Jumaat, 22 April 2011

Tazkirah #55 Encik, tolong encik.

Encik, tolong Encik. Seminggu sudaaa saya tak makan. Minum air ja. Air paipsi. Encik tak nak belanja minum pun tak pa, makan ja encik tolong hulur sikit, saya lapar. Mengikut kajian manusia mesti kena makan encik.



Ni kita selalu dengar. Kadang2 geng hat dari narathiwat, indon apa mai kat kita minta sedikit sumbangan untuk pesantren yang nak ditubuhkan. Apa reaksi kita? Kalau hat murah hati tu, macam air ja dia hulur. Tak jadi masalah, nilai bukan ukuran, tapi yang utama bantu yang memerlukan. Tapi kalau hat kedekut tu, cipta macam2 alasan. Tak da duit la, depa ni penipu la, tak da surat pengesahan, tak mau bagi, sindiket dan ntah hape2 lagi alasan (macam saya ja orangnya).



Ni saya nak cerita satu kisah. Berlaku sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W. lagi, di kalangan Bani Israil, (kalau cerita ni israiliyat~tengok juga pengajarannya). Ada seorang yang hendak bersedekah sedang dia tak nak orang lain tahu kebajikan yang dilakukannya sebab tak mau riya'. Jadi dia ambik keputusan untuk memberi sedekah pada waktu malam, sebab masa tu tak sapa nampak.



Pada hari pertama dia nak buat kebajikan, dia telah bersedekah kepada seseorang pada waktu malam. Keesokkannnya dia terdengar orang2 bersembang,"hangpa nak tau tak, kemarin ni ada sorang bodoh pi sedekah kat pencuri."



Pada hari kedua, dia bagi lagi sedekah waktu malam kat seseorang yang lain. Keesokkannya dia dengar orang bersembang,"kemarin ni sorang lagi bodo pi bagi sedekah kat pelacur."



Pada hari ketiga, dia bersedekah lagi. Pun waktu malam juga. Dan keesokkannya dia terdengar lagi orang bersembang. "Ish3, kemarin ni ada juga yang bodo, pi bagi sedekah, tapi kat orang kaya."



Cerita ini telah diceritakn oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah S.A.W. Maka diceritakan lagi oleh Jibril a.s., (pengajarannya) :


1. Mudah2an pencuri itu tidak mencuri lagi.


Sebabnya orang yang mencuri ni sebab dia perlukan duit untuk hidup.



2. Mudah2an pelacur itu tidak perlu melacur lagi.



Sebab orang melacur pun sama, nak hidup, perlu sesuap nasi, cuma jalan dan pemikiran yang singkat menyebabkan mereka mudah terjerumus ke lambah durjana ni. Ada benar kata ulama', kemiskinan itu bakal membawa kepada kekufuran (bila berfikiran singkat dan menyalahkan takdir tanpa ambil dari sudut pemikiran yang positif).



3. Mudah2an orang kaya itu akan turut ikut bersedekah.


Memang tak dinafikan kalau dah kaya melena tu ada yang mudah hanyut dengan keduniaan yang dia tempa. Tetapi, perlakuan lelaki Bani Israil ini, kemungkinan akan membuka hati dan seterusnya membolehkan hidayah ALLAH S.W.T. masuk ke dalam hatinya untuk sama bersedekah. Mungkin timbul di fikirannya, "Ish, orang ni pun reti nak bersedekah, aku hat kaya tak sangga ni malu sangat eh duk tengok saja. Aku patut buat lebih lagi."




Baik, tamat kisah ni. Renung2kan dan Selamat Mereflek diri :)

2 ulasan:

atiq berkata...

menarik bab amalan orang yang betul niatnya, maka dapat lah ganjarannya dimata tuhan. Biasanya kalau orang datang meminta sedekah ke kita macam2 alasanya. Maklum ler..tapi kalau nak kumpul duit kenalah ada hitam putihnya. Kalau dah lapor, sakit, ala bagi jer le seposen kalau adalah. Tak payah lah dibentak2 atau diquari gegiler atau buat tak tau jer.Depa tu ada maruah gak.Satu sikap tak molek bila tak bagi sedekah, beralasan tak mau mengalakkan peminta2 seperti itu.

CECOMEL berkata...

Betul3 :)

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template