Sabtu, 22 Januari 2011

Tazkirah #37 Watak si kapiaq

Abdullah bin Salam. Pernah dengaq nama ni? Ada kisah yang cukup memberi makna ke atas Sahabat Rasulullah S.A.W. yang sebelum keislamannya adalah individu terpenting di kalangan pendita2 yahudi. Kiranya dulu insan mulia ini menjawat jawatan sebagai ketua ulama' yahudi!

Kisahnya berdasarkan mafhum sirah Rasulullah semasa menghadapi puak2 ulama'2 yahudi. Rasulullah S.A.W. berdebat dengan mereka dengan mengajukan soalan tentang pandangan mereka terhadap Abdullah Bin Salam (ni nama bila dah masuk Islam, masa jahiliyah, saya tak ingat). Dan dalam masa yang sama Abdullah Bin Salam ini menyorok untuk tidak memperlihatkan kehadiranyya di khalayak ulama'2 yahudi di situ. Maka jawablah ulama'2 yahudi yang berdebat dengan Rasulullah S.A.W. bahawa dia (Abdullah Bin Salam) adalah 'orang yang paling baik dan 'alim di kalangan kami'.Kemudian Rasulullah S.A.W. menyuruh Abdullah Bin Salam keluar dari tempat persembunyiannya lalu mengucapkan dua kalimah syahadah (memperlihatkan keIslamannya) di hadapan Rasulullah S.A.W. dan juga di hadapan ulama'2 yahudi (kafir) di situ. Maka bertanya Rasulullah S.A.W. kepada ulama'2 yahudi di situ tentang pandangan depa terhadap Abdullah Bin Salam. Maka mereka menjawab ' kami tak kenai dia ni dan dia adalah orang hat paling teruk pernah kami kenai.'

Perghhh! 360 darjah, kona baring tuu!!! Berubah langsung jawapan. Nah, kan betul Jaminan ALLAH S.W.T. dalam al-Quran pasai pendirian orang kapiaq ni. Walan Tardha 'Ankal Yahud Walan Nasara Hatta Tattabi'a Millatahum'. Depa takkan setuju dengan kita selagi kita tak ikut jejak langkah (millah~membuntuti tingkah, cara hidup, ideologi~kamus saya sendiri. He3x. Tapi makna tak lari). Depa hanya bersetuju dengan kita kalau kita ikut Millah depa. Nah, tak mau cakap banyak, renung2kanlah dan selamat merenung :) renung dengan Ilmu :)

1 ulasan:

ijatnuar87 berkata...

memang dasar kapiaq kan.cakap berbelit2...cakap ikut suker dier jek...dan ikut maner yg memberi kepentingan kepada dier..

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template