Isnin, 17 Januari 2011

Tazkirah #33 Cari Apa yang Aula Dicari

Suatu hari Muawiyah meminta nasihat daripada Saidatina 'Aisyah R.A.. Dan inilah yang diterimanya (mafhumnya) :

Carilah redha ALLAH S.W.T.walau manusia murka kamu, maka ALLAH S.W.T. bersama kamu. Janganlah mencari redha manusia sehingga mendapat murka ALLAH S.W.T., maka ALLAH S.W.T. tidak bersama kamu.

Rasanya sudah jelas mafhum nasihat tersebut. Apa? Nak contoh lagi? INSYAALLAH saya cuba.

Contoh mencari redha ALLAH S.W.T. : Kita mengajak jiran2 kita ke masjid / surau untuk berjemaah. Yang boleh terima, depa p berjemaah dengan rela hati. Tetapi bagaimana pula halnya dengan jiran2 yang tak boleh terima? Tak mustahil ada kan? Mereka mungkin akan mengata belakang. Namun, kita terus2an mengajak. Biarkan ada hat marah sebab hat kita ajak itu benda baik. ALLAH MAHA MENILAI apa yang kita buat. Ini yang kita hendak.

Contoh mencari redha manusia : Kita pi berjemaah di masjid / surau. Tapi bila ada hat suh kita ajak jiran2 sebelah, kita kata tak payah la, dia letih tu, tak payah la, kang depa ada kerja mana kita tau. Inilah yang dikatakan mencari redha manusia sehingga tak tertunai apa yang ALLAH S.W.T. tuntut. Contoh lagi? Baik, kita nampak anak jiran sebelah bawa perempuan mana entah balik rumah. Kita tengokkan aja. Sebab apa tak tegur? Tak baik jaga tepi kain orang. Tak payah la kacau dia, dia ada hal la tu. Kata2 ini menunjukkan kita lebih mengutamakan redha manusia. Na'uzubillahi min zalik. Nah, kesan yang kita terima la ni! Baby merata2. Sumbang yang macam2 jenis sumbang. Orang bawah tak mau tegur orang atas, orang atas wat salah. Negara kucar-kacir. Semua ini hasil daripada kita yang lebih mencari redha manusia dari redha DIA! Pastu jangan dok tunding jari kat sapa2, sebab salah kita.

Sekian untuk kali ini, fikir2kanlah, selamat beramal :)

4 ulasan:

Unknown berkata...

salam, lemah sungguh kerana mampu benci dalam hati dlm buat amal makruf dan nahi mungkar...

terokai seni berkata...

kekadang rasa segan nak ajak kengkawan g surau yea...

CECOMEL berkata...

Abhamz : Wa'alaikumussalam. Perlahan2 kita buang benci dalam hati. Terbit nikmat keamanan baru terbit amal makruf nahi mungkar.

Cemomoi : Segan? Segan itu hasil kejayaan 'waswa sil khannas'. Khannas juga 'Aduwwum mubin, musuh yang nyata. Ni la dikatakan jihad. Jihad kita melawan nafsu dan musuh yang sentiasa berseling di balik pembuluh darah kita. Kalau dengan musuh yang nyata kita berpantang maut sebelum ajal, tetapi dengan musuh 'segan' itu, berpantang maut tak berkesudahan! ;-)

Tanpa Nama berkata...

Alya : MasyaAllah...knapa kita selalu utamakan redha manusia dr Allah.sedangkan redha Allah yang perlu dicari dalam menuju alam yang abadi..sama-samalah kita reflect diri...
syukran ala hazihil munaqash....

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template