Khamis, 13 Januari 2011

Tazkirah #28 Pikiaq



Ni nak konsi pasai undifferentiation (salah tlg tegur). Saya dapat masa kelas dengan pensyarah saya, En. Zulkifli. Terima kasih Encik :). Ha, apa maksud istilah omputih tu? Maksudnya Ketidak persefahaman yang lahir dari ketidakstabilan semasa memutuskan sesuatu. Kadang2 kita ada masalah. Tapi cara kita kendalikan masalah tu gena? (Ni loghat Perlis). Adakah kita buat keputusan yang tepat dengan ambik kira pertimbangan rasional antara akal dan emosi? Ikut orang kaunseling (pensyarah saya ni), mesti stabil perseimbangan ni kalau nak putuskan sesuatu yang rasional. Tapi banyaknya hat dok jadi la ni, hat dok jadi kes cerai berai la ni, hat dok bertumbuk n ber apa lagi, suma pasaia pikiaq turutkan emosi. Ish, aku bengang betui ngn ah kok pinggan ni! Ish, aku panas la ngn puak ni! Ish aku pantang betui! Wei bini (bukan dialog sapa2, reka saja), kopi hitam melekat, gula tak da, xda makna. Putus selera aku. Aku ni marah ni! Ha, tu suma dialog2 yang bakal kedengaran, hasil ketakseimbangan pikiaq, kita jadi murung tak pun melenting tak tentu kalu. Lupakah kita hat ALLAH S.W.T. duk sebut dalam al-Quran pasai 'Afala Tatazakkarun', Afala Ta'qilun','Afala Tatafakkarun' yang maksudnya 'Adakah kamu xmengingati?','Adakah kamu mengerti?', 'Adakah kamu tidak berfikir?'. Tapi ramai kita tak pikiaq waras. Kalau dah geram tu, tutuh macam2, hamun macam2. Kalau dalam pentadbiran, sebab bukan gu, pendapat kawan tu tak diterima. Kita lebih turut nafsu. Nah, banyak kesan negatif yang kita terima. Hasil kerja tak produktif, laki bini kerja gaduh, budak2 pancit tayar cikgu, guru besaq luku nazir (xda sjrh lg), pemimpin naya orang bawah, kawan jentik kawan dan macam2 lagi keserabutan dunia hat dok jadi la, kerana kita berfikir tanpa keseimbangan antara kedua-dua aspek dalam gambaq tu. Ha, fikir2kanlah, selamat beramal. Tak mau tulis cara atasi, pikiaq sendiri. Blog hat rumit leh buat, hat nak pikiaq muamalat simple pun terbalik kuang.

p/s : Gambaq beruk tu sekadar hiasan. Saya sekadar bubuh. Jangan kata saya benarkan teori darwin na. N pasai bentuk penimbang tu, jangan kata saya parti mana2, keghih ka, kati ka bukan. Cap Ayam pun bukan. Saya Parti Kokyop. Ha3x. Dah2, merapu dah ni.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alya:bernas sekali nukilan saudara..manusia memg mudah bertindak diluar batas or tanpa dugaan bla dah dibelenggu oleh nafsu amarah...2 hat jd anak bunuh makpak n mcm2 kes lg...
bagus jgak teori2 kaunseling...byak ajar pasl how to manage our emotion...

CECOMEL berkata...

Saya dapat masa kelas kaunseling sem ni. Memang minat kaunseling, tapi saya di Bidang Pengajian Agama. Apapun, kaunseling itu lahir dari Agama Islam itu sendiri, dan saya cuba untuk mendalaminya perlahan-lahan melalui segala lubang yang ada. Nak jadi Guru memang penting ilmu2 macam ni :-) TQ Respon.

Tanpa Nama berkata...

cmana pengajian agama leh blajar kaunseling?memg ada subjek khusus ke?

CECOMEL berkata...

Subjek Teras

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template