Selasa, 8 Jun 2010

Tazkirah #9 Kisah Lagi

"Siapa lagi yang belum siapkan kerja rumah semalam, tolong berdiri," ucap Cikgu Khali tenang. Sambungnya lagi,"Cikgu pernah cakap sebelum ni kan, yang siapa-siapa antara kita yang berbohong, tidak amanah dan khianat tergolong dalam kelompok orang yang bercirikan..." "MUNAFIQ!" serentak jawapan itu terpancul dari mulut setiap pelajar memintas soalan Cikgu Khali.
"Bagus anak-anak. Ha, sekarang cepat bangun!" pinta Cikgu khali sambil tersenyum seakan puas apa yang diajar sebelum ini biarpun tidak termaktub di dalam silibus pengajaran subjek sains yang diajarnya,namun dia dapat kongsikan sekelumit ilmu agama yang menjadi nadi pengajarannya. Baginya, mana mungkin hal ehwal agama itu terasing dari segala sesuatu yang dikerjakan. Ini kukuh dalam dirinya dan sedaya mungkin diserapkan pada nak didiknya.
Aku termangu seketika. Bukan bosan dengan tazkirah Cikgu Khali, tetapi aku teringat onar yang sedang menimpa penduduk tamanku. Lebih-lebih lagi, kerja sekolah yang Cikgu Khali berikan, sudah ku usaikan malam semalam. Memang menjadi tabiatku tidak mahu bertangguh. Prinsipku,"Jange Bertangguh,Buat Selalu!"bak kata kawanku yang baru datang dari sebelah banjaran Titiwangsa,Ahmin namanya. "Ah, persetankan itu! Hal ini lagi merungsingkan,"monologku bertubi-tubi menunjal pemikiranku. "Rumah retak teruk kak. Setiap kali depa pilling, terasa gegaq rumah saya kak" antara aduan yang dikongsi bersama kami penduduk Taman Aman 3."Tu la, depa ni, masa buka tanah buat taman ni, depa dah tau tak boleh buat rumah tang ni. Depa tau semua tu, tapi saja, nak untung lebih. Bukan depa tak tau kata pihak Keretapi Tanahatiku nak buat landasan berkembar tiga yang sepenuhnya guna karan. Tapi sebab depa taku rugi 30kaki dari landasan ni tak digunakan, jadi depa pun buat. Bila projek jalan, pampasan haram nak keluaq, depa tahan, pastu bahagi sama depa," tingkah seorang lagi.
Chun Yee, wartawan Akhbar GanGang tekun menyalin segala butiran yang wajar padanya. Begitu juga Khalid, wartawan Akhbar Sirna dan Nendu Jaaveran, wartawan Akhbar Punai. Aku yang duduk bersebelahan Amir, ayah kawan sejiranku hanya memerhatikan perhimpunan tersebut.
"Perangai puak Majlis Daerah Keriau ni memang teruk. Songlap duit ja kerja depa,"tokey babi yang duduk selang tiga pintu dari rumahku pula bersuara. Petah Melayunya biarpun Cina anutannya, cetus hatiku, kagum, bukan kerana bibit kejayaan 1 Negara yang digembar-gemburkan media massa, namun bangga dan amat berharap, salah satu linguafranca dulu kembali bersinar menjana kesatuan ummah di negaraku ini.
"Mohamed Usa Bin Putih,bangun,"Cikgu Khali memanggil dari hadapan kelas. Tersentak aku dari lamunan lantas tegakku berdiri.
'Ada apa anak? Jauh lamunanmu, tidak pantas cikgu mengejarnya," ujarnya sambil rakan-rakan yang lain tersenyum kambing melihat ulahku tadi.
Merah sedikit wajahku, namun kuliat hitam manisku menutupi keserlahannya.
"Tidak apa-apa cikgu. Cuma..."lambat-lambat aku menjawabnya. "Cuma apa nak?" lembut Cikgu Khali menutur kata.
Seketika aku menarik nafas dalam-dalam lalu aku sambung," Apa benar cikgu, di akhirat kelak pemimpin itu menjadi yang terbeban atau tersenang dek kerana tingkah laku dan perbuatan mereka terhadap orang bawahannya?" "Ya anakku." Jawab Cikgu Khali.
"Namun kalau kita yang mengetahuinya, apa perlu kita dekati dan usulkan sesuatu yang benar, agar dia dan kita selamat?" sambung soalku lagi. "Itu sudah pasti la Usa." sampuk kawan sekelasku. Cikgu Khali tidak memarahi kerana memang dia telah nyatakan dahulu yang dia suka diskusi antara semua pelajar dan kami dipohon dengan sangat untuk tidak malu-malu menyuarakan sesuatu di dalam kelasnya biarpun di luar subjek pengajarannya, cuma perlulah dengan adab. Kami faham itu dan kami menghormatinya.
Aku sambung lagi," Habis tu, kalau mereka lebih sedia maklum sesuatu yang bakal menzalimi orang bawahan mereka, sedang kita tidak mampu menegurnya, apalagi daya kita? Apa pula pembalasan kezaliman itu cikgu?"
Senyap seketika. Masing-masing mengunci bicara untuk sama-sama berfikir.
Cikgu Khali memecah kebuntuan dan dengan tenang menjawab," Begini anak-anak sekalian, kalau kita terhalang untuk menegur seseorang terutama yang ada sedikit kuasa, sekurang-kurangnya kita doa agar Dia, Penguasa segala penguasa menjernihkan kekeruhan ini dan dalam masa yang sama mencari alternatif lain untuk menyuarakan perkara yang benar."
Disambungnya lagi," bagi pihak penguasa, kepada yang telah ditegur bahkan mereka telah arif tentang sesuatu perlakuan zalim itu, sekiranya meneruskannya, bersedialah dengan hilangnya payung dari panas di akhirat kelak, dan lebih menakutkan, sudah sedia bilik neraka yang selayaknya pe'el mereka. Oh, ini yang merungsingkan kau yan Usa? Sudahlah. Lupakan hal itu, namun jangan lupa berdoa nanti na. Sekarang kita teruskan pengajian kita, boleh Usa? Boleh kelas?"
"Ya!" Tertahan-tahan telinga Cikgu Khali mendengar sahutan semangat kami sekelas, Tahun 6 Buntar.



3 ulasan:

aisha soleha berkata...

nice story.....it touch to the deep of my heart as a future teacher...thanks a lot...

CECOMEL berkata...

:-)

Tanpa Nama berkata...

hehehe

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template