Selasa, 5 Januari 2010

Tazkirah #1 Jangan Gelut tanpa Ilmu!




عن عبد الله بن بسر رضى الله عنه أن رجلا قال يا رسول الله إن شرائع الإسلام قد كثرت علىّ فأخبرني بشيء أتشبِّثُ به قال : لا يزال لسانكَ رطبًا مِن ذِكْرِ الله


Ertinya : Daripada Abdullah bin Basr r.a., seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat kubergantung dengannya." Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: "Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah."
(RIWAYAT AT-TIRMIZI)

Rasanya sudah hampir jelas hadis di atas. Namun ingin saya nyatakan pandangan saya berdasarkan aras ilmu cangkat saya ini. Memang benar tenang hati ini bertitik tolak dengan "shilah" atau hubungan kita pada DIA,Sang Seri Segala, Yang Maha Esa. Hati hanya akan tenang dengan eratnya kita, bukan sahaja pada luaran namun segala isi hati dan perlakuan lantas menitir di bibir rasa rindu dan cinta yang tiada tolok bandingnya dengan rasa berkehendak pada selain Allah, Rabbal Ar-Bab, Tuhan segala tuhan. Berdasarkan perihal yang tersirat maksudnya dari maksud hadis ini, ia boleh kita katakan bahawa akan lahirnya kegundahan yang amat berat kerana terlampau memikirkan hal2 yang mungkin baru bagi kita. Namun, tetap ada jalan keluarnya. Sebagai contoh dalam soal Agama. Memang terasa berat bila kita mula mengorak langkah menghampiri Agama Islam ini jika langkah yang diatur itu terburu-buru sambil mata menerawang entah ke mana. Pasti terseradung lalu tersungkur jua akhirnya. Seperti mentol. Jika bekalan kuasa yang diberikan tinggi secara mendadak, memang tampak cerah sinarnya, namun dalam beberapa ketika ia akan terbakar. Namun, jika bekalan kuasanya diberikan secara perlahan-lahan, nyalaannya lambat untuk mencapai keterangan optimum, namun daya tahannya pasti lebih lama. Begitu juga dalam hal beragama ini bahawa ia amat mementingkan usaha mencari ilmu berkenaannya secara sedikit demi sedikit bagi mendapat keyakinan dan keperibadian beragam itu sendiri yang utuh hingga ke akhir hayatnya. Buktinya, saya utarakan nama Gondorowo. Gondorowo ini sememangnya beragama Islam biarpun nama tidak menampilkan latar pegangan Agamanya. Keperibadiannya sedikit lemah dalam seok belok agamanya, namun dia masih kenang dan hargai kebakaan agama yang dianutnya. Sehari-hariannya, Gondorowo bersosial entah apa tahap keindiean perlakuannya. Pada suatu hari, Gondorowo ketemu sebuah makalah Agama Islam seperti "e-Islam" dan "Penyelesaian". Lantas ketemu dia dengan ciri dan perlakuan seorang muslim yang selayaknya. Segera dicari buku lain. Segala berkenaan ciri dan perlakuan itu dilaksananya serentak. Genap sepurnama, Gondorowo membilang hari-harinya yang diabdikan pada DIA,Yang Maha Esa, dengan perwatakan Islamik yang diperolehnya dengan bergurukan buku semata tanpa diketahuinya konsep dan perlaksanaan serta teknik yang betul dan ada sumber rujukan yang dipercayai, bukan buku semata-mata sang guru yang dipertuhankan. Maka cukup masa, Gondorowo mula luntur tiang seri dirinya kerana goyah hatinya. Maka, dek kerana tiada tunjang yang kuat, patah jua semangatnya dan berubah langkah ke depan berkalih arah.

Penyelesaiannya, kembali pada-Nya, rujuk guru selayaknya, jangan tergesa-gesa. Moga tiang seri sebesar satu dua pemeluk itu bisa ditegakkan dan reput ia atas diriannya tanpa tumbang lantas sujud menyembah bumi! Pasti Jati Diri berdiri gah atas paksinya menahan diri dari terseradung lalu terkujur di atas kehinaan bayangan dunia.

Tiada ulasan:

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template