Rabu, 16 Mac 2011

Tazkirah #47 Komunikasi 'Un'Lisan

Kali nak sembang pasai komunikasi 'un'lisan (bukan merosakkan bahasa, saja nak tengok faham ka x) hat kita selalu terlepas pandang masa berkomunikasi dengan orang lain.



Ha, lain kali, perati betul2 part2 ni untuk buatkan kita jenis yang mudah memahami. Saya nak ambik contoh sikit. Macam :

PERGERAKAN KAKI DAN TANGAN. Kalau kita tengah sembang, contoh dengan jiran sebelah-menyebelah. Kita jenis bateri anejaizer, tahan lama. Tengah sembang, tengok kelaku pe'el rakan sesembang tu cam tak tetap berdiri, kaki duk gelisah, tangan tak duk diam, paham2 la kawan tu dah tak larat nak sembang. telinga dia kena cas. Maklum la, dia bukan bateri anejaizer.

Contoh lain :

SENYUMAN. Ha, bila tengah2 sembang, kawan tu cerita sedih, cam dia tak da semangat, kita pulak jangan tambahkan kemoyokan dia. Bagi sedekah sikit melalui senyuman. Kurang2 dapat ubatkan kesusahan hati dia :)


Itu sahaja kali ni. Renung2kan dan selamat beramal. Hat lain, cari contoh sendiri.

Pssst : Rujukan :

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim & Md. Noor Saper. 2009. Kemahiran Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Maaf, tak reti ejas ikut Format APA.

4 ulasan:

heliantuse berkata...

Bahasa badan adalah kuasa komunikasi. Menurut kajian, mesej yang disampaikan dengan adanya bahasa badan, adalah 57% efektif (mencapai maksud). Tapi, kena gunakan sebaik mungkin.

CECOMEL berkata...

Wah, terima kasih atas perkongsian ilmu. 57%. Banyak tu. Maksudnya, penerimaan orang aterhadap aapa yang kita nak sampaikan lebih berkesan atau tinggi tahap penerimaannya dengan disertai bahasa badan la kan? :)

fRaMe+LenSeS berkata...

wahh.. terima kasih bagi ilmu bagi untk nadh.. ;)

CECOMEL berkata...

Sama2 :)

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template