Isnin, 27 April 2009

HARIKU KIAN KELABU




Semilir angin lembut menyapaku,

Bertanya khabar naluri nan haru.

Semilir angin jadi ribut berhantu,

mematahkan hati, menghunjam kalbu!


Siapa semilir angin padaku?

Yang pasti bukan satu,

bukan beribu.

Namun semilir angin sudah berlalu,

TINGGAL AKU DALAM DEBU.


2 ulasan:

Abd Rahman Md Desa berkata...

"Semilir" tuu apa maknanya?

CECOMEL berkata...

Semilir tu, sifat angin. Saya timbulkan sifat angin tu selaku sesuatu yang wujud walaupun asalnya abstrak.
Ia sifat angin yang bertiup perlahan-lahan. Sila rujuk ni sebagai kamus online anda :-)

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template