Sabtu, 15 Januari 2011

Tazkirah #30 Kepala Hutax

Minda atau dengan panggilan lazimnya oleh mamat tepi jalan kepala hutax, terbahagi kepada tiga pesen.

1. Minda Kecil : Ini merujuk kepada individu yang dalam kepalanya hanya memikirkan dan membicarakan tentang manusia lain. Hai sopan sangat. Kalau tak sopannya kita panggil mengumpat. Orang2 lagu hanya pandai mencemuh peribadi orang lain tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima atau timbul Tak semestinya orang yang berminda jenis ini di kalangan bawahan, bahkan, kalau kita semua perasan, dalam berita2 ka konferens2 ka ceramah2 ka yang melibatkan individu terkenal (ada yang tahap ikon) pun kekadang berminda kecil ini.

2. Minda Sederhana : Ha, minda pesen ni dah meningkat sedikit kebaikannya. Individu berminda ini sudah kurang mengumpatnya dan mula beralih arah kepada isu2 semasa dan peristiwa2 yang berlaku. Ia turut berlaku di warung2 kopi. Sebagai contoh, kes katak melompat sebelum ini, bagi yang berminda sederhana ini (intermediate-betul ka tak saya eja ni), kita mungkin ada terdengar masa pi warung nak makan, ada individu yang membicarakan hal ini. Ha, itulah individu berminda sederhana. Kira xmengata hal2 yang xrelevan dan kurang kesahan la. Bagus sikit puak ni dari yang berminda rendah.

3. Minda Besar : Dan akhir sekali, individu berminda pesen ini adalah yang baik. Mereka sudah mula memikirkan dan membicarakan tentang idea2, cetusan idea baru, perbincangan berkenaan ideologi, borak2 berkaitan ilmu, pendek kata hat melibatkan pemikiran ke arah yang kritikal. Ketepikan dunia khayalan, persetankan hentaman2 peribadi, hiraukan keji mengkeji, baru boleh dikategorikan dalam puak berminda besar ini.

Baiklah, itu sahaja, renung2kan dan selamat beramal (kata2 Dr. Fadhilah Kamsah :-D)

p/s : Nota ini saya peroleh semasa mengikuti ceramah Haji Huzaili Bin Haji Hussin, Pensyarah UNIMAP pagi tadi di MRSM Berseri dalam program 'Seteguh Tekad Membina Qudwah Hasanah Insan Guru. Program Ilmiah ini adalah gandingan beliau dan Prof. Dato' Dr. Sidek Baba. Best woo, rugi sapa tak pi.

2 ulasan:

Mohamad berkata...

Salam ziarah..
Pagi-pagi ziarah blog C.A jumpa tazkirah yang sangat baik sebagai pedoman.

Semoga hari-hari mendatang kita dianugerahkan minda yang besar..

CECOMEL berkata...

Ameen Ya ALLAH. Semoga berkat doa Cikgu Mohamad.

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template