Isnin, 15 Februari 2010

Tazkirah #4 Tidur Selepas Subuh n Asar.




Sabda Nabi:


Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum tidur selepas asar:-

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

7 ulasan:

zella y berkata...

info yg bagus...
slalu dgr tidur yg xelok ialah tdo lepas asr n subuh je...

tq for the info... ;)

shahrinabd berkata...

mungkinkah ini sebabnya mengapa rezeki ku begitu lembab?

Lt. fDanialz berkata...

good info.. mungkin ini juga sebab aku kurang mendapat rezeki

CECOMEL berkata...

Alhamdulillah. Masih ada peluang untuk kita sama-sama perbaiki diri kita. Tapi ingat, kalau nak tambah rezeki yang tersirat iaitu pahala, niatkan bangun tu kerana ALLAH S.W.T., bukan kerana nak tambah rezeki dunia ja na :-)

tujuhhariseminggu berkata...

owh, tenkiu for the info... x mo tdo siang skang... :p

harry berkata...

teringat masa skolah dulu,slalu tidur lepas asar,akhirnya satu kali tu,bila bangun,lihat luar gelap subuh,segera bangun,mandi,pakai seluar baju skolah,masa tu skolah pagi,pakai kasut skolah,elok sampai kat pagar,mak ngan adik beradik lain panggil balik,mereka tanya nak pergi mana,saya jawab nak gi skolah ler,kemudian mereka punya gelak..rupanya waktu tu bukan subuh tapi waktu maghrib,dan bila saya fikir balik,memang terbuktilah,tidur lepas waktu asar memang boleh buat anda jadi mamai,jika tidak di bendung,mungkin akan jadi sasau atau gila dengan sendirinya.

Pencinta Sunnah berkata...

Hadith yang berbunyi maksudnya: "Tidur selepas subuh (waktu pagi) menghalang rezeki" adalah hadith palsu. Begitu juga hadith larangan tidur lepas asar yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya" juga tidak sahih.

Bahkan Imam al-Laith bin Sa'd (wafat 175H) antara imam fiqh dan hadith salaf yang masyhur mengingkari hadith larangan tidur selepas asar, dan beliau sendiri biasa tidur selepas asar apabila memerlukan.

Tiada larangan untuk tidur lepas subuh atau lepas asar yang thabit dari Nabi SAW mahupun para sahabat, begitu juga tiada galakan untuknya. Tidur sama ada selepas subuh atau asar boleh dilakukan mengikut kesesuaian suasana dan keperluan seseorang.

Wallahualam.

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template