Selasa, 18 Januari 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Perlis


Saya Muhammad Zakwan Bin Halim. Menuntut dalam bidang Pengajian Agama dan INSYAALLAH akan keluar untuk bertugas sebagai seorang Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah (tang mana saya tak tau). Pengalaman manis adalah semasa saya praktikum pertama kali. Terasa diri ini bertanggungjawab mendidik anak bangsa semoga menjadi manusia yang sebenar-benar manusia. Pengalaman pahit adalah saya tak ketemu pengalaman pahit saya. He3. Melawak ja. Erm, mungkin pengalaman pahit saya ialah saya kehilangan seorang kawan seperjuangan yang terpaksa dipindahkan ke IPG kampus lain atas sebab2 peribadinya. Ini membuatkan saya mengerti, saya kena bersedia dalam apa jua cabaran untuk dihadapi dalam proses menjadi guru yang kuat jati dirinya. Antara cabaran melalui pengalaman pahit ini ialah kita bakal keseorangan di suatu tempat yang baru. Jadi sebagai guru perlulah bersedia dan mudah mengasimilasi dirinya dengan persekitaran yang baru. Tentang perubahan yang saya mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ini untuk menjadi contoh bagi rakan sekerja saya supaya membetulkan niat menjadi guru kerana ALLAH S.W.T., mahu meneruskan gerak tari pena dakwah Rasulullah S.A.W. dan mahu mendidik anak bangsa ke arah insan yang cemerlang bukan sahaja dengan ilmu keduniaannya bahkan dititip dengan ilmu akhirat.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alya : Semoga menjadi ustaz yang fleksibel dan dikurniakan isteri dan keturunan yang akan terus menjadi mata rantai perjuangan dakwah Rasulullah...

Mohamad berkata...

Salam Ustaz,
Jadilah ustaz yang dihormati.. martabatkan profesion selaras dengan gelaran tersebut...

Ramai yang bergelar ustaz tetapi tindak tanduknya tidak mencerminkan keperibadiannya..

Saya sangat menghormati ustaz yang bukan agenda utamanya "politik".. kerana ia akan musnahkan kepercayaan orang kecuali mereka yang sealiran dengannya...

wallahuaklam.. Sekadar menyatakan pendirian saya.

CECOMEL berkata...

Shaofie : Udah :).

Alya : Ameen Ya Mujibassailin.

Cikgu Mohamad : Ameen Summa Ameen. Cikgu, saya ingin sebarkan ilmu dengan cara begini. Terutama di alam maya ni kebanyakannya pengguna pertengahan, jadi sedaya mungkin saya selaraskan supaya terasa enak untuk ditelan golongan ini :) Da'wah Bilhal. Tentang politik, saya biarkan mereka yang ahlinya biar dari golongan apa mereka itu. Untuk saya turut serta, hanya pangkah pada yang benar bagi saya :)

PCL berkata...

alhamdulillah, moga dapat perkonsian ilmu dgn org bijak pandai mcm Ustaz..

Unknown berkata...

salam, harap2 ustaz dapat beri komen berkenaan artikel berkaitan agama yg saya masukkan dlm blog saya...tq

Cikgu Aini berkata...

cantiik background sawah tu.. salam kenai bakal cikgu. jom singgah kat blog pu3 dari Uitm

http://ainblogger.blogspot.com/2011/01/saya-pelajar-uitm.html

CECOMEL berkata...

p@kcik Lie : Huhuhuhuhu. Saudara, saya ni bijak tang mana. Biasa2 aja.

Tuan Abhamz : Sudah saya sentuh salah satu entri tuan, tetapi maaf, hanya bersandarkan pengetahuan yang cangkat.

puteri cahaya : Lagi cantik gambar tu kalau saudari bagi hadiah kamera Nikon D5000. hehehehehehehe. Lama mengidam ni.

Tanpa Nama berkata...

Alya : Ameen....
setuju sangat gn kata2 dari En.Mohamad....Guru bkan calang2 org,....bukan senang nk memanusiakan manusia....
Semoga en.cecomel akan menjadi murabbi kepada anak2 didik yg dikasihi dan ayah yang sentiasa menerapkan nilai2 agama yang tinggi kepada anak2...

If berkata...

Salam senior.
Dari IPG Batu Lintang singgah.
=)

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template