Isnin, 18 April 2011

Tazkirah #53 Meluat ka sapa? Pasai pa? Jadi lagu mana?


Awat buh tajuk lagu tu? Sebab tu antara yang berkaitan dengan meluat ni. Sebelum tu, nak habaq bagi, MELUAT adalah tidak suka kepada sesuatu atau benci (rujuk sini). Post ni adalah hasil permintaan saudara MyAtiq berdasarkan post saya yang bertajuk Tazkirah #49 Usha Dulu Bai.

Memang kekadang bila tahap kesabaran kita terhada sesorang tu memuncak, timbul rasa meluat tak sangga (loghat Perlis). Gua panas! Dejei! BusStand! Hamar Dajah! Dia tu cakap tak bley pakai! Blah la lu! Semua lovenote (betui ka BI saya ni) akan terbit sampai leh jaja 3 hari 3 malam dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sampaikan segala apa yang diucapkan orang yang kita bengang tu langsung kita tolak tepi walhal ianya memberi kebaikan kepada kita.

Nak putuskan hukum, saya bukan orangnya. Tetapi berdasarkan kata2 guru saya, cuba kita lihat balik Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Hikmah itu sesutau yang hilang dari orang mukmin. Kalau dia temukan hikmah itu, dia perlu ambil. Biarpun dari orang kapiaq lahanat. Nak bukti lagi? Singkap kembali Sirah Rasulullah S.A.W., Baginda S.A.W. semasa hijrah, siapa penunjuk arah untuk Hijrah Rasulullah S.A.W. Amir bin Furahaih. Orang kafir. (Tapi tengoklah tahap kejujuran dan sifat si kafir tu). Nah, Rasulullah S.A.W. ada menggunakan khidmat orang kafir untuk sesuatu yang besar yang acapkali kita sambut apabila tibanya Tahun Baru Hijrah. Hikmah ilmu perjalanan itu bukan dari orang Islam! Betapa besarnya contoh sabar dan hikmah yang sepatutnya kita contohi. Apa2hal, kaji selidik balik, muhasabah diri, adakah kita ini sempurna? Mustahil, kita hanya orang biasa biarpun setinggi mana pangkat kita, kita bukannya Nabi, bukan Para Rasul, tapi tak salah bahkan dituntut kita mengecapi satu demi satu sifat, tingkah dan segala2nya yang lahir dari para Nabi dan Rasul.

Sekian untuk kali ini, Termenung2kan, dan selamat bermuhasabah diri. Cuba buka pekong di dada yang sarat mazmumah. Saya akui, memang susah nak terima kalau dah bengang, tapi cubalah, tengok dulu apa di sebaliknya, apa isi yang nak disampaikan, apa wadah yang nak bicarakan, takut2 kita terlepas satu kebaikan yang bakal mewarnai diri kita dengan warna yang gemilang.


Pssssssst : Insaf2. Sumber, Nasihat Naqib masa Usrah tadi. Maaf MyAtiq, lebih sebulan tunggu saya jawab tentang ni :)

3 ulasan:

atiq berkata...

t.kasih erk. aku setuju n3 nko ni. Meluat satu sifat tak baik>kena bersifat sabar, kerana kena lak tengok kalau2 ada benda yang boleh pakai=berlapang dada.
Aku biasa kalau dah meluat rasa macam dah putus asa je. Naik tepu kepala sampai terpikir 'lantak er' keh heh..tak terfikir lak yang bila dah jadik macam tu perkara yang kita meluat tu bukan habis gitu jer..followup nyer bersifat sabar/positif eerk. Mungkin diri ada kureng!Memang kureng kan..tak seperti nabi yang hatinya dah dibersihkan Allah.
k C.A terima kasih walau susahkan nko ngan cadangan aku tu.

CECOMEL berkata...

Tak susah mana. Saya dapat ilmu jugak. Mula2 tak terfikir langsung pun pasal meluat ni. Bila Atiq uatarkan, dan kebetulan semalam ada usrah, tanya naqib, sebab nak tau jugak pendapat dia :) Terima Kasih Atiq :-)

shamyheart berkata...

banyakkan bersabar. Tak guna nak maki segala bagai. dapat dosa ada la..

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template