Rabu, 29 April 2009

Bungaku Kacuk

Merah Kuning Biru,

Citra warna yang satu,

Jelmakan
PUTIH tika berpadu,

Dalam hatiku..


p/s: Jika
Merah ku kata Keluargaku, Kuning pula Keluargamu, Siapa Biru bagi ku.

Isnin, 27 April 2009

HARIKU KIAN KELABU




Semilir angin lembut menyapaku,

Bertanya khabar naluri nan haru.

Semilir angin jadi ribut berhantu,

mematahkan hati, menghunjam kalbu!


Siapa semilir angin padaku?

Yang pasti bukan satu,

bukan beribu.

Namun semilir angin sudah berlalu,

TINGGAL AKU DALAM DEBU.


Jumaat, 24 April 2009

Jawapan pada MASALAH GEJALA SOSIAL yang ALLAH S.W.T. jawab dengan Surah Al-Mu'minuun ayat 1-11.

            GEJALA SOSIAL. Apa yang kita faham mengenai dua perkataan ini. Gejala sosial seperti yang kita ketahui merupakan suatu permasalahan yang kian meruncing berlaku kini terutama yang kita nampak di tempat kita yang melibatkan semua lapisan masyarakat, tidak kira kanak-kanak, remaja, belia, dewasa mahu pun yang tua. Apakah semua ini hasil tuaian oleh Nabi Muhammad S.A.W., junjungan besar yang telah dilakukan lebih seribu tahun yang lampau? Sudah tentu tidak melainkan kita sudah lari dari jalan yang lurus yang telah disampaikan oleh Baginda S.A.W. Sepatutnya perkara ini berlaku dalam hal keadaan di negara kita ini terdapat ramai dari kalangan ulama’ yang diiktiraf dan tinggi ilmunya, namun masalah bukangnya berkurang bahkan kian meningkat dari hari ke hari. Semua adalah kerana salah kita sendiri yang cuba mengasing apa yang Nabi Muhammad S.A.W., dan mensekularkan kehidupan kita seharian. Kononnya, hal-hal agama sudah tidak relevan lagi untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

            Kini, Nabi Muhammad S.A.W. sudah tidak menjadikan contoh teladan buat segolongan daripada kita yang kesemua mereka sudah tentu menghadapi masalah sosial yang teramat teruk gayanya. Masing-masing seolah-olah menafikan bahawa sifat dan keperibadian Rasulullah S.A.W. sebagai insan yang kamil yang akhlaknya Al-Quran. Kononnya ia kolot dan tidak relevan dek zaman sekarang. Ini dusta semata! Lupakah kita pada mafhum sirah, bahawa para sahabat bertandang ke rumah Baginda S.A.W. dan bertemu Saidatina ‘Aisyah r.a untuk bertanyakan tentang keperibadian dan akhlak Baginda S.A.W., lantas jawab Saidatina ‘Aisyah r.a. menjawab bahawa akhlak Nabi Muhammad S.A.W. itu adalah akhlak Al-Quran. Akibat pengabaian ini, jangan kita bingung lagi memikirkan kepincangan dalam ummah akhir zaman sekarang yang diumpamakan Baginda S.A.W. bahawa umatnya ramai di akhir zaman, tetapi ibarat buih di lautan. Sudah tiada kekuatan pada kita. Semuanya kerana kita seperti sebab di atas.

            Jadi marilah kita kambusi kegagalan kita ini dan menjadi seorang insan yang berjaya seperti yang telah Allah S.W.T. nyatakan peribadi insan berjaya ini di dalam Surah Al-Mu’minuun ayat 1-11 ini. Bagaimana caranya? Sudah diterangkan di dalam pengajaran ayat sebelum ini, iaitu perkara pertama yang mesti dititik beratkan ialah solat. Solat yang bagaiman? Juga sudah diterangkan iaitu solat yang khusyu’. Sesungguhnya kekhusyukan yang optimum ini bakal merapatkan jurang antara kita dengan Dia, Sang Pencipta. Ingin tahu apa kelebihan hampir dengan Dia iaitu Allah S.W.T.? Antaranya suara kita didengari Dia walau di mana kita berada. Biarpun ramai yang membenci kita, tetapi jika Dia menyayangi kita, sudah tidak perlu kita berharap pada dunia yang fana ini. Bahkan sentiasa mencari-cari ruang untuk bertemu Dia. Namun, hal ini dianggap bicara yang tiada tampak hasilnya. Manakan tidak, soal dosa pahala ini adalah termasuk hal-hal ghaib, tidak dapat kita nilai amal kita dalam bentuk material. Namun, biarpun demikian, jangan kita lupa, firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 3 yang berikut :Maksudnya :  (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.

