Jumaat, 14 Januari 2011

Tazkirah #29 Kanggaru?



Sebenarnya bukan kisah kanggaro, tapi kongruen. Istilah kaunseling yang merujuk kepada kesefahaman atau persamaan (salah tolong tegur). Akan berlaku dua situasi antara kita dengan persekitaran kita yang akan membuatkan kita dapat sesuaikan diri atau tidak iaitu KONGRUEN dan TIDAK KONGRUEN. Bila ia jadi kongruen? Ia terjadi bila kita dapat menerima pengalaman dan persekitaran kita biarpun sedikit. Ini akan membuatkan kita selesa dengan suasana persekitaran yang sedang kita duduki. Tetapi sekiranya kita tidak dapat menerima, ia akan membuatkan kita gelisah dan langsung memberontak dalam keadaan tersebut. Peningkan? Baik, sebagai contoh budak sekolah yang bermasalah. Dia tidak dapat menerima peraturan yang padanya mengongkong. Maka dia akan memberontak. Lantas ini mewujudkan ketidak kongruenan (Aku pun macam dah nak pening. Hahahahahhaha). Jadi, apa tindakan kita untuk menjadikannya kongruen? Kita dekati budak sekolah bermasalah itu, dan kita tembu bual. Dapatkan data tentang kenapa dia jadi macam tu. Apa dia rasa. Apa background dia. Perlahan2 melalui dapatan yang kita terima (Kita = guru terutamanya), kita serapkan tingkah laku yang sebenarnya yang sepatutnya dia lakukan. Bimbing dia secara asertif, bukan agresif. Asertif bermaksud peneguran untuk menolak tingkah laku yang tidak diingini dalam masa yang sama kita menjaga sensitivitinya (ini terutama sesuai untuk budak sekolah bermasalah tahap hardcore). Sebab pada saya, batu yang keras perlahan2 berlekuk dek kerana air yang dititiskan saban waktu, biarpun sifat titisan air itu lemah, tetapi istiqamah titisan air itu ada kekuatan tersendiri.

Baik, itu contoh pelajar bermasalah. bagaimana pula jika dengan diri sendiri? Bagaimana ingin menwujudkan diri yang konruen dengan persekitaran? Senang sahaj, selagi ia tidak lari dengan landasan Agama Islam, kita cuba terima seadanya persekitaran kita. Dan nasihat bagi yang menyandar gelaran 'persekitaran' itu juga kena belajar menerima kita. Kita harus bersabar. Ini saya ucapkan berlandaskan prinsip, kalau kita mahu dihormati, semestinya kita belajar menghormati yang lain, baru orang boleh terima kita. Sekian sahaj, selamat beramal :-)

Tiada ulasan:

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template