Rabu, 26 Januari 2011

Tazkirah #40 Seni Dalam Berdakwah

Berdakwah macam saya sebut sebelum ni boleh dalam macam2 cara, Mengajar di Sekolah, Masjid, Penulisan, hatta BerBlog itu juga jalan dakwah. Jadi, untuk berdakwah, kita mestilah mempunyai seni supaya mudah diterima orang lain.

Kita ambil contoh dari Rasulullah S.A.W., sebelum Rasulullah S.A.W. menghantar para sahabat untuk berdakwah Baginda S.A.W. sentiasa berpesan :

1. Bassyiru
= Gembirakan orang ramai. Untuk kita menyebarkan dakwah, kita kena tarik orang ramai dengan manis muka, raikan mereka tak kira apa tahap mereka. Dan yang paling penting, BilHIKMAH (dengan Hikmah)!. Ini penting. Nak ajak orang mai dakwah, tak boleh main jerkah2, mesti ada caranya yang dapat melembutkan hati orang yang keras dengan cara yang unik atau asertif. Ya la, nak betulkan orang tanpa emmbuatkan mereka terasa.

2. Wala Tufassiru
= Jangan mencerai-beraikan orang yang mengikuti pengajaran kita. Hat ni satu lagi hal yang penting. Jangan kita berdakwah, tetapi dalam dakwah itu kononnya kita ingin memonopili orang ramai untuk mempercayai kata2 kita sahaja, tak pi dah pengajian kat orang lain. Kita burukkan nama orang lain. Ni satu cara kita mencerai-beraikan orang. Rasulullah S.A.W. berpesan yang kedua ini, supaya kita satukan orang2 yang hadir atau mendengar dakwah kita, ceramah kita, yang membaca blog kita, bukan kita rosakkan ukhuwwah mereka. Contoh lagi, ada gak orang hat dok bercakap dalam program tertentu yang mana dia berbaur politik, kata kat orang nu, hasut orang ni semata-mata nak kaut keuntungan undi. Saya pernah ikuti program dulu, time2 hangat pilihanraya, negara mana toksah tanya. Nama punya baik, kononnya sempena Ramadhan al-Mubarak, alih2 dari awai sampai sudah cerita Islam Sekat Hari. Apa punya kaitan. Hat ni yang Rasulullah S.A.W. larang. Penulisan Blog pulak, mestilah bersifat sejagat, tidak menyatakan melainkan ilmu yang benar (kalau nak buat blog ilmu la), dalam masa yang sama, jangan buat pembaca blog kita berpecah dengan orang nu, berkelahi dengan orang ni.

3. Yassiru
=Mudahkan orang hat mengikuti pengajaran kita. Hat satu hai lagi. Nak berdakwah, ceramah, apa2 saja cara menyebarkan ilmu kita kena mudahkan penyampaian kita, ikut aras yang menerima. Kalau pi ceramah kat Sekolah Rendah, ikut tahap budak2 Sekolah Rendah, jangan pi cerita macam budak Universiti. Kompom depa lena, wat keja lain, main dan pendek kata, tak paham apa pun hat kita sampaikan kat depa. Kalau bagi ceramah pulak, masa kena perati. Hat dengar tu kalau ada tiang tak pa la, kalau tak dak tiang, kesian depa lenguh pinggang. Perhatikan masa.

4. Wala Tu'assiru
= Jangan susahkan orang hat menadah pengajaran kita. Contoh, budak pi mengaji, mengaji salah sikit, tibai, budak honaq sikit, tampaq, guling2 lekat kat dinding. Hat duk masuk paper la ni, Guru sepak budak sampai tercabut telinga (ada ka? Hahahahahahaha), Majikan karate tengkuk pekerja tak dengar cakap tercabut kaki (apa kaitan). Kira lagu la contoh hat orang yang kononnya nak berdakwah, tetapi menyusahkan orang yang nak disampaikan.


Nah, ni 4 seni dalam dakwah Rasulullah S.A.W. Kiranya, kalau orang2 tu bersurai selepas pengajaran kita, dia rasa tenang, rasa dapat manfaat dan berfaedah.

Baiklah, Renung2kan dan Selamat Berdakwah secara sihat :) :) :)

2 ulasan:

terokai seni berkata...

huh susahnya jadik orang sabo.. apatah lagi dalam dakwah

CECOMEL berkata...

Betul tu. Tapi kena usaha kan? :)ALLAH S.W.T. tanya dala al-Quran, mafhumnya, Adakah kita berfikir kita ini diciptakan oleh ALLAH S.W.T. sia2? :)

 

Wat Kautri?

free counters

C.A. Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template