 Nah, ayat ini menyatakan salah satu sifat orang beriman ialah mempercayai perkara-perkara ghaib sebegini. Bila perkara yang tidak nampak seperti ini bertunjuang kuat di dadda seseorang Muslim, maka sudah tentu tahap keimanannya tinggi begitu juga daya tahan dirinya terhadap anasir-anasir luar yang sentiasa mahu menyimpangkan kepercayaannya, maka dia ketepikan segala yang demikian. Maka, ia akan melahirkan seorang insan yang mempunyai pendirian yang berpaksikan kebenaran! Maka, tidak wujud masalah murtad, perlakuan jenayah bahkan untuk melakukan apa-apa kejahatan di muka bumi ini, seseorang yang beriman akan sentiasa ingat bahawa di kanan dan kirinya ada yang menjadi mata-mata Allah S.W.T. untuk memperhatikan segala perilaku hamba-hambanya. Jika semua orang memiliki sifat ini, maka amanlah dunia dan kurang boleh jadi tiada perkara-perkara bertunjangkan thagut ini berlaku di atas muka bumi Allah S.W.T. ini.

            Selain itu, menurut ayat 1-11 surah ini, untuk menjadi seorang yang berjaya, bermula dari penampilan, pertuturan, perwatakan dan perlakuan serta perbuatannya mestilah bukan yang sia-sia. Namun, perkara-perkara seperti ini kurang digemari oleh orang ramai terutamanya golongan muda, kata mereka, semua ini skema, perasan bagus dan entah apa-apa lagi yang ditohmahkan. Sedarkah bahawa yang melaksanakan perkara yang mereka tohmahkan ini adalah apa yang digalakkan Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam itu sendiri? Dengan melakukan perkara yang sia-sia pertuturan yang tiada isinya, bukannya akan mengangkat peribadi dan tanggapan orang lain padanya, bahkan dia akan mulai disisihkan oleh masyarakat kerana mereka tidak akan memperolehi apa-apa daripada golongan yang kosong perwatakan mereka. Jadi, golongan yang mana sia-sia hidup mereka? Fikir-fikirkanlah.

            Selain itu, terjadinya gejala sosial akibat masing-masing tidak menjaga kehormatan diri. Sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ayat 5:Maksudnya : Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka.(5)Kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka tidaklah mereka tercela.(6)

Jelas Allah S.W.T. terangkan antara ciri-ciri Muslim yang beriman dan berjaya di dalam ayat di atas. namun ini yang terjadi. Katanya memakai tudung, ya betul, tetapi bahagian lain terdedah sana sini. Bila jadi suatu yang tidak diingini, baru rasa sedih dan menyesal teramat sangat di dalam hati. Hendak menyesal sudah tiada gunanya lagi. Jadi, supaya pisang tidak berbuah dua kali, segeralah kita kembali pada Dia, perhatikan Firman-Nya ini, dan sama-sama laksanakan dalam kehidupan seharian. Barulah permasalahan sosial ini dapat kita tangkis dari berulang lagi.

Selain daripada masalah sosial yang berkaitan seperti yang telah disebutkan di atas, masalah pecah amanah, rasuah dan ketidak tanggungjawaban yang jelas kita lihat kini merupakan contoh masalah sosial yang kian menghantui kita. Ia bukan sahaja menjadi jenayah kolar putih bahkan turut berlaku bagi golongan-golongan bawahan. Tahukah kita bahawa sifat tidak amanah ini adalah salah satu dari sifat munafik yang telah Nabi Muhammad S.A.W. titipkan di dalam hadisnya yang bermafhumnya “Sifat-sifat orang munafik itu ada tiga; jika dia berkata-kata atau berbicara dia berbohong , jika dia berjanji, dia mungkiri dan jika dia diberi amanah, dia khianati”. Namun inilah yang berlaku bil sifat amanah tidak ada dalam diri. Sedangkan ayat Allah S.W.T. di dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ini jelas membicarakan untuk menjadi seorang yang berjaya, sifat amanah perlu ada dalam dirinya.

