Selasa, 11 Januari 2011

Tazkirah #26 Falsafah Isra' & Mi'raj

Belum sampai musim untuk diperhangatkan cerita ni, tapi saya nak kongsi jugak sebab kang lupa plak. Hehehehehehe. Sebelum tu, saya nak kenang kembali secara ringkas pasal peristiwa Isra' & Mi'raj.

Rasulullah S.A.W. telah diisra' dan dimi'rajkan pada satu malam, di waktu orang lain sedang lena diulit mimpi. Dengan berkenderaankan Buraq, segalanya berlangsung dengan Keizinan Allah S.W.T. hanya dalam satu malam sahaja!

Baik, berdasarkan secebis cerita dari Sirah Rasulullah S.A.W. ini, saya nak sentuh buat ingatan yang terbaca hal ini, sedikit falsafah tersirat disebaliknya.

1. Mengapa masa yang diaturkan Allah S.W.T. untuk diisra' dan mi'rajkan Rasulullah S.A.W. adalah di waktu malam?
Perjalanan Rasulullah S.A.W. itu sebagai suatu ibadah. Maka, diperjalankan Baginda S.A.W. di waktu malam itu menunjukkan bahawa waktu yang paling sesuai utnuk kita mendampingkan diri hanya kepada-Nya lalu merasa dekat dan mudah untuk dimohon segaja yang terhajat adalah waktu malam. Di waktu ini, kita tidak akan terganggu dengan orang lain yang sedang lena dibuai 1001 mimpi.

2. Keikhlasan Rasulullah S.A.W. semasa Isra' dan Mi'raj.
Untuk bertemu Allah S.W.T. iaitu dalam hal kita hendak menuju kepada Allah S.W.T., kita mestilah hadir dengan hati yang ikhlas. Bagaimana kita hendak berjumpa raja sedang hal keadaan kita yang sarat dengan segala kekusutan dalam dada terhadap raja tersebut? Mengahadp raja dengan hati yang tidak meredhainya sedang kita mahukan sesuatu darinya? Tentu sukar bukan? Bahkan pasti terhidu dek raja tersebut. Tambah-tambah lagi Raja yang ingin kita bertemu ini adalah Raja kepada segala raja di alam ini, Yang Maha Mendengar dan Maha melihat segala yang tersurat dan tersirat.

3. Kenderaan al-Buraq.
Kenderaan al-Buraq ini merujuk kepada amalan. Kenderaan ini mempunyai kelajuan yang sangat pantas sehinggakan hal peristiwa Isra' dan Mi'raj ini selesai berlangsung hanya dalam satu malam! Apakah simbol yang Allah ingin nyatakan melalui kenderaan al-Buraq dalam peristiwa ini? Buraq ini adalah lambang kepada amalan kita. Untuk cepat sampai kepada Allah S.W.T., untuk hampir kita lantas mudah untuk tercapai segala hajat kita semasa sesi pengaduan kita kepada Allah S.W.T. bergantung kepada amal kita. Ya Allah Maha Mendengar segala apa yang kita hajatkan, namun, untuk tertunainya permohonan kita tersebut, amalan kita mestilah baik. Analaogi yang ingin saya bawakan lagi, kita ingin memohon kerja sedang maklumat pencapaian dalam resume kita kurang memenuhi kehendak yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon, dan seorang lagi yang turut memohon kerja tersebut hadir bersama resume yang pencapaiannya adalah lebih baik dan bersesuaian dengan kerja yang dipohon. Maka, permohonan orang tersebut lebih diutamakan majikan kerja tersebut dan sekiranya terdapat lagi kekosongan, dan tiada pilihan yang lain, barulah nama kita akan terpilih. Ya, Allah S.W.T. Maha Memberi. Namun, mari kita fikirkan, kita selalu membuat apa yang dilarang oleh ibubapa kita. Suatu hari kita meminta sesuatu daripada ibubapa kita. Maka lambat-lambat apa yang kita minta itu ditunaikan oleh ibubapa kita dek kerana rekod kita yang buruk sebelumnya.

4. Isra' & Mi'rajnya Rasulullah S.A.W. adalah bersama-sama Malaikat Jibril A.S.
Apakah kedudukan Malaikat Jibril A.S. dalam peristiwa ini? Jawapannya Malaikat Jibril A.S. berserta dalam peristiwa ini sebagai Guru Pembimbing kepada Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan, dalam kita mencari risalah kebenaran, dalam kita menghampiri Allah S.W.T., kita mestilah berdamping dengan insan-insan yang 'alim yang fikrahnya tidak lari dari landasan syariat Islam yang BENAR, yang keperibadiannya baik dan terpimpin dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Baik, sekadar itu sahaja kali ini. Untuk makluman, banyak lagi yang tersirat yang saya tak rungkaikan dalam peritiwa ini. Apapun, setakat ini, selamat beramal :-)

Tiada ulasan:

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template