Jumaat, 22 April 2011

Tazkirah #55 Encik, tolong encik.

Encik, tolong Encik. Seminggu sudaaa saya tak makan. Minum air ja. Air paipsi. Encik tak nak belanja minum pun tak pa, makan ja encik tolong hulur sikit, saya lapar. Mengikut kajian manusia mesti kena makan encik.



Ni kita selalu dengar. Kadang2 geng hat dari narathiwat, indon apa mai kat kita minta sedikit sumbangan untuk pesantren yang nak ditubuhkan. Apa reaksi kita? Kalau hat murah hati tu, macam air ja dia hulur. Tak jadi masalah, nilai bukan ukuran, tapi yang utama bantu yang memerlukan. Tapi kalau hat kedekut tu, cipta macam2 alasan. Tak da duit la, depa ni penipu la, tak da surat pengesahan, tak mau bagi, sindiket dan ntah hape2 lagi alasan (macam saya ja orangnya).



Ni saya nak cerita satu kisah. Berlaku sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W. lagi, di kalangan Bani Israil, (kalau cerita ni israiliyat~tengok juga pengajarannya). Ada seorang yang hendak bersedekah sedang dia tak nak orang lain tahu kebajikan yang dilakukannya sebab tak mau riya'. Jadi dia ambik keputusan untuk memberi sedekah pada waktu malam, sebab masa tu tak sapa nampak.



Pada hari pertama dia nak buat kebajikan, dia telah bersedekah kepada seseorang pada waktu malam. Keesokkannnya dia terdengar orang2 bersembang,"hangpa nak tau tak, kemarin ni ada sorang bodoh pi sedekah kat pencuri."



Pada hari kedua, dia bagi lagi sedekah waktu malam kat seseorang yang lain. Keesokkannya dia dengar orang bersembang,"kemarin ni sorang lagi bodo pi bagi sedekah kat pelacur."



Pada hari ketiga, dia bersedekah lagi. Pun waktu malam juga. Dan keesokkannya dia terdengar lagi orang bersembang. "Ish3, kemarin ni ada juga yang bodo, pi bagi sedekah, tapi kat orang kaya."



Cerita ini telah diceritakn oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah S.A.W. Maka diceritakan lagi oleh Jibril a.s., (pengajarannya) :


1. Mudah2an pencuri itu tidak mencuri lagi.


Sebabnya orang yang mencuri ni sebab dia perlukan duit untuk hidup.



2. Mudah2an pelacur itu tidak perlu melacur lagi.



Sebab orang melacur pun sama, nak hidup, perlu sesuap nasi, cuma jalan dan pemikiran yang singkat menyebabkan mereka mudah terjerumus ke lambah durjana ni. Ada benar kata ulama', kemiskinan itu bakal membawa kepada kekufuran (bila berfikiran singkat dan menyalahkan takdir tanpa ambil dari sudut pemikiran yang positif).



3. Mudah2an orang kaya itu akan turut ikut bersedekah.


Memang tak dinafikan kalau dah kaya melena tu ada yang mudah hanyut dengan keduniaan yang dia tempa. Tetapi, perlakuan lelaki Bani Israil ini, kemungkinan akan membuka hati dan seterusnya membolehkan hidayah ALLAH S.W.T. masuk ke dalam hatinya untuk sama bersedekah. Mungkin timbul di fikirannya, "Ish, orang ni pun reti nak bersedekah, aku hat kaya tak sangga ni malu sangat eh duk tengok saja. Aku patut buat lebih lagi."




Baik, tamat kisah ni. Renung2kan dan Selamat Mereflek diri :)

Rabu, 20 April 2011

Tazkirah #54 Evil's Weapon


Ya, Syaitan pun ada senjata dalam nak menghadapi kita musuh yang nyata bagi dia. Tapi ni nak cerita pasai senjata setan masa kita dalam kelas, kuliah dan segala yang macam majlis ilmu.




Pertama : Celak



Sekadar hiasan






Hat ni kalau depa sapu kat kita, mata koi gerudui (makin layu), semakin layu dan terus layu dan pom!!!!! Bunyi air kubota. Zzzzzzzzz.