            Kesimpulannya, sama-samalah kita kembali kepada Allah S.W.T. untuk mengelakkan semua penyakit dunia yang kian merosakkan kita dan menggoyahkan keamanan dunia ini dengan masing-masing kembali berpegang kepada apa yang dibawa oleh Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Ingatlah bahawa kehidupan kita di dunia ini, bukannya sia-sia kerana kita telah ditaklfkan Allah S.W.T. untuk beribadah padanya. Marilah kita bersama-sama majukan diri kita dan jadikan kita insan yang Muslim dan berjaya di dunia dan akhirat.

POHON ITU

Benih halus tempat tersolok,
terbitkan pohon lebat merimbun,
Biar katik banir tersorok,
Harum mewangi hasil menimbun.

Indah sungguh kuntuman bunga,
bila si pohon lebar senyumnya.
Biarpun hiba hiba di dalam dada,
mengenang tuan tak kunjung tiba.

Raut wajah pohon itu,
mulai sugul.
Hatinya nan luluh derita,
manik-manik mutiara tumpah basah.
Tinta naluri memujuk rawannya,
pergi tuan tiada tanda.

Unggas, burung, teman dunia,
masa tangis tiada sudahnya,
unggas, burung, menutur kata.
Buat pengubat rajuk di dada.
Moga pohon terima adanya,
hakikat azali janjia Si Dia.

Khamis, 16 April 2009

KOTAK HIJAU :-)



KOTAK HIJAU.

Hadiah insan kepada insan. Biarpun isinya apalah sangat, tetapi gunanya MASYAALLAH, besar tak terkata. Bukan nak kata kotak lain tak berguna, cuma intipatinya tak sama dengan apa yang sepatutnya kita selaku hamba praktikkan. Hanya bertopengkan kalimah DIA, tapi praktiknya, tak tau nak kata. Ingat, kita bertanggungjawab atas apa yang dipertanggungjawabkan oleh DIA. Bukan niat post saya ni pasal politik, tetapi pasal kotak :-))

Selasa, 14 April 2009

Isnin, 13 April 2009

PROGRAM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEM 2-08



Tak da apa nak hurai, cuma ni bingkisan kenangan untuk tahun lepas punya PBS. Untuk sem 3 tahun ni, tak dan nak buat lagi. Kalut dengan kerja-kerja lain. Tunggu na kawan-kawan yang se'PBS' dengan saya sem 3 ni yang buat dekat Sekolah Rendah Islam Abi hari tu ;-)

Khamis, 2 April 2009

MMMAAASSSAAA

MASA...MASA...MASA...
Masing-masing dah tau kepentingan masa. Masing-masing dah tau ALLAH S.W.T. sendiri bersumpah dengan masa. Biarpun pendek ayat dalam surah yang ALLAH S.W.T. bersumpah dengan masa ini, (SURAH AL-'ASR), tapi pengertiannya cukup mendalam. Betapa hebat KALAM ALLAH ni... Penuh rahsia yang hanya dapat dirungkai oleh mereka-mereka yang berfikir.

Bukan hajat ana nak memberi kuliah tentang masa di ruangan ini kerana masing-masing sedia tahu dan ada yang rasa cam boring dengar tentang ini (Wal'iazubillah, Semoga kita terpelihara dari sifat kejelikan terhadap firman ALLAH S.W.T. dalam surah ini), tetapi sebagai nasihat, HARGAILAH MASA, MANFAATKAN IA. As-Sa'ah kassaif (Kata-kata hukama'), maknanya, Masa Ibarat pedang. Jika kita tidak mendahuluinya, tidak menghargainya, ia akan memotong kita. BEWARE OF WAQT!!!

Masing-masing dah tahu peri pentingnya masa, jadi faham-faham ja la na. Tambah-tambah ni akhir zaman. Keberkatan masa semakin berkurang. Bak mafhum hadith Nabi Muhammad S.A.W. dimana d akhir zaman ini, masa setahun ibarat sebulan, masa sebulan ibarat seminggu, masa seminggu ibarat sehari, masa sehari ibarat sejam, masa sejam ibarat semini, masa seminit ibarat sesaat, sesaat ibarat sedetik hingga satu tahap ia seperti percikan api. Makna katanya di akhir zaman kini, keberkatan masa tu semakin berkurang...

Fikir-fikir ja la na.

Jumpa lagi nanti. Maaf, lama sangat hibernate, sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja dunia.

Ma'assalamah..
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template