

nice post
thanks for sharing

CECOMEL berkata...

Soooooour : Ye ke dah turun?

UCfS : You're Welcome :)

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template