Ahad, 16 Januari 2011

Tazkirah #31 Sapa Tinggai al-Quran?! Habaq Mai!

Supardo : (tutup al-Quran, dah habis baca daa). (Pasang tivi. Tengok cerita merapu kedana)
Supardi : (mai). Hai, ralit nampak tengok popuan telanjang tu. Baru ja lepas ngaji dah tengok crita lagu ni?
Supardo : Kurang2 aku baca, tak tinggai al-Quran.
Supardi : Tak tinggai pa kejadahnya. Tu tinggai la tu. Hari tu aku pi Kuliah Tafsir Ustaz Firman. Dia kata lagu ni :

Berkata Ibnu Taimiyyah, ada 3 golongan hat tinggai al-Quran:

1. Sesiapa yang tak baca al-Quran, maka dia telah meninggalkan al-Quran.
2. Sesiapa yang baca al-Quran tetapi dia tidak mentadabburnya, maka dia telah meninggalkan al-Quran.
3. Sesiapa yang membaca dan mentadabbur al-Quran tetapi tidak mengamalkan kandungan al-Quran, maka dia telah meninggalkan al-Quran.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alya:mcmana plak kalu yg bc AQ hanya sekadar melepaskan batuk ditangga....means...sekadar bc,tajwid tunggang....pg bc AQ,malam buat maksiat.....

mknace unlimited berkata...

:) :) :)
info bagus
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

CECOMEL berkata...

Alya :
1. Kalau baca tunggang langgang, kena belajar. Tapi dalam masa yang sama, teruskan membaca, jgn tinggal terus. Nak tunggu betul2 mahir sampai bila kita tak tau. Takut kerana dek tunggu tu, jadi kita tak baca2 al-Quran, alasannya takut salah. Hat tu salah. Yang betul, sambil belajar al-Quran, teruskan juga membaca, hat tunggang langgang tu pelan2 ubah.

2. Baca al-Quran pagi, malam terbalik kuang. Jadinya dia tidak beramal lantas dia meninggalkan al-Quran, walaupun dia baca. Makna dia tinggal al-Quran tu ialah dia tidak menepati dan menuruti apa hat dia baca. Untuk dia nafikan 'aku mana tau makna dia! Aku tak mengaji Arab! Baca ja aku reti!'. Jawapannya sama jugak, sambil baca tu, pi la belajaq kat mana2 kuliah yang benar kat masjid2. Pelan2 kita ubah. Selamat beramal :-)

Mknace : Terima kasih. Carilah ilmu2 tang mana pun. Asal saja ilmu tu tak lari landasan agama. Berdamping dengan orang2 agama. Analoginya berdasarkan mafhum hadis, kalau kita kawan dengan penjual minyak (orang berilmu) kurang2 paling tidak kita terhidu bau minyak wangi tu (terhidu bau imunya). Kalau kita berkawan dengan tukang besi (penjahat, bukan tukang besi tu jahat, ni analogi, kurang2 kita terpalit dengan bau busuk tahi besi tu (terkesan dengan kejahatn yang dia buat).

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template