Kedua : Gincu




Sekadar hiasan



Mmmuah (moncong mulut2). Ni bunyi bila kita tengok perempuan melaram depan cermin pakai gincu. Ha, senjata ni, dan setan sapu kat mulut kita, maka kita hilang tumpuan dalam majlis ilmu. Sebab, mula dengan sok sek sok sek, dia nak pi pot pet pot pet. Kacau habis orang keliling. Ikut konsep domino. Makan orang sekeliling sikit demi sikit. Last sekali, masing2 rugi. Pi saja, habuk pun tarak.




Ketiga : Tongkat




Sekadar hiasan

Gedebuaq belakang budak nakai (untuk anak murid jangan buat, la tak leh teketik sikit pun, kenahai makpak hat leh jadi orang la ni sebab hikmah dek makayah hat dulu2 la~kot ada)(sambung beleter sat~kalau budak sekolah merokok, cikgu2 pi kat budak tu, cakap dengan manis muka, senyum, belai rambut dia, cakap "jangan merokok, membahayakan kesihatan. Nah ambik singgam ni, kunyah, makan terus pun tak pa, makan dalam kelas"). K, tang mana kita, ha, tongkat setan ni, dan dia gedebuaq kat belakang kita, kita jadi tak senang duduk, kira nak angkat punggung, keluar dari majlis ilmu yang sedang kita berdepan tu.



Renung2kan, selamat berjaga-jaga :) Ha, ALLAH S.W.T. bagi kita perisai hat lagi mudah, sejuk, nyaman, dan haluuuuus. iaitu dengan berwudhu'. Jadi, pesanan untuk saya terutamanya, pakat2 belajar sentiasa berwudhu' :)

Isnin, 18 April 2011

Aku Ingin Terbang


Mana sayap yang akan bawa aku terbang,

terbang bak burung pulang petang.

Cuma pulang burung perutnya kenyang,

sedang aku tetap walang,

Rezeki dicari tak kunjung datang,

terbang di langit gemilang,

tetap mengecap dosa berkalang.

Biar jiwa diasak diserang,

asal yang lain rasa senang,

tunggang segala yang boleh ditunggang,

tunggang aku seperti binatang.

Tazkirah #53 Meluat ka sapa? Pasai pa? Jadi lagu mana?


Awat buh tajuk lagu tu? Sebab tu antara yang berkaitan dengan meluat ni. Sebelum tu, nak habaq bagi, MELUAT adalah tidak suka kepada sesuatu atau benci (rujuk sini). Post ni adalah hasil permintaan saudara MyAtiq berdasarkan post saya yang bertajuk Tazkirah #49 Usha Dulu Bai.

Memang kekadang bila tahap kesabaran kita terhada sesorang tu memuncak, timbul rasa meluat tak sangga (loghat Perlis). Gua panas! Dejei! BusStand! Hamar Dajah! Dia tu cakap tak bley pakai! Blah la lu! Semua lovenote (betui ka BI saya ni) akan terbit sampai leh jaja 3 hari 3 malam dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sampaikan segala apa yang diucapkan orang yang kita bengang tu langsung kita tolak tepi walhal ianya memberi kebaikan kepada kita.

Nak putuskan hukum, saya bukan orangnya. Tetapi berdasarkan kata2 guru saya, cuba kita lihat balik Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Hikmah itu sesutau yang hilang dari orang mukmin. Kalau dia temukan hikmah itu, dia perlu ambil. Biarpun dari orang kapiaq lahanat. Nak bukti lagi? Singkap kembali Sirah Rasulullah S.A.W., Baginda S.A.W. semasa hijrah, siapa penunjuk arah untuk Hijrah Rasulullah S.A.W. Amir bin Furahaih. Orang kafir. (Tapi tengoklah tahap kejujuran dan sifat si kafir tu). Nah, Rasulullah S.A.W. ada menggunakan khidmat orang kafir untuk sesuatu yang besar yang acapkali kita sambut apabila tibanya Tahun Baru Hijrah. Hikmah ilmu perjalanan itu bukan dari orang Islam! Betapa besarnya contoh sabar dan hikmah yang sepatutnya kita contohi. Apa2hal, kaji selidik balik, muhasabah diri, adakah kita ini sempurna? Mustahil, kita hanya orang biasa biarpun setinggi mana pangkat kita, kita bukannya Nabi, bukan Para Rasul, tapi tak salah bahkan dituntut kita mengecapi satu demi satu sifat, tingkah dan segala2nya yang lahir dari para Nabi dan Rasul.

