Rabu, 19 Januari 2011

Segho duwaa hr ni!

"Nak kata sedih, tak sangat. Terasa, apa kes plak nak terasa, aku bukan dooonut. Nak marah, yup, fitrah manusia bila tersalah usik. Bengang, aku juga manusia biasa, aku tak dikurniakan kekuatan yang ampuh seperti Rasulullah S.A.W. Sabar Baginda S.A.W. luar biasa! Sabar aku picisan cuma!" monolog saya sedang bertingkah dengan pemikiran waras. Sejak pagi lagi. Menganjur ke petang. Entah mampu surut menjengah malam ni. Tu yang tak rasa nak bagi tazkirah malam ni. Ujian apakah ini Ya ALLAH... Biarlah sesiapa yang terbaca artikel ini hendak kata saya jenis apa, jenis mudah mengalah ka, lembik ka, pemarah ka atau apa sahaja. Yang pasti saya juga manusia biasa. Sejak pagi dijerkah dimalukan entah untuk apa... Kala senja dihidang pula fitnah dunia... Ya ALLAH... Kuatkanlah aku. Mungkin benar aku tersalah, Engkau sahajalah Ya ALLAH Yang Maha merubah, Ubahlah hati insan yang ku aniaya untuk kembali menautkan silah saudara. Andai ia pincang, ia sudah retak, ku takut ia bakal membelah, aku tambah sarat dosa, di mata Engkau jua di mata manusia. Bukan ku cari redha manusia, bahkan Redha-Mu jualah yang ku pinta saban hari saban waktu andai nyawa masih bertaut.Malanglah aku andai Engkau tidak sudi mendengar ratapan hina ampun si hamba biarpun aku dikala aku setakat dighargarah, meratap terus aku sampai bila2. Ya ALLAH, bantulah aku. Aku ingat Firman-Mu, ' La yukallifullahu nafsan illa wus'aha ' (Surah al-Baqarah ayat 286), Engkau (Ya ALLAH) tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Engkau tahu aku mampu harungi bebanan ini dengan kemampuanku, maka tunjukkanlah caranya Ya ALLAH, ilhamkanlah, bantulah diriku ini mencapainya. Bantulah aku berlalu dari bahana Azab-Mu... Amin Ya Mujibassailin...

6 ulasan:

cemomoi berkata...

berat mata memandang berat lagi bahu memikir

tentu ada hikmahnya

Abhamz berkata...

salam, saya rasa ustaz lebih arif tetntang menangani usikan manusia lain terhadap sesama manusia samada usikan itu baik atau sebaliknya.

maaf je lah sesiapa yg menginaya kita, biar Allah yang membalasnya.

terima kasih ustaz`krn sudi singgah n komen yg penuh ilmu di bolg Mazha 2010..

CECOMEL berkata...

Cemomoi : Terima kasih atas rawatan saudara.

Tuan Abhamz : Kata2 saya hanya kata2 seorang anak yang baru mula bertatih.

Tanpa Nama berkata...

Alya : maafkan semua orang sebelum tdo...kata2 oleh Dr.Fadzilah Kamsah...
ap pun,nasihat saya,ap masalah yg berlaku kita anggap kita yg bersalah walhah bukan kita,barulah kita akan sentiasa tenang dan berusaha sedaya mungkin untuk menjadi yang lebih baik...Amin...

CECOMEL berkata...

Alya : Terima kasih atas salam yg saudari bg... Ingin benar thu empunya diri.

Tanpa Nama berkata...

Alya :saya hanya insan biasa,kita sama2 memberi dan menerima nasihat dari pengalaman masing2.....kita sama2 blajar...saya banyak ambil input dari saudara...saya pun pelajar mcm saudara jgak...tp,bkan kat IPG la...

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template