Sekian untuk kali ini, Termenung2kan, dan selamat bermuhasabah diri. Cuba buka pekong di dada yang sarat mazmumah. Saya akui, memang susah nak terima kalau dah bengang, tapi cubalah, tengok dulu apa di sebaliknya, apa isi yang nak disampaikan, apa wadah yang nak bicarakan, takut2 kita terlepas satu kebaikan yang bakal mewarnai diri kita dengan warna yang gemilang.


Pssssssst : Insaf2. Sumber, Nasihat Naqib masa Usrah tadi. Maaf MyAtiq, lebih sebulan tunggu saya jawab tentang ni :)

Jumaat, 15 April 2011

Tazkirah #52 Mentol. Bulb. Lampu. Lamp.




Mentol. La ni banyak pesyen dah mentol, ada yang panggil lampu kalimantan, lampu pendaflour (betui ka eja ni) dan macam2 nama lagi.


Baik, kita tau lampu2 atau mentol tu dapat memberi cahaya (dengan tekan suis). Cuba kita buat ujikaji sikit macam yang berikut :


1. Cuba kita terus bagi voltan yang tinggi pada lampu tu semasa nak 'on'kannya. Memang terang cahayanya, tetapi ia hanya bertahan seketika lalu pommmmm, terbakar suda.


2. Ujikaji yang kedua pulak kita bagi 'on' lampu tu dengan kadar voltan yang rendah dan semakin meningkat (sambungkan sumber kuasa dengan perintang boleh laras. ~ sambung kat suis kipas boleh kot. Ha3). Cahaya menyala perlahan dan makin lama makin terang secara perlahan2 sehinggalah sampai ke tahap yang optimum keterangannya. Ia akan menyala dengan terang dan tahan lama.


Pengajarannya : Untuk mulakan langkah untuk berubah, berubahlah dengan kadar yang termampu. Yang penting adalah istiqamah dengan apa yang mampu dan tingkatkan secara perlahan2. Maka kita tidak akan rasa terbeban sebab ia seakan menjadi rutin kepada kita dan kita sudah terbiasa melakukannya di samping tidak merasa terbeban untuk terus mengamalkan amalan yang telah kita buat. Tetapi sekiranya kita menghimpun segala amalan kebajikan, dan kita lakukan sekali gus, maka memang kita akan nampak gah dengan kebajikan yang pelbagai, namun semua itu akan menjadi hangat2 tahi ayam kerana kita akan berasa letih dan terbeban kerana terlalu banyak untuk dilakukan. Ia adalah disebabkan kita bermula dari jahil atau kosong, lalu lakukan segala amalan kebajikan yang yang banyak yang selama ini bukan menjadi rutin kita. Nah, kita akan rasa terbeban dan letih yang teramat sangat, maka kita akan meninggalkan terus amalan yang membuatkan kita rasa susah, bahkan lebih teruk kita akan melakukan lebih banyak perkara jahat dan mungkar dan dalam masa yang sama kembali ke pangkal kehidupan jahil yang lampau.



Renung2kan dan selamat memahami analogi di atas :) Psssssst : Ingat, kalau nak buat ujikaji di atas, pastikan ada orang yang mahir tentang karan (elektrik) duk kat sebelah kita, ya la, risau kot jadi apa2 :)

Rabu, 13 April 2011

Tazkirah #51 Semua ni bala ni! Bala ni!



Antara Sabda Rasulullah S.A.W., yang mafhumnya, antara sebab2 turun bala adalah Mengaji tetapi bukan sebab ianya suatu kewajipan, tetapi untuk kepentingan tertentu yang bersifat nafsi atau duniawi.

Ramai orang la ni mengaji Agama atau apa sahaja bukan sebab tuntutan Agama, tetapi untuk diri sendiri. Untuk nama. Gelaran. Pangkat. Dan ntah hape2 lg kehendak diri yang bersifat duniawi. Dan bila jadi lagu, bala la hat kita kena tunggu. Antara hat kita tengok, Cikgu2, Kakitangan suma pincang, korup. Masalah sosial meningkat, sebab hat berwajib buat kerja semata-mata untuk dapatkan kekayaan dunia kesenangan hidup, bukan atas edasar amanah.

Baik, itu saja, ringkas namun harap ada manfaatnya. Renung2kan, selamat beramal :)

Psssssst : Maaf, sibuk praktikum, lagi 3 minggu nak habis, tak dan usha blog. N maaf, tazkirah ringkas. Biar ringkas, asal ada isi yang pembaca terima :)
 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template